Mencari petua hilangkan buasir? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur yang membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau membengkak. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua jenis:

  • Buasir dalaman – bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit. Pesakit mungkin akan mengadu kesakitan jika ia bengkak, berdarah dan terkeluar (prolapse).
  • Buasir luaran – bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan. rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.

Umumnya gejala yang dirasakan pertama kali adalah muncul bintil merah disekitar dubur, rasa perit dan pedih ketika selesai buang air besar, bahkan mengeluarkan lendir dan sakitnya boleh menjalar hingga ke punggung.  Jom kami kongsikan petua hilangkan buasir yang boleh anda cuba.

petua buasir

Sumber: Dietsihat

1. Bawang putih

Tumbuk kemudian mencampurkan dengan sedikit air dan setelah dihimpit bawang putih tersebut akan mengelurkan air. Air perahan bawang putih ini boleh dimanfaatkan untuk merawat buasir dengan cara disapu pada bahagian dubur setiap hari. Apabila rutin dilakukan buasir akan cepat hilang dan tidak membengkak lagi.

Apabila sudah dilakukan dengan sapuan pada bahagian dubur, jangan lupa minum air putih yang cukup agar tubuh lebih banyak cecair sehingga metabolisme tubuh lebih terjaga dan keperluan cecair yang sangat diperlukan tubuh untuk mengubati buasir ini lebih cepat berkesan.

2. Minyak Badam

Minyak badam mempunyai sifat penyerap tisu dan emolien yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir luaran. Ia boleh membantu untuk melembap dan mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas dan kegatalan pada dubur dan kawasan di sekitarnya. Caranya:

Untuk buasir luaran:

  • Letakkan beberapa titik minyak badam di dalam mangkuk kecil
  • Ambil bola kapas/ kain bersih dan rendamkan ke dalam minyak tadi
  • Sapukan bola kapas/kain bersih tadi pada tempat yang sakit untuk melegakan kesakitan disebabkan buasir
  • Ulang proses ini sehinnga sembuh

3. Lidah Buaya

Menggunakan lidah buaya ialah salah satu penawar semula jadi di rumah yang ringkas untuk rawatan buasir dalaman dan luaran. Lidah buaya mempunyai sifat terapeutik dan antiradang yang boleh mengurangkan kegatalan , kerengsaan dan keradangan buasir. Caranya:

Untuk buasir dalaman:

  • Ambil daun lidah buaya dan buang durinya
  • Potong daun menjadi kepingan . Letak kepingan ini di dalam mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk untuk seketika
  • Kemudian , sapu kepingan lidah buaya yang sejuk ini pada tempat yang sakit untuk melegakan daripada rasa panas , gatal-gatal dan sakit
  • Ulang proses ini selalu

Untuk buasir luaran:

  • Ekstrak gel daripada daun lidah buaya
  • Sapu gel ini pada dubur dan urut perlahan-lahan pada tempat yang sakit untuk beberapa minit
  • Proses ini boleh membantu anda melegakan sakit dan rasa panas
petua buasir

Sumber: Organicfacts

4. Bijian Penuh

Produk bijian penuh mempunyai serat yang baik yang bermanfaat untuk mengurangkan simptom buasir dan pendarahan. Selain itu, serat membantu untuk mencuci sistem gastrousus dan membenarkan usus besar untuk bertindak dengan lebih berkesan serta menghilangkan sembelit.

Makanan yang kaya dengan serat berfungsi untuk melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis. Anda boleh cuba beberapa produk bijian penuh seperti jagung, oat, barli, beras perang dan gandum kuda.

