petua hilangkan sembelit bayiSedih sungguh hati bila bayi kecil batuk tak henti-henti. Nak bagi ubat, risau. Taknak ada kesan sampingan. Jom kami kongsikan petua hilangkan batuk bayi dengan cara selamat tanpa ubat yang dijamin berkesan.

petua hilangkan batuk bayi

Sumber: Perawatanbayi

1. Kentang

Ini adalah petua hilangkan batuk bayi menggunakan bahan yang ada di dalam dapur iaitu kentang. Caranya:

  • Hiris sebiji kentang lebih kurang 1/8 inci
  • Letakkan dalam stokin yang anak anda sedang pakai
  • Biarkan semalaman

Menurut ibu-ibu yang telah mencuba, bukan saja cara ini mengurangkan batuk dan selsema, mala hia juga dapat menurunkan demam. Kentang mempunyai sifat anti bakteria dan kentang mentah amat terkenal untuk membantu mengurangkan simptom artritis, jangkitan, melecur dan sakit mata.

Jika digunakan untuk membuat jus, kentang boleh membantu masalah perut tidak selesa dan kembung. Jika dijadikan serbuk dan dicampurkan dengan air, ia boleh membantu mengurangkan berat badan. Banyak betul khasiat kentang, kan.

2. Bawang

Selain kentang, bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan batuk bayi. Nak guna bawang jenis apa? Menurut para ibu yang biasa menggunakan petua ini, bawang kuning dikatakan lebih berkesan dari bawang besar merah manakala bawang besar putih dikatakan lebih berkesan dari bawang kuning.

Bahan-bahannya:

  • 1 mangkuk besar bawang dikupas
  • 3 sudu besar penuh gula putih
  • Piring kecil

Cara-caranya:

  1. Potong bawang besar-besar
  2. Tabur gula di atas bawang
  3. Biarkan di atas piring kecil untuk beberapa jam sehingga kelihatan jus dari bawang di atas pinggan
  4. Berikan sesudu penuh kepada anak setiap satu jam
  5. Petua ini sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas yang dah mula makan makanan pepejal

Macam mana bawang boleh membantu mengurangkan batuk pada bayi?

  • Bawang tinggi dengan sulfur yang membuatkan baunya kuat. Sulfur ialah bahan yang sangat bagus untuk menyahtoksin  badan. Makanan tinggi sulfur terbaik untuk menyingkirkan logam berat seperti plumbum, arsenik dan kadmium.
  • bahan makanan yang paling tinggi dengan quercitin. Bahan antioksidan yang membantu mencairkan darah, menurunkan kolesterol, mengurangkan darah beku, melawan asma, bronchitis, demam alergi, diabetis, arterosklerosis dan jangkitan.
  • bawang secara semula jadi ialah anti radang, antibiotikdan anti viral jika di makan.
  • bahan ‘expetorant’ semula jadi yang membantu mengurangkan kahak dan melegakan sesak nafas. Ia membantu dengan menipiskan pengeluaran kahak.
  • bawang juga adalah peransang sistem imunisasi semula jadi yang mengandungi vitamin C dan phytochemical yang meningkatkan fungsi vitamin C di dalam badan.
petua hilangkan batuk bayi

Sumber: Mywordnewsblog

3. Kunyit

Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

4. Bunga belimbing dan beras

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

5. Daun selasih, oregano dan daun sirih

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

6. Lemon, halia dan madu

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

7. Garlic socks

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

8. Mandian lemon

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

9. Minyak masak

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

10. Daun kaduk dan kapur makan

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

11. Minyak bawang putih

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

petua hilangkan batuk bayi

Sumber: Sayidaty

12. Urutan bayi

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.

13. Bersikan rumah, perkakas dan pakaian

Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.

14. Peredaran udara yang baik

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.

15. Tepuk percussion

Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapi ketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung. Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

16. Wap bawang putih dan minyak zaitun

Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.

Itulah dia petua hilangkan batuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.