Semua wanita dikurniakan rahim sejak lahir lagi. Rahim ini tujuannya adalah untuk menghasilkan anak dan wanita dapat mengandung. Rahim ini amat penting untuk semua wanita kerana jika rahim rosak, mereka tidak akan dapat mengandung.

Jadi, sebagai wanita kita perlu menjaga rahim kita sebaik mungkin agar kekal subur dan mudah untuk mengandung. Apabila sudah mengandung, perhatian lebih perlu diberikan kepada si ibu.

Wanita hamil tidak digalakkan mengangkat barang berat kerana takut rahim jatuh. Jadi, perlu berhati-hati. Apakah tanda-tanda rahim jatuh?

tanda rahim jatuh
Imej via Facebook

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 tanda rahim jatuh. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

9 Tanda rahim jatuh

1) Sakit Tumit

  • Berdenyut & Menyucuk nyucuk

2) Sakit Telapak Kaki

  • Rasa sengal -sengal, Bisa- bisa urat

3) Sakit Pinggang

  • Keliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke ats urat belikat

4) Sakit Ari-ari

  • Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha

5) Kerap Kencing / kencing tidak lawas

  • Mudah jadi kencing kotor & ngilu sakit ketika buang air kecil

6) Sakit ketika berjimak

  • Sukar melakukan hubungan suami isteri

7) Sering kentut depan MissV

  • Keluar angin ikut “Tutt “

8) Selalu Kembung Perut

  • Angin

9) Bawah Sentiasa Basah, Berair dan Berbau

  • Peranakan kembang

*Si ibu yang sedang sarat mengandung, jika mengalami salah satu tanda-tanda seperti di atas, cepat pergi berjumpa dengan doktor pakar. Si suami juga perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada si isteri, jangan biarkan si isteri mengangkat benda yang berat-berat.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .