Perkembangan Bayi Dan Aktiviti Oral Motor 12 – 18 Bulan (Wajib Tahu)

Perkembangan bayi adalah sangat penting sekitar 12-18 bulan. Banyak proses telah berlaku ketika masa ini berjalan terutamanya perkembangan oral motor.

Perkembangan oral motor merujuk kepada perkembangan bahagian sensori dan otot di kawasan mulut: termasuk lidah, bibir, pipi, gusi dan bahagian sekitar dalam mulut.

Memastikan perkembangan oral motor anak-anak berlaku dengan baik adalah amat penting.

Perkembangan oral motor akan mempengaruhi kecekapan anak-anak untuk belajar kemahiran-kemahiran yang penting seperti memberus gigi, makan pelbagai jenis makanan, meniup, minum dan lain-lain yang berkaitan.

 

Perkembangan Bayi
Imej via PublicDomainPictures

Kelewatan dalam perkembangan oral motor boleh mengakibatkan anak-anak sukar untuk makan pelbagai jenis makanan (tekstur), sukar memberus gigi, dan seterusnya mempunyai tahap keberdikarian yang lebih rendah berbanding rakan-rakan seusianya.

Dalam posting kali ini, saya akan kongsikan perkembangan oral motor untuk anak-anak usia 12 bulan – 18 bulan. Kerana usia ini merupakan usia yang kanak-kanak akan mula belajar pelbagai kemahiran oral motor yang akan membantunya untuk berdikari.

Perkembangan Oral Motor Untuk Anak 12 bulan – 18 Bulan

  • mengunyah makanan dengan menggerakkan makanan ke kiri dan kanan mulut
  • mula pandai menyedut straw
  • mengeluarkan kembali makanan solid yang disuap untuk dilihat dan dibelek, kemudian dimasukkan semula ke dalam mulut
  • mula meniup alat tiupan mudah seperti wisel yang ringan (imitasi dari orang yang lebih dewasa)
  • mula belajar menggunakan cawan terbuka (bukan sippy cup)
  • mula boleh dikenalkan dengan konsep berus gigi
  • mengunyah makanan keras dengan gigi
  • menggigit biskut dan roti hingga patah / terpisah
  • kurang meleleh air liur walaupun pada waktu gigi sedang tumbuh.

Antara aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu perkembangan oral motor anak-anak usia ini:

  • minum air menggunakan straw (kurangkan penggunaan botol susu adalah lebih baik)
  • tiup wisel / rekorder
  • tuang sedikit air (1-2 teguk) ke dalam cawan plastik dan ajar anak minum sendiri
  • memberikan anak bermain dengan berus gigi
    sambil menggalakkan anak imitasi aksi memberus gigi (jadikan rutin setiap kali mandi)
  • berikan ais buah (buah yang dipuri dan dikeraskan dalam bekas ais kecil-kecil) untuk anak lebih selesa dengan pelbagai tekstur dan suhu makanan.

*jika ada anak anda yang usia lebih tua yang masih belum pandai melakukan mana-mana kemahiran oral motor di atas, usahakan untuk melatih anak anda sekerapnya.

Semoga Bermanfaat

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!