Tak dapat nak digambarkan betapa susahnya hati bila bayi menangis-nangis tiap kali sembelit semasa nak membuang air besar. Kalaulah sakit anak boleh dipindahkan kepada kita. Jangan risau ibu, jom kami kongsikan petua hilangkan sembelit bayi tanpa perlu makan ubat dari doktor.

petua hilangkan sembelit bayi

Sumber: Hellosihat

Apakah punca bayi anda sembelit?

1.Bayi baru dikenalkan dengan makanan pejal

Sembelit biasana berlaku kepada bayi yang bari dikenalkan kepada makanan pejal. Ini berlaku kerana perut bayi belum biasa dengan kehadiran makanan pejal. Ia mungkin juga berlaku kerana makanan pejal yang anda berikan kurang serat.

2. Bayi kekurangan air

Bayi anda mungkin sembelit kerana kekurangan air didalam badan. Apabila bayi anda kurang minum air, najis akan menjadi keras.

3. Susu formula tidak sesuai

Susu formula memiliki komposisi nutrisi yang berbeza daripada susu ibu. Perbezaan komposisi ini menyebabkan susu formula lebih susah dicerna daripada air susu ibu. Ini menyebabkan najis bayi menjadi keras.

4. Penyakit

Ada juga bayi yang sembelit disebabkan oleh penyakit. Di antara penyakit yang boleh menyebabkan bayi anda sembelit ialah kelainan organ saluran pencernaan sejak lahir, kadar kalsium terlalu tinggi dalam darah (hiperkalsemia), hipotiroid, penyakit hirschprung, alahan kepada susu lembu, dan kelainan sumsum tulang belakang.

petua hilangkan sembelit bayi

Sumber: Diarinutrisi

Apakah simptom sembelit pada bayi?

Di antara simptom sembelit ialah:

  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan.
  • Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar.
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari.
  • Meragam.
  • Sakit pada abdomen.
  • Gastrik.
  • Abdomen yang keras.
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras.
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Apakah petua untuk menghilangkan sembelit bayi?

1. Jus kurma & prun.

Kami sendiri telah mencuba jus kurma & prun ini. Alhamdulillah sememngnya berkesan untuk anak yang sembelit. Bahan-bahannya ialah:

  • Segelas air
  • 9-11 biji kurma yang dibuang biji & kulit
  • 9-11 biji buah prun kering

Caranya:

1. Basuh kurma. Buang kulit dan bijinya.

2. Rendam kurma & prun dalam segelas air selama semalaman pada suhu bilik. Air rendaman perlu dibiarkan pada suhu bilik untuk semalaman supaya khasiat buah dapat larut ke dalam air dengan baik untuk mendapat efek pelawas yang optimum.

3.Kisar halus bahan-bahan tadi. Masukkan dalam tray ais. Bekukan dalam peti ais.

4. Bila nak digunakan,ambil 3-4 kiub dan cairkan dengan air panas.

5. Beri anak minum 2 kali sehari.

Rasanya sangat sedap, anak pasti suka. Kurma dan prun sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas, anda tidak perlu risau.

petua hilangkan sembelit bayi

Sumber: Siraplimau

2. Banyakkan minum air masak

Sembelit sering berlaku akibat kekurangan air dalam badan. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, ajar mereka untuk minum air masak. Ingatkan mereka untuk minum sekurang-kurangnya sekali setiap jam. Jika anda keluar rumah, bawa bekal air masak.

Untuk bayi bawah 6 bulan, jika sembelit, susukan dengan kerap.

3. Tukar susu formula

Jika bayi baru lahir dan hanyamenyusu badan, anda tidak perlu risau jika mereka tidak membuang air besar selama beberapa hari. Biasanya sembelit tidak berlaku disebabkan susu badan. Teruskan menyusu badan seperti biasa.

