Peranakan jatuh adalah keadaan di mana rahim tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya dan jatuh ke bawah lalu masuk ke dalam faraj. Peranakan jatuh akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Ia akan menjadi semakin teruk sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.

Peranakan jatuh

Sumber: Medicalnewstoday

Apakah jenis peranakan jatuh dan apakah perbezaannya?

Terdapat 3 jenis peranakan jatuh dan setiap satu daripadanya berbeza di antara satu sama lain. Jom kami terangkan ketiga-tiga jenis rahim jatuh.

  • Uterine prolapse. Uterine prolapse adalah keadaan di mana rahim jatuh dan masuk ke dalam faraj. Uterine prolapse boleh dibahagikan kepada 3 keadaan iaitu:
  1. Rahim turun sedikit dan masuk ke dalam faraj tetapi tidak  terkeluar dari faraj. Dalam bahasa mudah, belum ada tumbung yang keluar dari faraj. Kebiasaannya wanita yang mengalami rahim jatuh jenis ini tidak sedar bahawa peranakan mereka sudah jatuh. Ia hanya dapat dikesan melalui pap smear.
  2. Rahim jatuh dan masuk sehingga ke bahagian bawah faraj dan pangkal rahim dapat dilihat sedikit pada pintu faraj. Jika ia berlaku, biasanya akan disedari oleh tuan badan.
  3. Keadaan dimana hampir semua rahim jatuh dan masuk ke dalam faraj dan ada bahagian yang terkeluar daripada faraj. Untuk keadaan ini, tumbung sudah keluar dari faraj.
  • Peranakan jatuh di bahagian hadapan faraj. Ia adalah keadaan di mana pundi kencing dan saluran air kencing jatuh dan masuk dalam faraj lalu menolak dinding faraj ke hadapan. Akan kekihatan  seperti benjolan atau buncit pada perut.
  • Peranakan jatuh di bahagian belakang faraj. Ia berlaku apabila usus kecil jatuh dan masuk ke dalam dan rektum.

Apakah punca peranakan jatuh?

Peranakan jatuh berlaku kerana kelemahan pada otot pelvis. Otot pelvis boleh menjadi lemah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Keturunan
  • Penuaan
  • Menopous
  • Obesiti
  • Mengandung
  • Bersalin terlalu kerap
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • Melahirkan bayi yang terlalu besar
  • Proses bersalin yang terlalu panjang
  • Melahirkan anak dengan kaedah vakum atau forsep
  • Ketumbuhan seperti cyst dan fibroid
  • Batuk yang teruk
  • Sembelit yang kronik
  • Selalu mengangkat berat
  • Pembedahan pada bahagian pelvis
  • Pembedahan untuk membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
  • Jatuh terhentak dengan kuat
  • Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran
  • Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki
  • Terlalu lasak
Peranakan jatuh

Sumber: Decathlons

Apakah simptom peranakan jatuh?

Di antara tanda awal peranakan jatuh yang akan ditunjukkan oleh tubuh badan ialah seperti berikut:

  • Demam serta sejuk kaki dan tangan pada waktu petang selepas asar.
  • Kerap membuang air kecil
  • Kencing tak lawas
  • Sakit pinggang
  • Sakit pada bahagian ari-ari
  • Apabila berdiri terasa seolah-olah peranakan akan jatuh
  • Cepat penat
  • Kebas pada betis dan peha

Selain itu, wanita yang mengalami peranakan jatuh juga akan mengalami tanda-tanda dibawah:

  • Terasa seperti ada sesuatu yang tersepit atau terkeluar dari vagina.
  • Sakit ketika bersama suami.
  • Sakit tumit. Sekiranya anda banyak berdiri atau berjalan, tumit akan berdenyut atau terasa menyucuk-nyucuk dengan tajam.
  • Bisa pada tapak kaki. Anda akan terasa menyucuk-nyucuk pada seluruh tapak kaki.
  • Sakit dan lenguh-lenguh pinggang. Anda akan berasa lenguh pada bahagian pinggang dan belakang badan.
  • Sakit ari-ari dan ketidak selesaan pada bahagian tersebut.
  • Sakit semasa membuang air kecil.
  • Tidak dapat mengawal air kencing. Anda mungkin terkencing apabila bersin atau terbatuk.
  • Kerap kembung.
  • Badan mudah dimasuki angin.
  • Keputihan.
  • Kesukaran membuang air besar.
  • Keguguran kandungan.
  • Kanser pada kawasan pelvis.
  • Keradangan saluran vagina.
  • Fibroid.
  • Cyst.
Peranakan jatuh

Sumber: Quora

Apakah komplikasi peranakan jatuh?