5. Cuka Epal

Cuka epal cider mempunyai sifat astringen yang boleh mengecilkan salur darah yang bengkak, melegakan daripada bengkak dan kerengsaan untuk kedua-dua penyakit buasir dalaman dan luaran. Walau bagaimanapun , anda patut menggunakan cuka yang tidak dipasteurkan dan tidak ditapis untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan cepat. Caranya:

Untuk buasir dalaman:

  • Tambah 1 sudu teh cuka epal cider ke dalam secawan air
  • Kacau campuran dan minum sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • Jika mahu rasa yang lebih baik, boleh campurkan madu

Untuk buasir luaran:

  • Ambil bola kapas/kain bersih dan rendamkan ke dalam cuka epal cider untuk beberapa minit
  • Tekan bola kapas/kain bersih dengan lembut pada kawasan yang mengalami keradangan
  • Pada mulanya, penggunaan cara ini menyebabkan rasa pedih tetapi anda akan berasa lega daripada kegatalan dan kerengsaan kemudiannya
  • Cara ini patut dilakukan beberapa kali sehari sehingga bengkak berkurangan dan penyakit buasir hilang
petua buasir

Sumber: Healthline

6. Air

Apabila anda menghidapi penyakit buasir dalaman atau luaran , anda patut meningkatkan pengambilan air. Minum 8-10 gelas air sehari untuk membantu anda membersihkan sistem dalaman dan menghidratkan seluruh badan. Ia juga memudahkan untuk proses pembuangan najis dan melembutkan najis.

Apabila anda tidak mendapat cukup air dan cecair lain untuk badan anda, proses mengeluarkan bahan buangan daripada badan akan menjadi perlahan. Najis akan menjadi keras dan simptom penyakit buasir akan bertambah buruk. Jika anda menderita penyakit buasir dan pendarahan teruk secara berterusan atau berulang , anda haruslah segera berjumpa dengan doktor.

7. Uncang Teh Hitam

Teh mengandungi asid tanik yang mempunyai sifat astringen semula jadi yang boleh mengurangkan bengkak dan sakit berkaitan dengan buasir. Caranya :

  • Ambil secawan air panas dan rendamkan uncang teh hitam ke dalamnya
  • Tunggu untuk beberapa minit dan keluarkan uncang daripada air
  • Tunggu sehingga uncang teh menjadi suam dan letakkannya pada tempat yang sakit
  • Biarkan selama 10-15 minit
  • Ulang proses ini selama 2-3 kali sehari

8. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi sifat antioksida dan antiradang yang digunakan untuk memulihkan buasir luaran. Ia juga boleh meningkatkan kekenyalan salur darah dan mengurangkan keradangan serta boleh mengecilkan saiz salur darah yang bengkak dalam saluran dubur. Caranya :

  • Makan 1 sudu teh minyak zaitun sehari. Lemak mono tak tepu di dalamnya boleh membantu untuk memperbaiki fungsi sistem perkumuhan
  • Anda boleh juga tumbuk daun plum sehingga lumat untuk mendapatkan jus dan campurkan ke dalam minyak zaitun
  • Kacau campuran dan sapu pada tempat yang sakit dan tunggu beberapa minit.
  • Proses ini mampu melegakan sakit dan bengkak
  • Ulang proses ini selalu

9. Ais

Ais membantu dalam menyempitkan saluran darah dan mengurangkan bengkak serta memberi kelegaan daripada sakit dengan cepat. Caranya :

  • Ambil beberapa kiub ais dan bungkus di dalam kain bersih
  • Sapu terus pada tempat yang sakit
  • Biarkan selama 10 minit
  • Ulang proses ini beberapa kali sehari hingga buasir hilang
  • Selain itu, anda boleh menggunakan sebungkus sayur campur yang beku seperti kacang pis dan jagung dan kemudian bungkuskannya di dalam kain
  • Sapu pada tempat yang sakit dan biarkan selama 20 minit
  • Lakukan proses ini 3 kali sehari untuk menghilangkan simptom buasir
petua buasir

Sumber: Indianexpress

Itulah dia petua hilangkan buasir yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat.Jemput juga baca petua hilangkan bisul dan petua hilangkan migrain.

Sumber: Gayahidupsihat

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.