Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunga ros dan wanita memang sangat sinonim. Malah bunga ros turut dikiaskan dengan keindahan dan kesucian seseorang wanita.

Maka tak hairanlah kenapa ramai yang berminat dan teruja untuk menanam bunga ros kerana jatuh hati dengan kecantikan dan baunya yang sangat wangi. Antara pokok bunga ros yang sering di tanam sebagai penyeri landskap rumah adalah seperti pokok bunga ros jepun, pokok bunga ros kampung dan juga pokok bunga ros Cameron.

Melihat pokok bunga yang ditanam di tanah tinggi, bunganya sangat cantik berkembang dan wangi sekali. Tapi, yang menjadi sedikit terkilan ketika beli di nurseri atau Cameron Highland, wah bukan main segar bugar tapi bila dah mula di jaga kat rumah sendiri, eh makin hari makin kurus dan hampir nak layu. Macamana nak dapat bunga ros yang lebat dan kembang mewangi kalau begini.

Kalau nak tahu, penjagaan bunga ros ini tidaklah serumit mana cuma perlukan sedikit keprihatinan. Ada masa boleh Google untuk dapatkan pelbagai tips dan petua untuk penjagaan bunga ros. Di sini akan turut dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk dapatkan bunga ros yang lebat berbunga dengan kondisi pokok yang sangat subur.

pokok bunga ros

image via : Timothytye

 6 Petua Bunga Ros Berbunga Lebat Untuk Dicuba 

Tak sabar nak teknik bagus bagaimana untuk merawat pokok bunga ros agar dapat menghasilkan bunga yang lebat dan indah? Jika ya, anda perlu tahu yang pokok bunga ros ini hendaklah selalu di belai dengan beberapa langkah seperti di bawah :

#1 – Buang Daun Yang Telah Rosak

Tips yang pertama untuk dapatkan bunga ros yang lebat anda perlu buang daun yang telah rosak atau daun kekuningan. Ini kerana daun yang rosak atau kekuningan biasanya adalah disebabkan oleh serangga perosak. Jika tidak dibuang ia mungkin akan menyebabkan daun lain juga akan rosak.

"

#2 – Guna Baja Organik

Dalam penanaman pokok sudah semestinya baja. Baja yang berkualiti akan membuatkan pokok bunga menjadi lebat. Begitu juga dengan bunga ros, untuk menghasilkan bunga ros yang lebat baja yang diberikan perlulah baja seperti baja organik. Baja organik merupakan baja semula jadi tanpa sebarang bahan kimia. Baja sebegini amat bagus untuk pokok kerana pokok akan tumbuh dengan sihat dan tanpa sebarang penyakit.

#3 – Kena Selalu Siram Air

Sama seperti kebanyakan pokok bunga yang lain bunga ros juga perlu disiram selalu. Kebiasaanya pokok bunga ros perlu di siram 2 kali sehari. Tetapi jangan siram di batang atau bunga kerana ia boleh menyebabkan bunga ros rosak. Sebaliknya siram cukup sekadar membasahkan tanah dan akar bunga ros.

#4 – Letak Di Tempat Yang Ada pengudaraan yang baik

 Satu lagi cara untuk mendapatkan bunga lebat adalah dengan meletakan bunga ros di tempat yang mempunyai pengudaraan baik namun tidak berangin dan tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Bunga ros memerlukan tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak terlalu terdedah dengan matahari untuk memberikan pokok yang gebu dan lebat. Seelonya letak persekitaran yang darjah kepanasan dia sekitar 21 darjah celsius.

#5 – Cantas Pokok Yang Sudah Berbunga

Seterusnya, pokok bunga ros yang telah habis berbunga perlu di cantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang baru.  Untuk pengetahuan, bila habis segala kudup bunga ros menjadi mekar maka pokok sudah tidak mengeluarkan bunga lagi. Kerana itu kena ingat selalu agar tidak dibiarkan bunga-bunga itu tanpa di cantas sehingga menyebabkan ia menjadi layu. Salah satu sebab kenapa perlu di cantas supaya pokok tersebut dapat menghasilkan bunga yang lebih banyak.

#6 – Sembur Racun Serangga

Jika anda dapati pokok bunga ros anda terkena penyakit, anda sembur racun serangga dalam kadar sedikit. Kebayakan pokok bunga yang rosak adalah disebabkan oleh serangga perosak. Dengan menyembur racun perosak ia akan mengelakkan serangga dari merosakkan pokok anda dan pokok anda kekal subur.

 

pokok bunga ros

image via : Impiana

Antara Penyakit Yang Sering Menyerang Pokok Bunga Ros 

Pokok bunga ros kena sentiasa di pantau supaya ia tidak di serang penyakit. Dalam menghasilkan bunga yang lebat anda perlu pantau pokok anda supaya tidak di serang oleh dua penyakit ini: 

1 – Thrip-Kutu Halus

Kutu halus merupakan sejenis penyakit yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang anda dapat lihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk bunga dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan   ‘terbakar’ seterusnya perlahan-lahan mati. Cara mengatasinya adalah dengan menyembur ridsect water base atau berasaskan air secara seminggu sekali sehingga penyakit tersebut hilang

2 – Black Spot

Penyakit ini sering berlaku pada musim hujan. Penyakit ini lebih merbahaya dari penyakit Thrip. Apabila terkena peluang untuk bunga ros hidup adalah 50-50 sama ada hidup atau mati. Penyakit di sebabkan oleh kulat. Biasanya kulat akan bercambah pada bunga atau dahan yang lembab dan seterusnya dia akan menyebabkan pokok anda rosak.

Jadi untuk mengelakkan pokok anda terkena penyakit anda perlu sentiasa memeriksa pokok anda terutama pada musim hujan. Jika dan daun yang di serang penyakit cepat-cepat buang daun tersebut supaya ia tidak merosakkan daun yang lain.

pokok bunga ros

image via : Vanilla Kismis

Pokok Bunga Ros Kurang Berbunga? Jangan Lupa Cuba Petua Bunga Ros Berbunga Lebat Yang Telah Dikongsikan

Itulah serba sedikit cara bagaimana untuk menanam dan merawat bunga mawar agar cepat berbunga, rajin untuk terus berbunga dengan lebat dan terus hidup sihat bak juara. Cara menjaga bunga ros hidup ini boleh dipraktikkan pada apa jua jenis pokok bunga ros malah tips ini juga boleh digunapakai sebagai kaedah penjagaan untuk pokok bunga dari jenis yang lain juga.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.