Wanita yang mempunyai masalah peranakan jatuh mungkin akan mengalami komplikasi yang berikut:

  • Ulser. Apabila peranakan seorang wanita jatuh, permukaan vagina akan terdedah lalu menyebabkan ia menjadi kering dan ulser mula timbul. Ulser pada bahagian vagina berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman lalu menyebabkan jangkitan.
  • Rahim tersekat di dalam vagina. Peranakan yang jatuh dari kedudukan asal dan masuk ke dalam vagina berisiko tinggi untuk membengkak lalu menyebabkan kesukaran untuk menolaknya masuk semula ke tempat asal. Rahim akan terus membengkak dan menjadi semakin teruk. Saluran darah pada rahim mungkin akan tersumbat disebabkan oleh keadaan tersebut.
  • Organ lain  seperti pundi kencing, usus besar dan rektum juga akan jatuh dari tempat asalnya dan menyebabkan berlakunya komplikasi lain.

Apakah rawatan untuk peranakan jatuh?

Jenis rawatan untuk peranakan jatuh bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • Tahap keseriusan rahim jatuh
  • Jenis peranakan jatuh yang dialami
  • Simptom yang ditunjukkan oleh pesakit
  • Usia pesakit
  • Tahap kesihatan
  • Perancangan keluarga

Sekiranya masalah peranakan jatuh yang dialami berada pada tahap permulaan dan belum serius, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi. Senaman pelvis adalah jenis rawatan yang akan diberikan. Pesakit akan diajar teknik senaman pelvis yang betul untuk membetulkan semula kedudukan peranakan.

Berurut juga membantu masalah peranakan jatuh. Anda boleh mencari tukang urut ataua bidsn yang pandai sengkak perut untuk menaikkan semula rahim ke kedudukan yang asal.

Pesari faraj iaitu alat berupa gelang juga boleh dipakaikan pada serviks pesakit peranakan jatuh bagi menyokong rahim darioada terus jatuh. Gelang tersebut perlu ditukar setiap 4 bulan.

Terapi penggantian estrogen adalah kaedah rawatan dimana pesakit akan diminta untuk mengambil hormon estrogen bagi mengelakkan otot pelvis menjadi lemah.

Terdapat juga beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah peranakan jatuh. Dua pembedahan tersebut ialah:

  • Vaginal hysterectomy with vaginal vault suspension dimana rahim akan dibuang melalui vagina dan hujung vagina akan disangkut dalam kawasan pelvis bagi mengelakkan ia daripada terkeluar.
  • Abdominal hysterectomy dimana rahim akan dibuang melalui pembedahan dari kawasan abdomen.
Peranakan jatuh

Sumber: Healthcatalyst

Bagaimana cara untuk mencegah peranakan jatuh?

Anda boleh mencegah peranakan jatuh dengan cara:

  • Jangan berdiri terlalu lama. Cari peluang untuk duduk apabila berkesempatan.
  • Lakukan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan berlakunya sembelit kronik.
  • Jangan meneran semasa membuang air besar.
  • Jangan buang air besar lebih daripada 15 minit.
  • Memakai bengkung.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Jarakkan kehamilan.
  • Turunkan berat badan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Jangan terlalu kerap mengangkat benda  berat.
  • Jangan menolak barang dengan ibu jari kaki.
  • Jangan terlalu lasak.

Itulah dia info tentang peranakan jatuh yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda sukakan artikel ini, ada juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda mengandung luar rahim, kanser rahim, dan petua cepatkan bukaan rahim

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.