Makin dekat nak bersalin, makin berdebar-debar dibuatnya. Anda dah ada tanda-tanda nak bersalin? Jom baca 13 petua cepatkan bukaan rahim supaya cepat bersalin & tak sakit lama yang berikut.

cepatkan bukaan rahim

Sumber: Haibunda

1. Banyakkan berjalan

Kajian menunjukkan aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32% dari 663 wanita lebih cepat bukaan rahimnya dan lebih cepat proses bersalin mereka. Secara teorinya, berjalan kaki membantu bayi untuk tertarik ke laluan bersalin dengan bantuan graviti.

Tetapi, ianya perlu dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Jangan terlalu aktif kerana anda memerlukan tenaga yang banyak untuk meneran nanti.

2. Duduk atas gym ball

 Duduk atas gym ball membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

Ibu yang menggunakan gym ball semasa hamil dan bersalin akan melalui peringkat bersalin pertama yang lebih pendek, kurang memerlukan epidural dan mengurangkan risiko bersalin melalui pembedahan.

3. Mencangkung

Seperti duduk atas gym ball, mencangkung juga membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

cepatkan bukaan rahim

Sumber: Motherrisingbirth

4. Rangsangan payudara atau bersama suami

Semasa merangsang payudara atau melakukan seks bersama suami, anda akan merembeskan satu hormon yang dinamakan oxytocin. Hormon ini akan membantu proses kontraksi uterus anda. Selain itu juga, sperma dari suami mempunyai prostaglandins yang akan melembutkan rahim anda dan membuatkan rahim lebih bersedia untuk bersalin.

5. Minyak castor

Kaedah ini berasal dari zaman Mesir kuno bagi membantu mempercepatkan bersalin. Satu kajian yang telah berjalan selama 5 tahun telah dilakukan sekumpulan saintis di mana 60ml minyak castor yang dicampur 200ml air suam telah diberikan kepada ibu hamil yang terpilih.

Hasilnya, wanita yang mengamalkan minyak castor lebih tinggi keberangkalian untuk bersalin antara 24 jam selepas minum minyak tadi. Cara ini lebih selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia dan sintetik.

Apa-apa pun, kajian ini tidak boleh dikira sebagai satu kajian yang signifikan. Rujuk doktor terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan.

6. Berfikiran positif & banyakkan berzikir

Berfikiran positif dan membayangkan secara visual bukaan serviks anda. Ulangi ayat berikut:

“Serviks saya mudah terbuka, umpama bunga. Pelvis saya mengembang dan terbuka. Otot saya tenang dan rileks.”

Bagi mereka yang beragama Islam, banyakkan berzikir ketika ini, berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin. Amalkan juga teknik pernafasan yang betul untuk kekal tenang dan bersedia.

7. Mandi air panas

Mandi air panas akan membantu menenangkan otot dan menghilangkan stress. Badan anda akan lebih bersedia untuk melalui proses bersalin.

cepatkan bukaan rahim

Sumber: Hollywoodhatesme

8. Urutan lembut

Minta suami anda untuk memberikan urutan lembut kerana ia membantu untuk menenangkan anda. Ia juga bermanfaat untuk proses pembukaan serviks. Anda boleh memilih sama ada untuk duduk atau berbaring dalam posisi yang selesa. Mainkan juga muzik atau zikir yang menenangkan.

9. Buang air kecil

Pundi kencing yang penuh akan menghalang rasa sakit kontraksi yang memberikan sedikit tekanan pada serviks, dan akibatnya melambatkan proses bukaan. Jadi, kosongkan pundi kencing anda dengan membuang air kecil dengan kerap.

10. Berlutut

Berlutut membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

11. Posisi bersujud

Posisi bersujud membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks. Apa yang best, aktiviti ini membantu bayi untuk turun ke bawah hasil tarikan graviti. Pergerakan ini juga membantu anda untuk lebih tenang semasa bersalin nanti.

cepatkan bukaan rahim

Sumber: Solusisehatku

12. Memecahkan ketuban

Bidan anda mungkin mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan kelahiran. Ini selalunya tidak disarankan pada peringkat awal kelahiran kerana ia meningkatkan risiko jangkitan jika anda tidak bersalin serta-merta.

Walaubagaimana pun, memecahkan ketuban boleh mempercepatkan proses bersalin kurang 1 jam. Selepas pecahkan ketuban, doktor akan periksa jantung bayi dan periksa sama ada proses tersebut mengganggunya.

Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban pecah dan anda perlu bersedia untuk bertenang dan bernafas. Doktor akan menggunakan alat plastik bercangkuk dan memotong kecil membran. Kemudian doktor akan memasang alat bagi memeriksa denyutan jantung bayi bagi memastikan bayi selamat dan tidak cemas.

13.  Titisan hormon

Jika bergerak banyak dan memecahkan ketuban tidak mempercepatkan proses bersalin, doktor akan sarankan anda mengambil titisan hormon untuk membuatkan kontraksi anda lebih efektif.

Jika anda mengambil titisan hormon, bidan perlu memeriksa jantung bayi dengan lebih kerap kerana titisan ini boleh merangsang rahim. Anda akan mendapat kontraksi yang lebih kerap dan kuat yang mungkin akan memberi tekanan kepada anak anda.

Oleh itu selalunya, doktor akan sarankan anda untuk mengambil epidural sebelum memberi titisan hormon. Hormon oxytocin akan dimasukkan melalui saluran IV  dan biasanya kontraksi akan bermula dalam 30 minit selepas itu.

Hormon ini akan merangsang uterus dan menyebabkan kontraksi yang kuat dan sengat sakit. Atas sebab ini doktor juga akan mencadangkan ubat tahan sakit melalui kaedah epidural.

cepatkan bukaan rahim

Sumber: Lateet

Itulah dia 13 petua cepatkan bukaan rahim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Selamat bersalin!

Sumber: Zuriat  Aseanparent

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.