Namun, sekuranya anak anda menyusu susu formula, mereka lebih mudah untuk mengalami sembelit. Cuba kurangkan kepekatan susu ketika membancuh atau tukar kepada jenama lain. Sesetengah jenis susu formula mungkin tidak sesuai dengan anak anda. Minta nasihat doktor untuk memastikan susu tersebut sesuai untuk anak anda.

petua hilangkan sembelit bayi

Sumber: Thespinoff

4. Buah-buahan berserat

Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula, anda boleh berikan mereka makanan separuh pepejal  yang kaya dengan serat seperti lobak merah segar yang dikisar.

5. Urutan

Urutan sememangnya sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit bayi anda. Sebelum mengurut bayi anda, ini adalah persediaan yang perlu anda lakukan:

  • Duduk di atas katil atau lantai berkarpet lembut dengan tuala di hadapan anda. Anda juga boleh meletakkan tuala di atas meja untuk mengurut bayi anda semasa anda berdiri. tuala membantu menyerap minyak yang berlebihan.
  • Mengekalkan suhu bilik yang selesa. Semasa musim sejuk, pastikan bahawa bilik yang panas dan semasa musim panas pastikan terdapat peredaran mencukupi udara sejuk dan segar di dalam bilik. Bayi yang terasa panas dengan cepat dan cenderung untuk marah.
  • Pencahayaan di dalam bilik adalah penting dan gunakan sebanyak mungkin cahaya semula jadi.
  • Pilih minyak urut yang khusus dibuat untuk bayi. Pilih minyak unscented, dengan wangian semulajadi dan tiada penambahan minyak wangi .
  • Anda boleh memilih untuk mengurut bayi anda dengan atau tanpa lampin, tetapi anda boleh melonggarkan apabila mengurut perut beliau. Mengurut tanpa lampin boleh meningkatkan risiko terlebih minyak secara tidak sengaja, tetapi ia juga dapat memastikan bahawa anda mengurut setiap bahagian tubuhnya.
petua hilangkan sembelit bayi

Sumber: Katalogibu

Cara mengurut bayi untuk menghilangkan sembelit:

  1. Mulakan dengan kaki bayi. Gosok beberapa titik minyak pada tapak tangan anda dan mula mengurut tapak kaki bayi. Urut tumit sehingga jari kaki dengan ibu jari anda. Kemudian, dengan menggunakan tapak tangan, strok bahagian bawah dan bahagian atas kaki bayi. Perlahan-lahan, membuat bulatan dengan ibu jari anda di seluruh bahagian bawah setiap kaki dan kemudian ke jari kaki. Jangan tarik mana-mana kaki seperti yang mereka lakukan dalam urutan kaki orang dewasa. Sebaliknya, perlahan-lahan mengurut setiap jari kaki hingga ke hujung. Ini akan membantu merangsang hujung saraf.
  2. Angkat salah satu kaki dan membuat pukulan lembut pada pergelangan kaki dan perlahan-lahan memanjangkan ke arah paha. Perlahan-lahan strok dari kaki sehingga paha. Anda juga boleh mengurut kedua-dua kaki jika bayi anda tenang dan santai.
  3. Anda akhiri urutan kaki dengan perlahan-lahan dengan menggenggam paha dengan kedua-dua tangan anda. Perlahan-lahan strok turun dari paha hingga ke kaki, seperti bagaimana anda memerah tuala.
  4. Seterusnya, perut bayi. Ingat, ini adalah kawasan yang halus, dan oleh itu anda perlu mengelak walaupun sedikit tekanan. Anda mula mengusap dari bahagian atas perut yang terletak betul di bawah tulang dada. Meletakkan tapak tangan perlahan-lahan di bawah tulang dada dan membuat pukulan pekeliling mengikut arah jam di seluruh perut – dan di sekeliling butang perut. Jangan meletakkan sebarang tekanan dan biarkan tangan anda perlahan-lahan meluncur di perut.
petua hilangkan sembelit bayi

Sumber: Beautymumsbabies

Itulah dia info tentang petua hilangkan sembelit bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Jemput juga membaca artikel jadual imunisai bayi dan sebab bayi menangis

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.