Semasa mengandung akan berlaku beberapa simpton yang tidak pernah berlaku kepada wanita biasa. Simpton-simpton ini berlaku kerana ada perubahan hormon pada wanita hamil yang mengandungkan anak. Jadi, jangan pelik jika isteri mula menunjukkan perangai yang pelik atau perasaan yang tidak terkawal atau lebih dikenali sebagai ‘mood swing’.

Ini antara simpton-simpton biasa yang berlaku pada ibu hamil. Selain itu, ibu hamil akan berlaku perubahan pada kulit mereka. Kulit mereka akan berubah seperti jerawat, kulit di bahagian tertentu akan menjadi hitam secara tiba-tiba dan pelbagai lagi.

Apakah perubahanyang berlaku pada kulit semasa hamil?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perubahan pada kulit ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

perubahan kulit ketika hamil

Imej via huggies

5 Perubahan kulit ketika hamil

1. Leher, ketiak dan kaki hitam

Semasa hamil, perubahan kulit akan terjadi seperti ketiak hitam ,leher hitam dan kaki hitam serta sebagainya. Tompok-tompok hitam ini lebih dikenali sebagai melasma @ Chloasma.

2. Jerawat

Hormon, hormon dan hormon! Inilah puncanya kenapa pencuci muka tak membantu sangat menghilangkan jerawat ketika mengandung. Jerawat ialah kesan sampingan yang normal ketika mengandung. Pertambahan jerawat disebabkan oleh peningkatan hormon oleh tubuh. Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutupi liang roma pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit akan mudah membiak. Jangkitan kuman ini akan menyebabkan radang pada kulit dan membentuk jerawat.

"

️3. Stretch marks

Kesan rekahan, regangan atau “strecth marks” pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin memang sangat membimbangkan kaum wanita termasuklah MV. Masa mengandung, antara perkara yang susah nak elak, adalah stretchmark.

️4. Pigmentasi

Pigmentasi adalah perubahan yang paling ketara. Ini disebabkan oleh hormon estrogen, progesteron dan melanocyte yang terlau tinggi ketika kehamilan. Bahagian yang paling biasa ialah di bahagian aerola, ketiak, kemaluan dan peha.

5. Ruam kulit

Jika gatal-gatal di kulit disertai dengan ruam, kemungkinan besar masalah gatal-gatal ini adalah “pembawaan” kehamilan. Ini dikenali dalam bahasa perubatan sebagai pregnancy-specific dermatosis (sejenis ruam di bahagian perut yang dikenali sebagai polymorphic eruption of pregnancy). Biasanya ruam ini menyerang apabila kandungan berusia lapan bulan. Ia boleh merebak ke tangan dan kaki, tetapi tidak naik ke kulit muka atau kepala dan tidak melibatkan tapak tangan dan kaki.

*Perubahan-perubahan pada kulit ini sering berlaku kepada ibu hamil. Jadi, ibu yang hamil tidak perlu bimbang jika perubahan-perubahan yang dikatakan di atas berlaku kepada anda. Ia adalah perkara normal kerana perubahan hormon yang berlaku. Pastikan anda berjumpa doktor mengikut jadual yang disediakan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.