Solat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu As-Sholah yang membawa maksud sembahyang dalam agama Islam. Dari segi bahasa, solat bererti doa. Dari segi syariah pula, solat merupakan ibadah yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir Allahu Akhbar dan diakhiri dengan salam.

Solat merupakan rukun yang paling penting di antara rukun Islam yang lain sebab ia mempunyai pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlak manusia. Solat fardhu yang didirikan sebanyak lima kali setiap hari memberikan pengaruh yang baik kepada manusia sejagat.

Solat terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk menggantikannya dengan niat qadha manakala bagi mereka yang musafir pula, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Usai ketahui maksud solat, haruslah anda ketahui pula perkara-perkara yang membatalkan solat. Jom lihat 13 perkara yang membatalkan solat.

perkara yang membatalkan solat
Imej via [syahida]

13 Perkara Yang Membatalkan Solat

1. Bercakap

Bercakap yang dimaksudkan adalah mengeluarkan ataupun mengucapkan sekurang-kurangnya 2 huruf yang bukan bacaan dalam solat manakala jika batuk, bersin atau menguap ketika didalam bacaan rukun qauli, maka dikehendaki untuk berhenti dari bacaan tersebut dan kemudiannya diulang kembali bacaannya.

Jika anda teruskan bacaan ketika dalam keadaan batuk atau bersin, dikhuatiri bacaan itu akan menjadi salah dan dapat membatalkan solat tersebut. Dalam hal ini, ia juga termasuk sama seperti bercakap juga kerana mengeluarkan perkataan yang bukan bacaan di dalam solat.

2. Ketawa Atau Menangis (Mengeluarkan Suara / Menggerakkan Badan)

Jika menangis atau ketawa yang mengeluarkan suara serta menggerakkan badan dapat membatalkan solat, anda mesti mengulangi semula solat tersebut. Jika anda menangis atau ketawa tanpa suara, ia adalah makhruh hukumnya. Jadi seelok-eloknya elakkan ketawa atau menangis ketika di dalam solat.

perkara yang membatalkan solat
Imej via [inspiradata]

3. Bergerak Tiga Kali Berturut-turut

Semua anggota badan tidak boleh bergerak yang bukan gerakan di dalam solat sebanyak 3 kali berturut-turut. Berturut-turut disini adalah ertinya berterusan tanpa henti. Jika gerakan itu dibuat tidak berturut-turut maka solat tersebut tidak batal walaupun dibuat lebih dari 3 kali. Jadi, seeloknya anda menjaga pergerakkan anda ketika solat.

4. Takbiratul Ihram Putus Bacaan

Takbiratulihram mesti dibaca dan dilafazkan dalam satu nafas tanpa berhenti di tengah-tengahnya dan bacaanya tidak boleh dipisahkan. Contoh bacaan takbiratulihram yang betul dan salah adalah seperti berikut.

Bacaan yang salah: Allahu. Akbar (Bacaan yang terputus)

Bacaan yang betul: Allah……hu….Akbar (Bacaan yang bersambung dan dalam satu nafas)

5. Sengaja Memanjangkan Rukun Pendek

Rukun pendek adalah iktidal dan duduk diantara dua sujud. Rukun ini tidak boleh sengajakan dipanjangkan. Namun jika anda mengalami keuzuran dan sukar bergerak, itu tidak mengapa tetapi dengan sengaja, anda tidak boleh memanjangkannya.

perkara yang membatalkan solat
Imej via [freepik]

6. Rukun Qauli Dibaca Dengan Sengaja Bukan Pada Tempatnya

Solat akan batal serta merta andainya anda sengaja membaca surah Al-Fatihah misalnya ketika sujud atau ruquq. Namun, jika anda tidak sengaja atau terlupa, solat tersebut tidak batal tetapi anda haruslah berhenti bacaan ayat tersebut apabila anda tersedar.

7. Murtad

Andainya ketika solat, erlintas di fikiran anda untuk membuat perkara-perkara yang dapat menjejaskan akidah anda, hukumnya adalah murtad atau keluar dari Islam. Orang yang murtad, solatnya batal dan tidak sah. Anda harus bertaubat dan jangan sesekali lakukannya lagi.

8. Makan Dan Minum

Makan dan minum walaupun sedikit akan membatalkan solat anda. Contohnya, jika anda tertelan sedikit sisa makan di mulut, solat anda akan batal. Jadi disunatkan sebelum solat, anda kena bersugi atau berkumur (bersihkan mulut) untuk membuang sisa makanan yang terdapat didalam mulut anda. Jika anda tiada kayu sugi, berus gigi macam biasa pun tiada masalah asalkan segala sisa-sisa makanan tersebut tiada.

perkara yang membatalkan solat
Imej via [islami]

9. Berlaku Hadas Besar Atau Hadas Kecil Ketika Solat

Sebarang benda yang keluar melalui qubur dan dubur adalah najis dan wuduk anda akan terbatal. Apabila terbatal wuduk, jadi solat anda pun akan terbatal.

Jadi, perkara yang membatalkan solat adalah hadas besar dan kecil. Anda wajib bersihkan najis tersebut dan memulakan semula solat anda. Akan tetapi, jika anda mengalami penyakit hadas secara berterusan seperti buasir tahap serius, ia tidak mengapa. 

10. Terkena Najis

Jika anda solat dan kemudian terlihat najis di pakaian, badan, tikar sejadah ataupun tempat solat, solat anda akan terbatal dan harus diulang semula. Jadi, apabila mahu memulakan solat, diharuskan untuk memeriksa badan, pakaian, tikar sejadah dan tempat solat agar bebas dari najis.

Pemilihan tempat solat juga harus bebas dari najis dan bersih dari segala kekotoran.  Terkena najis adalah perkara yang membatalkan puasa anda harus sedar.

perkara yang membatalkan solat
Imej via [siakapkeli]

11. Niat Berubah

Perkara yang membatalkan solat adalah niat berubah. Sesudah takbiratulihram, anda tidak boleh berubah niat dan tidak boleh merasa was-was samada niat anda betul atau tidak.

Kita tidak boleh ada lintasan hati hendak membatalkan solat sebelum salam. Ini kerana ibadah solat adalah pendek masanya berbanding dengan ibadah haji atau puasa yang mana di dalam ibadah haji dan puasa setelah jatuh niat walau apa pun lintasan di hati tidak akan membatalkan ibadah-ibadah itu dengan serta merta melainkan melakukan perbuatan-perbuatan yang membatalkannya. Oleh itu, fokuslah ketika solat.

12. Terbuka Aurat Dengan Sengaja

Tidak boleh terbuka aurat ketika sedang solat. Terbuka aurat adalah perkara yang membatalkan solat. Bagi wanita, jika telekung yang dipakai itu jarang, pastikan bahagian leher serta tengkuk ditutup dengan tudung lain kerana jika leher dan tengkuk dapat dilihat itu juga dikira terbuka aurat dan sembahyang menjadi tidak sah.

Anda harus memeriksa semua aurat anda sebelum mula solat. Bagi lelaki, sila pastikan pakaian yang dipakai melebihi paras lutut dan atas dari bahagian pusat serta tidak ketat dan selesa untuk solat.

13. Memandang Tempat Lain Dengan Sengaja

Perkara yang membatalkan solat adalah memandang tempat lain dengan sengaja. Batal solat jika anda memandang tempat lain dan tidak fokus dalam solat. Ia sama sekali seperti anda tidak solat.

perkara yang membatalkan puasa
Imej via [baituljannah]

Kesimpulannya, jangan sesekali ambil mudah segala aspek yang berkaitan. Kesilapan sedikit pun dapat membatalkan solat anda. Marilah kita sama-sama memperbaiki segala perbuatan di dalam solat agar solat diterima Allah SWT. Jom baca juga Jenis solat ibadah qiamullai, rukun solat, cara solat sunat witir, Cara solat hajat dan Cara solat sunat tasbih.

Rujukan:

  1. akuislam
  2. Facebook
  3. blogsnipers

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.