Anak-anak kalau sudah sakit tu, memang tidak tidurlah ibu bapa hendak memastikan mereka kembali sihat seperti sebelumnya. Sudah namanya sayang kan.

Macam biasalah, asyik-asyik demam, batuk dan selesema. Tetapi, para ibu bapa pernah tidak tertanya-tanya bagaimana caranya supaya anak tidak kerap jatuh sakit?

demam
Imej via Parenting.com

Di sini, terdapat perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih untuk dijadikan pedoman bagi para ibu bapa di luar sana.

Mengapa Anak Kerap Jatuh Sakit?

1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.

2. Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.

3. Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.

sakit
Imej via Emaze

4. Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu m, stroller dan sebagainya.

5. Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.

*Apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama kongsi info ini kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.