pelamin
Imej via [stapico]

Bakal pengantin sekalian, adakah anda sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan? Pasti ramai yang masih lagi tercari-cari idea atau ilham untuk memilih design pelamin kahwin yang paling best setakat ini. Pelamin kahwin yang menarik dan best adalah tidak memakan kos yang besar, anda harus kreatif dalam memilih pelamin paling best untuk dijadikan kenangan seumur hidup anda.

Jangan terkejut sekiranya design pelamin paling best ini tidak langsung anda fikirkan! Ia mungkin satu dalam seribu yang ramai pengantin tidak pernah realisasikannya. Jom lihat 15 design pelamin kahwin 2019 paling best untuk pilihan anda!

1. Pelamin Moden Kontemporari

pelamin
Imej via [bccbangi]

Design pelamin moden kontemporari ini adalah gabungan corak moden yang sesuai dengan penata cahaya serta konsep trendy dan mewah. Warna pastel, silver atau gold sesuai menjadi tema warna bagi pelamin kahwin yang paling best bagi design ini. Barang hiasan pelamin yang turut diselitkan adalah barang antik dan mewah gaya eksklusif. Antara artis yang menggunakan pelamin kahwin design ini adalah Ummi Nazera.

2. Pelamin Fairy Tale

pelamin
Imej via [hangat]

Design Pelamin Fairy Tale mempunyai keunikannya yang tersendiri. sama ada anda ingin selitkan kisah fairy tale cinderella dan kereta kuda, snowhite, repunzel dan lain-lain lagi, ia merupakan design pelamin kahwin yang paling best.

Pelamin Fairy Tale adalah design pelamin yang sangat menarik dan best bagi tetamu dan kanak-kanak. Antara artis yang menggunakan design pelamin seperti ini adalah Fattah Amin dan Fazura.

3. Pelamin Garden @ Taman (Dalaman)

pelamin
Imej via [wanista]

Design pelamin garden atau taman yang didekorasikan di dalam dewan ini juga sangat cantik dan best untuk anda cuba. Pasti ramai yang tertarik dengan keindahan syurga cinta anda yang dipamerkan melalui pelamin dan gambar-gambar anda. Yuna adalah salah seorang artis yang memilih design pelamin kahwin taman.

4. Pelamin Garden @ Taman (Luaran)

pelamin
Imej via [jambubatu.online]

Selain design pelamin kahwin garden dari dalam dewan, anda juga boleh mengadakan majlis di taman dan mengenakan pelamin berkonsepkan taman secara luaran. Mudah sahaja, pecinta alam semulajadi pasti memilih design ini untuk pelamin di majlis kahwin anda. Jelas bahawa majlis nikah Yuna yang diadakan di taman dengan konsep ini dicemburui ramai.

5. Pelamin Kaum Bajau

pelamin
Imej via [dhia]

Walaupun anda kaum melayu, tak salah untuk mendapatkan design pelamin kaum bajau. Ia sangat menarik dan menyerlah pastinya berbeza daripada orang lain. Mungkin 1 dalam seribu pengantin yang memilih design pelamin kahwin kaum bajau ini.

6. Pelamin Tradisional

Bukan sahaja patriotik, tetapi secara tidak langsung, pelamin kahwin tradisional dapat mengimbas kembali zaman perkahwinan tok nenek kita dahulu kala. Pelamin kahwin tradisional selalunya menggunakan tema warna emas (gold), coklat, kuning ataupun putih. Ia akan nampak lebih kemas, cantik dan tradisional jika dipadankan dengan baju pengantin tradisional seperti kebaya.

7. Pelamin Rare

Imej via [dhia]

Design pelamin ‘Rare’ bermaksud pelamin yang unik, jarang dibuat orang dan pelik. Tidak salah untuk anda mencuba. Anda boleh fikirkan tema berkaitan hobi anda, alam semulajadi dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, pelamin rare sempena musim luruh telah diadakan. Ramai tetamu yang ingin mengambil gambar pelamin dan pengantin yang sama-sama Rare ini!

8. Pelamin Eksklusif

pelamin
Imej via [nona]

Pelamin eksklusif boleh datang dari pelbagai konsep atau objek seperti berlian, emas, kereta mewah dan sebagainya. Rekaan bagi tema ini haruslah lebih premium dan mewah di samping sesuai dengan gaya korporat atau luxury life. Anda boleh padankan dengan dewan, kerusi, meja makan dan sebagainya untuk lebih eksklusif.

9. Pelamin English Style

pelamin
Imej via [wanista]

Pelamin English style adalah salah satu design pelamin kahwin yang mendapat tempat di hati para wanita. Konsep pelamin english style sering dikaitkan dengan warna pastel dan corak bunga-bunga halus dan kecil ala-ala garden juga. Terdapat banyak jenis pilihan pelamin jika anda memilih pelamin design english style. Sama ada yang sederhana, ringkas dan juga padat.

10. Pelamin Ringkas

Imej via [keywordbasket]

Design pelamin yang ringkas kadang-kala kelihatan lebih cantik berbanding pelamin yang padat dengan bunga-bunga dan hiasan. Ringkas tetapi menarik dan cantik, pastinya akan menjadikan gambar-gambar anda kemas dan tidak semak. Cantik mata memandang. Tetamu juga akan lebih fokus kepada pengantin berbanding hiasan-hiasan pelamin yang diletakkan.

Design pelamin best untuk anda cuba adalah design pelamin kahwin ringkas seperti mempunyai kerawang, bunga yang ringkas ataupun tilam bantal yang selesa. Ia juga memberi keselesaan buat anda untuk duduk bersanding sepanjang hari.

11. Pelamin Hitam

pelamin
Imej via [pesonapengantin]

Sudah menjadi trend terkini, pada tahun 2019 ini, ramai bakal pengantin mula suka pelamin hitam. Dahulu, pantang sekali pelamin bewarna hitam kerana dikatakan nampak lebih gelap, namun ia sudah menjadi trend dan design pelamin best pilihan ramai.

Banyak corak, warna dan hiasan yang boleh anda padankan sekiranya anda memilih pelamin bewarna hitam ini. Sesuaikan juga dengan pakaian pengantin supaya tidak nampak tenggelam pada hari tersebut.

12. Pelamin Ala-Ala Kerabat Diraja

Imej via [terseni]

Teringin nak buat pelamin ala-ala kerabat diraja. Anda boleh hiaskan mengikut tema warna kuning atau emas. Gunakan barang antik, payung kuning, keris dan lain-lain hiasan untuk cantikkan lagi pelamin anda.

13. Pelamin Rose

Pelamin penuh dengan bunga ros ini menjadi pilihan ramai terutamanya bakal pengantin wanita yang meminat bunga ros merah. Ia lengkap dan padat dengan bunga ros untuk memberikan impak kepada semua tetamu yang memandangnya.

14. Pelamin Ala Kayangan

pelamin
Imej via [twitter]

Design pelamin kahwin 2019 best ala-ala kayangan sering dikaitkan dengan warna putih dan silver. Pelamin ala kayangan bermaksud pelamin seperti di syurga atau anda berada di kayangan bagaikan seorang puteri. Sebenarnya, ia lebih kepada imaginasi anda seperti anda inginkan.

15. Pelamin LED Skrin

pelamin
Imej via [emceefixz]

Khas untuk anda yang sukakan sesuatu yang unik dan hispter, anda boleh gunakan pelamin LED Skrin sahaja. Ringkas dan mudah bukan? Tak perlu nak cari macam-macam hiasan, tetapi dapat apa sahaja view yang anda inginkan.

Itulah dia 15 design pelamin 2019 paling best dan terbaik untuk anda pilih. Hanya sekali dalam seumur hidup untuk anda membuat pilihan design pelamin, maka carilah pelamin yang benar-benar menepati citarasa anda!

Jemput baca Kadar mas kahwin ikut negeri, Checklist majlis kahwin dan 10 Pilihan Goodies kahwin.

Rujukan:

  1. Nona
  2. Pesona Pengantin
  3. Dhia

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.