Dalam artikel yang lepas (Kisah Ashabul Kahfi), kita telah mengetahui kisah pemuda-pemuda Kahfi ini dengan terperinci daripada waktu sebelum mereka memasuki gua, ketika mereka di dalam gua dan juga selepas mereka telah keluar daripada gua setelah beratus-ratus tahun lamanya.

Kisah ini telah dicerita oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui surah al-Kahfi. Di dalam Surah al-Kahfi sebenarnya terdapat 3 kisah utama yang terkandung banyak pengajaran untuk kita. Kisah-kisah itu adalah kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Musa as bersama Nabi Khidir as dan kisah Raja Zulkarnain. Manakala, nama surah ini diambil sempena kisah Ashabul Kahfi.

pemuda kahfi

Imej via endangsriwahyunie

Kisah Ashabul Kahfi ini terlalu banyak serta sarat dengan pengajaran yang kita  oleh ambil lebih-lebih lagi buat para pemuda yang hidup di akhir zaman ini. Kisah ini bukan sahaja menceritakan tentang soal akidah, tetapi juga mengisahkan tentang jatidiri seorang Muslim yang sejati. Antara pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Ashabul Kahfi adalah:

1) Berpegang Teguh Kepada Aqidah Islamiah

Zaman Ashabul Kahfi adalah zaman pemerintahan raja yang zalim dan kebanyakan rakyat pada waktu itu kufur pada Allah swt. Jika kita ingin kaitkan dengan zaman kini, dunia kini diketuai oleh pemerintah kufar semenjak kejatuhan khilafah Islam pada tahun 1924.

Dengan pelbagai ideologi songsang yang merebak, ia sebenarnya merupakan anasir-anasir yang boleh menggugat keimanan serta aqidah Islam. Oleh itu, kita perlu contohi keutuhan aqidah Ashabul Kahfi sekalipun diancam oleh raja yang zalim.

Sekalipun orang di sekeliling kita kufur kepada Allah swt, kita harus tetap teguh mempertahan aqidah, keislaman serta ketaqwaan kita hanya kepada Allah swt.

Berkata Rasulullah saw;

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Maksudnya, “Islam itu bermula dalam keadaan asing (gharib) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (HR Muslim)

2) Memohon Pertolongan Dan Perlindungan Allah SWT

Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita perlu sentiasa berdoa memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah swt. Doa Ashabul Kafhi antara doa yang kitab oleh amalkan agar Allah swt sentiasa memberi petunjuk dalam apa juga keputusan dan urusan yang kita lakukan.

Doa Ashabul Kahfi

Imej via Shafiqolbu

3) Mengasingkan Diri Daripada Fitnah

Keputusan Ashabul Kahfi untuk lari bersembunyi adalah untuk menyelamatkan aqidah mereka. Tindakan mengasingkan diri daripada kerosakan serta kemaksiatan adalah salah satu cara terakhir yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan diri dan aqidah kita. Seperti mana firman Allah swt

 وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّـهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقًا

Maksudnya, “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah swt, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna.”

(Surah al-Kahfi, Ayat 16)

gua hira

Imej via clip2art

Hal ini jugalah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sebelum Baginda dilantik menjadi rasul. Baginda beruzlah di Gua Hira’ untuk mengasingkan dirinya daripada masyarakat Quraisy yang menyembah berhala.

4) Mencari Makanan Yang Halal Lagi Baik

Walaupun pemuda-pemuda ini dalam keadaan darurat kerana diburu oleh raja yang zalim, tetapi mereka tetap berusaha untuk mencari makanan yang paling baik iaitu halalan toyyiba. Firman Allah swt;

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْۚ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَـٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

Maksudnya, “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal),

maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. (Surah al-Kahfi, Ayat 19)

5) Tidak Berdebat Pada Perkara Yang Tidak Pasti

Firman Allah swt;

سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ ۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَدً

Maksudnya, “Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan, “(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya,” sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan, 

“(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya.” Katakanlah, “Rabbku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit.”

Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) berdebat tentang hal mereka, kecuali perdebatan yang lahir sahaja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka.” (Surah al-Kahfi, Ayat 22)

Melalui ayat ini, Allah mengajar kita agar tidak berdebat terhadap perkara yang kita tidak tahu. Sesungguhnya hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Dan melalui ayat ini juga, kita dapat ketahui bahawa jika kita ingin mengetahui sesuatu ilmu atau maklumat, pastikan kita bertanya kepada orang yang ahli dan benar-benar tahu akan hal tersebut.

6) Allah Berkuasa Menghidupkan Dan Mematikan

Percaya kepada perkara ghaib seperti percaya kepada Allah swt, percaya kepada Malaikat dan percaya kepada Hari Akhirat terkandung dalam Rukun Iman. Kepercayaaan ini sememangny perlu didasari dengan aqidah yang kuat kepada Allah swt. Ini kerana, kita harus yakin serta percaya dengan sepenuh hati pada perkara ghaib yang kita tidak nampak.

Namun, kisah Ashabul Kahfi telah membuktikan kekuasaan Allah swt untuk mematikan dan menghidupkan mahkluk. Pemuda-pemuda itu tidur selama beratus-ratus tahun dalam jagaan Allah swt dan mereka juga boleh terjaga daripada tidur yang panjang. Firman Allah swt;

وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ

Maksudnya, “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah swt menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. (Surah al-Kahfi, Ayat 21)

7) Membuktikan Kerasulan Nabi Muhammad SAW

Nabi saw telah ditanya sebanyak 3 soalan oleh pendeta Yahudi untuk membuktikan kerasulannya. Mereka menyatakan, sekiranya Nabi Berjaya menjawab soalan-soalan ini, maka Nabi saw sememangnya seorang rasul yang benar. Salah satu soalan yang diberikan adalah tentang para pemuda pada zaman dahulu yang memiliki kisah menakjubkan.

Pertanya berkenaan Asyabul Kahfi ini telah dikisahkan oleh Allah swt dalam Surah al-Kahfi, ayat 9-26. Wahyu ini turun selepas 15 hari Nabi Muhammad saw ditanya soalan oleh pendeta tersebut. Penjelasan Nabi Muhammad saw tentang kisah Ashabul Kahfi ini telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah swt.

Rujukan:

  1. Scribd
  2. Darussalaf
  3. Malaya Journal

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan pengajaran kisah Ashabul Kahfi yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

 

Penulis: Aniuna

Avatar

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .