anak bercerita

Imej:buzzfeed.com

 

Ibu ingin kongsi mengenai anak mengadu.

Mengadu di sini maksud Ibu ialah mengadu adik jahat ke, kakak garang dan pukul ke. Iaitu satu perbuatan menjatuhkan satu sama lain. Yang boleh membuatkan ibu atau bapa yang baru balik jadi berserabut.

Jika anak-anak hendak bercerita perihal apa yang dia lalui seharian sebelum berjumpa dengan anda hari itu, itu BUKANlah dinamakan mengadu. Itu bercerita. Dan SANGAT PENTING anda memberi perhatian kepadanya semasa itu.

"

Kenapa?

Kerana sekiranya anda menangguhkan, ia tidak akan datang balik. Selepas itu mereka sudah lupa atau tidak minat hendak berkongsi lagi kerana mereka sudah ada perkara lain yang menarik perhatian mereka.

Namun, jika di dalam dia bercerita itu terselit aduan, maka ambillah masa menyatakan kepadanya. Yang ini nanti kakak cakap sekali lagi kat mama ya.

Dengan cara itu anda sudah tahu apa yang hendak diadu dan anda boleh khaskan masa mendengarnya nanti.

Ibu harap ini membantu anda dari keliru.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.