Pecah dara tidak boleh dipandang remeh. Dara itu sendiri adalah simbolik untuk maruah seorang perempuan. Seorang gadis apabila telah pecah daranya sering dianggap sudah tidak perawan dan suci lagi.

Malah telah pernah berlaku kes penceraian ke atas wanita di malam pertama perkahwinan hanya kerana isu dara.

image via : KL Menjerit

Seorang gadis yang belum berkahwin sewajibnya perlu bijak menjaga dara masing-masing. Hingga kini dara dianggap penting dan wajib ada untuk semua anak gadis.

Malangnya ramai yang tidak tahu bahawa dara ini tidak hanya pecah disebabkan oleh hubungan seks semata-mata. Tidak ada tanda pecah dara bukan bermakna si gadis itu telah pernah berzina sehingga boleh dikategorikan sebagai seorang perempuan yang telah ditebuk tupai.

Selaput Dara Lambang Kesucian Tanda Masih Perawan

Zaman dulu kala, bilik pengantin akan dihiasi dengan cadar putih supaya si suami dapat melihat kesan tompokan dara isterinya yang baru dinikahi. Tanda tompokan darah tanda pecah dara akan membuatkan si pengantin lelaki berasa semakin gembira kerana berjaya memiliki seorang wanita yang masih suci sebagai isterinya.

image via : Liputan6

Sebenarnya pendapat ini adalah sangat salah! Selaput dara sepatutnya sama sekali tidak boleh dinilai dengan keluarnya darah. Wanita yang tidak boleh keluarkan darah pada malam pertama juga tidak bererti adalah seorang perempuan yang sudah pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebelum itu.

Pecah Dara Sebelum Nikah Tidak Bermakna Pernah Lakukan Hubungan Seks

Pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud wanita itu pernah berzina. Perlu diingat yang wanita moden ini tidak seperti wanita di zaman dulu. Wanita zaman kini ramai yang bergerak aktif. Aktif dengan kehidupan yang serba moden dan gaya hidup yang serba pantas. Wanita kini juga aktif untuk mengejar cita-cita yang tinggi.

Perempuan kini sudah makin setaraf dengan para lelaki. Malah ada yang sudah mampu memanjat gunung dan bermain bolasepak seaktif seorang lelaki. Antara aktiviti yang boleh menyebabkan pecah dara adalah seperti berlari, bersenam, membuat regangan, berbasikal atau memanjat sesuatu.
Akibatnya ramai dikalangan para atlet wanita telah pecah dara akibat sukan yang dimainkan.

Saiz dan Bentuk Selaput Dara Adalah Berbeza Bagi Setiap Wanita

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita yang lain. Ada juga dikalangan perempuan yang mempunyai selaput dara yang sangat nipis dan mudah koyak. Ada juga perempuan yang selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana sangat elastik.

Malah ada juga kes bayi perempuan yang dilahirkan tanpa ada selaput dara sama sekali. Dara itu hanyalah satu selaput nipis yang ada di dalam ruangan vagina. Selaput dara dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Hymen”.

Ia merupakan lapisan sel nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina (vagina opening). Selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan badan buat kali yang pertama.

Lelaki Tidak Boleh Terus Menilai Kesucian Isteri Dengan Pecah Dara Di Malam Pertama

Sejujurnya, nilai kesucian seorang perempuan tidak boleh terus dinilai dengan pecah dara. Tiada darah di malam pertama tidak bermakna isteri yang baru dinikahi telah pernah berzina dengan lelaki lain sebelum itu. Jika masih juga musykil, jangan terlalu cepat melatah dan bertanyalah dengan baik.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Tetapi mungkin juga isteri anda itu pecah dara akibat aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan bijak dan jangan jadi bodoh untuk runtuhkan rumahtangga yang baru dibina hanya kerana isu pecah dara.

Gadis Wajib Jaga Dara Kerana Ia Adalah Lambang Maruah Seluruh Ahli Keluarga

Walaupun isu pecah dara ini semakin lama sudah semakin menjadi biasa. Tetapi selaku seorang perempuan anda wajib menjaga dara tersebut. Selaput dara adalah lambang kesucian yang mewakili maruah anda sekeluarga.

Jika ditakdirkan pecah dara atas sebab yang lain, itu tidak mengapa. Tetapi janganlah sengaja dibenarkan dara anda dipecahkan dek lelaki durjana yang hanya tahu untuk berseronok sahaja. Hargailah nilai diri anda dan sayangilah bakal suami yang telah Allah SWT aturkan jodohnya dengan anda kelak.

Penulis: Siti Awadah

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.