Pemilihan pakaian yang sesuai dengan tubuh badan adalah sangat penting. Ini kerana pemilihan pakaian yang sesuai akan memberikan keselesaan dan meningkatkan keyakinan diri individu tersebut. Apabila menyebut tentang pakaian, pemilihan pakaian dalam termasuk bra tak kurang pentingnya. Jom kami kongsikan panduan saiz bra yang sesuai dengan badan.

panduan memilih bra yang sesuai dengan badan
Sumber: Tribunnews

Apakah kesannya jika anda memakai bra yang tidak sesuai dengan badan?

Sebelum kami senaraikan tips memilih bra, apa kata kalau kami kupas dulu apakah kepentingan memilih bra yang sesuai dengan badan? Apakah kesannya jika anda tidak memilih bra yang betul? Menurut kajian, pemakaian bra yang tidak sesuai akan menyebabkan:

  • Bra yang terlalu besar dan longgar akan menyebabkan kurang sokongan kepada payudara lalu menyebabkan payudara anda cepat kendur dan tidak pejal.
  • Bra yang terlalu ketat akan menganggu postur badan.
  • Bra yang terlalu ketat boleh menyebabkan anda mendapat Lymfoma.
  • Bra yang terlalu ketat akan menekan tulang dan otot di bahagian atas badan lalu menyebabkan anda mengalami masalah kesukaran untuk bernafas.
  • Pemakaian bra yang berwayar dan terlalu ketat juga boleh menyebabkan anda sukar untuk bernafas.
  • Bra dengan saiz yang salah juga akan menyebabkan anda mengalami sakit badan, sakit bahu, dan sakit belakang.

Bagaimana cara memilih bra yang sesuai dengan badan?

Untuk mendapat bra yang sesuai dengan tubuh badan anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apakah saiz bra anda? Untuk makluman anda, saiz bra terdiri daripada dua perkara iaitu saiz lingkaran bawah payudara dan saiz mangkuk bra. Bra yang terbaik adalah bra yang betul saiz lingkaran dan cupnya. Sebagai contoh, bra dengan saiz 38B bermaksud bra tersebut mempunyai saiz lingkaran bawah payudara 38 dengan cup bersaiz B.

Bagaimana cara untuk mengira saiz lingkaran bawah payudara? Untuk menentukan berapakah lingkaran bawah payudara anda, terdapat dua cara yang boleh anda gunakan. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil tali tape dan ukur keliling tubuh badan anda di bawah payudara.

Untuk cara yang pertama, anda boleh mengukur dengan menggunakan ukuran sentimeter. Untuk ukuran menggunakan sentimeter, berikut adalah panduan untuk anda:

  • Lingkaran bawah payudara 63-67 cm, ukuran bra : 30 atau 65.
  • Lingkaran bawah payudara 68-72 cm, ukuran bra : 32 atau 70.
  • Lingkaran bawah payudara 73-77 cm, ukuran bra : 34 atau 75.
  • Lingkaran bawah payudara 78-82 cm, ukuran bra : 36 atay 80.
  • Lingkaran bawah payudara 83-87 cm, ukuran bra : 38 atau 85.
  • Lingkaran bawah payudara 88-92 cm, ukuran bra : 40 atau 90.

Untuk cara yang kedua, anda boleh menggunakan ukuran inci. Dapatkan ukuran lingkaran bawah payudara anda dalam ukuran inci. Jika ukuran yang anda dapat adalah bernombor genap, tambahkan dengan 4. Jika nombor yang anda dapat adalah ganjil, tambahkan dengan 3. Sebagai contoh:

  • Jika ukur lilit lingkaran bawah payudara anda adalah 34, tambahkan 34 + 4. Anda akan mendapat 38. Maka saiz bra anda adalah 38.
  • Jika ukur lilit lingkaran bawah payudara anda adalah 33, tambahkan 33 + 3. Anda akan mendapat 36. Maka saiz bra anda adalah 36.
panduan saiz bra yang sesuai dengan badan
Sumber: Hellosehat

Untuk mengetahui saiz cup pula, anda boleh gunakan formula yang berikut. Dapatkan ukuran lingkaran payudara, dan kemudian anda tolakkan dengan ukurlilit lingkaran bawah payudara anda, kemudian tambah dengan 2 sentimeter.

Lingkaran payudara – lingkaran bawah payudara + ditambah 2 sentimeter. Sebagai contoh, lingkaran payudara 48 – lingkaran bawah payudara 36+ 2 sentimeter. Jawapannya: 14.

Berikut ukuran cupnya:

  • 10-12 sentimeter: Cup A
  • 13-14 sentimeter: Cup
  • 15-17 sentimeter: Cup C
  • 18-19 sentimeter: Cup D
  • 20-22 sentimeter: Cup E

Selain itu, material bra juga memainkan peranan yang sangat penting. Memilih bra yang dibuat daripada kain kapas atau cotton adalah sangat baik kerana material tersebut membenarkan kulit anda bernafas dan kurang berpeluh. Sistem pengudaraannya juga adalah lebih baik dan akan mengurangkan masalah ruam pada payudara dan belakang badan.

Apakah tanda anda memakai bra yang tidak sesuai dengan badan?

Jika anda memilih bra yang kurang sesuai dengan tubuh badan, ada beberapa tanda jelas yang akan kelihatan. Di antara tanda-tanda tersebut ialah:

  • Bahagian tengah bra tidak bersentuhan dengan kulit badan anda. Ini menunjukkan bahawa anda telah terbeli bra yang terlalu kecil dan payudara anda terlalu besar untuk bra tersebut.
  • Payudara anda terkeluar dari bahagian bawah bra. Ini menunjukkan bahawa anda terbeli bra yang bersaiz kecil daripada sepatutnya.
  • Payudara anda terkeluar dari bahagian atas bra. Itu bermakna anda telah terbeli bra yang kecil.
  • Cup bra anda berkedut. Ini adalah petanda bahawa anda terbeli bra yang lebih besar daripada sepatutnya.
  • Terdapat ruang di antara tepi cup bra dan dada anda. Ini adalah tanda bahawa bra tersebut terlalu besar untuk payudara anda.
  • Lemak terkeluar di belakang badan. Ini adalah petanda bahawa anda memakai bra yang terlalu kecil untuk tubuh badan.
panduan saiz bra yang sesuai dengan badan
Sumber: Wow

Itulah dia info tentang panduan saiz bra yang sesuai untuk badan. Semoga bermanfaat buat anda semua. Selepas ini kalau anda ingin membeli bra, pastikan anda dapatkan ukuran bra yang betul sebelum memilih.

Walau bagaimana pun, apa yang paling penting ialah pastikan anda mencuba bra tersebut terlebih dahulu kerana ada kalanya, jenis bra yang berbeza akan menyebabkan ukuran & kesesuaiannya berubah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.