Apabila tiba ‘musim’ demam, inilah yang tidak seronok untuk ibu bapa. Mula-mula seorang anak sahaja yang terkena, lepas itu berjangkit pula dengan adik beradik yang lain. Malah ibu bapa juga terkena tempias sakit anak.

Bukan di rumah sahaja yang boleh berjangkit, di luar kawasan rumah juga boleh terkena tempias demam ini. Contohnya, tempat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah.

Pada permulaan mungkin kita tidak perasaan, tetapi apabila anak dah ada simpton-simpton demam, mulalah kita kelam kabut. Apakah permulaan awal untuk menghadapi penyakit demam ini jika terkena pada anak kita?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 jenis makanan yang tidak baik untuk anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

5 Persediaan awal untuk menghadapi demam anak

Termometer yang berfungsi dengan baik

Image via ibudoakan.com

Sebaiknya ada 2 termometer untuk lebih tepat . Suhu anak kena pantau 2 jam sekali.

36-37.4 darjah selsius adalah suhu yang normal

37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)

38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.

Sila rujuk doktor untuk pastikan tiada kahak pada paru- paru anak. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

Jika suhu menurun, alhamdulillah. Kemudian wajib pantau. Jika tidak, tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa.

Air Suam

Mandikan anak dengan air suam. Boleh tambah perahan air lemon untuk mempercepatkan proses turun suhu. Lepas mandi biarkan anak tanpa baju supaya suhu panas sentiasa bebas keluar. Jangan selimutkan anak.

Vitamin C

Boleh berikan anak buah segar untuk sumber vitamin c. Tapi jika anak tak lalu makan boleh suruh kunyah suplement vitamin c sahaja.

Balm anak

Boleh sapu untuk legakan ketidakselesaan akibat demam. CF-Rub–>Balm ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema. Boleh terus whatapp 0175082443 untuk dapatkan balm tasneem ini.

persediaan awal jika anak demam
Image via ibudoakan.com

Tuala dan bekas bersih

Pastikan anda menggunakan air suam untuk jerlum anak. Kaedah sponging ini adalah cara paling cepat untuk turunkan suhu anak. Lap anak pada celah pelipat di siku, leheh, peha dan ketiak anak.

*Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa ini selalu kita dengar. Lebih baik kita membuat persediaan awal agar demam anak kita tidak menjadi lebih teruk. Kita tidak boleh sahaja mengharapkan pihak klinik atau hospital, Sebagai ibu bapa kita perlu juga menjalankan tanggungjawab untuk merawat anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.