Biasanya, kita tidak terus pergi ke klinik bila mengalami batuk-batuk. Kita akan pergi bila batuk kita terlalu teruk dan lelah. Jadi boleh bayang betapa peritnya bila batuk tambahkan lagi dengan lelah. Tentu susah untuk kita melakukan aktiviti harian.

Jika pergi klinik, kita perlu menunggu lama untuk mendapatkan ubat yang sama. Selain itu, di hospital pula, kita takut ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. Semua kerja kita akan tertangguh, tidak dapat lakukan apa-apa langsung. Apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan batuk lelah?

Mari kami kongsikan info mengenai petua melegakan batuk lelah menggunakan bawang putih dan madu. Petua ini dikongsikan oleh Puan Diana Said. Puan Diana Said suka berkongsikan petua-petua dan tips dengan orang ramai di Facebook. Jom kita baca petua yang diberi Puan Diana.

DIY dua bahan untuk legakan batuk lelah.

Bahan yang diperlukan:

petua hilang batuk lelah
Image via Facebook
  • 1 biji bawang putih bersaiz besar
petua hilang batuk lelah
Image via Facebook
  • 1/2 cawan madu

Cara membuatnya:

petua hilang batuk lelah
Image via Facebook

1) Ambil madu dan masukkan dalam cawan

2) Cincang bawang putih dan masukkan dalam cawan madu tadi dan kacau guna sudu plastik atau kayu.

3) Simpan selama 30 minit sebelum makan.

petua hilang batuk lelah
Image via Facebook

4) Makan satu sudu setiap 1 jam sekali sehingga madu habis dan batuk lega.

Senang jer kan nak buat petua ni. Lima minit jer dah siap. Bawang putih ni elok sebab dia antibakteria jadi dia tolong clearkan tekak kita.

*Petua ini boleh diikuti oleh semua golongan masyarakat. Insyaallah ia boleh mengurangkan batuk lelah anda. Jika batuk lelah anda masih sama dan tidak ada perubahan, pergilah berjumpa doktor. Mungkin ada masalah lain yang kita tidak tahu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .