Resepi lama namun masih sentiasa jadi kesukaan ramai. Siapa suka makan peanut butter? Jom baca dan cuba resepi peanut butter yang dikongsikan oleh Aisyah My di laman Facebook.

Peanut butter yang comel sedap untuk dijadikan kudapan minum petang. Selain itu, rasa masin manis serta kerangupan selepas dibakar yang mengeluarkan aroma wangi amatlah merangsang selera.

Susah mengelak kalau sudah terjumpa peanut butter. Gatal mulut nak makan biskut ini. Penyediaannya mudah sahaja namun diperlukan ketelitian apabila meniru resepi sesuai dengan langkah-langkah yang disediakan. Selamat mencuba.

Resepi Biskut Peanut Butter

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1-1 ½ cawan magerin planta,
  • 1 cawan gula halus,
  • 3 biji kuning telur,
  • 1 sdt esen vanilla,
  • 2 cawan tepung gandum (kalau rajin sangai),
  • 2 cawan tepung jagung,
  • 1 ½ botol kecil peanut butter lady choice (200 gm),
  • Kismis.

Cara-cara :

  1. Satukan magerin (1 cawan dulu) dan gula halus. Kemudian pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
  2. Lalu masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul rata.
  3. Seterusnya Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul rata.
  4. Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut (bila dipicit tidak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah marjerin atau peanut butter hingga lembut. Kalau lembik, tambah sedikit tepung gandum).
  5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan. 13 gm sebiji untuk acuan saya.
  6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
  7. Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada oven.

Resepi Menarik Lain

Suka resepi biskut peanut butter ini? Kami menulis juga resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.