Negeri Sembilan popular dengan tempat bernamaPort Dickson. Namun, selain daripada Port Dickson, banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Negeri Sembilan untuk anda lawati. Negeri Sembilan terdiri daripada 7 buah daerah. Setiap daerah ada tempat-tempat menarik yang anda kunjungi.

 

Seremban

1) Muzium Negeri

Imej via lmns

Muzium Negeri Sembilan terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, di Jalan Sungai Ujong, Seremban. Tidak lengkap sekiranya anda melawat ke Seremban tanpa mengetahui sejarah Negeri Sembilan dengan lebih dekat. Di muzium ini, anda dapat lihat pelbagai artifak sejarah berkenaan Negeri Sembilan. Bangunan utama kompleks ini dikenali sebagai Teratak Perpatih yang dibina berdasarkan kediaman Minangkabau tradisional, seperti yang ditunjukkan oleh senibina atapnya.

 

Lokasi: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, Seremban

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10.00pagi – 6.00petang)

 

2) Masjid Negeri Sembilan

Imej via travelmalaysia

Masjid Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1966. Uniknta masjid ini kerana senibinanya seperti sebuah stadium. Binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan sembilan buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang yang mencerminkan sembilan daerah pentadbiran yang dimiliki Negeri Sembilan. Masjid yang memiliki reka bentuk Minangkabau ini memiliki 3 tingkat dengan ruangan solatnya yang menawarkan pemandangan indah Taman Tasik Seremban.

 

Lokasi: Jalan Dato’ Hamzah, Seremban

 

3) Taman Tasik Seremban

Imej via orangnogori

Taman Tasik Seremban merupakan salah satu tasik yang tertua di Malaysia, Taman Tasik Seremban ini dihiasi dengan pohon-pohon tropika yang menghijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Di samping itu, di sini juga terdapat dua buah tasik indah dan wakaf untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan.

 

Lokasi: Taman Tasik Seremban, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban

 

4) IJM Hill Park Seremban 2 Height

Imej via orangnogori

Hill Park Seremban 2 Heights adalah taman yang dibina dan diselengara oleh IJM Land khusus untuk aktiviti rekreasi keluarga, bersantai dan untuk menikmati pelbagai aktiviti luar yang disediakan kepada pengunjung.

Hill Park ini terbahagi kepada 3 zon. Setiap zon dibahagikan ikut ketinggian. Zon 1 berwarna hjau, Zon 2 warna biru dan Zon 3 berwarna pink.

Di Zon 1 terdapat taman permainan untuk anak-anak. Zon 2 terkenal sebagai Dinosaur Zone. Di kawasan ini, anda dapat melihat pelbagai jenis dinasour. Dinasour ini tidak bergerak-gerak, ia statik sahaja. Tetapi pihak IJM ada sediakan informasi seperti nama dan asal-usul bagi setiap dinasour yang terdapat disitu.

Di Zon 2 juga, pihak IJM menyediakan Flying Fox untuk kanak-kanak. Selain itu, Climbing Cube untuk anak-anak juga disediakan di sini. Sekiranya anak anda bermain aktiviti lasak ini, pastikan mereka dibawah pantauan orang dewasa untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Zon 3 adalah tempat untuk bersantai. Di sini disediakan tempat Picnic Pavilions iaitu tempat berkelah, dan tempat duduk untuk pengunjung. Selain berehat dan bersantai anda boleh lihat pemandangan 360 darjah daripada Zon 3 ni.

 

Lokasi: Hill Park Seremban 2 Heights

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (6.30pagi – 9.00malam)

 

Port Dickson

5) Pantai Teluk Kemang

Imej via smarti

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan popular di Port Dickson. Banyak tempat penginapan terdapat di sepanjang pantai ini. Hal ini membuatkan Pantai Teluk Kemang menjadi sasaran pelancong yang menginap di Port Dickson.

Selain daripada aktiviti mandi-manda di laut, Pantai Teluk Kemang juga menawarkan pelbagai aktiviti air seperti jet ski, banana boat dan macam-macam lagi.

 

Lokasi: Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

 

6) Alive 3D Art Gallery

Imej via portdickson

Studio 3D sering menjadi pusat tumpuan di mana-mana tempat pelancongan, termasuklah Port Dickson. Sekiranya anda seorang peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, Alive 3D Art Gallery wajib menjadi tempat untuk anda lawati.

Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D yang beraneka tema di sini. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan eksotik.

 

Lokasi: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.00pagi-10.00malam)

Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah (10.00pagi-11.00malam)

Bayaran: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

 

7) Muzium Tentera Port Dickson

Imej via orangnogori

Muzium Tentera Port Dickson terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia. Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita.

Disini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda juga dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.

 

Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

 

8) Kompleks Baitul Hilal

Imej via travelfana

Kompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang terletak bersebelahan dengan resort Klana Beach Resort. Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.

Pada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi dan kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson. Tempat ini menampilkan pameran artifak yang digunakan pengkaji ilmu falak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden.

 

Lokasi: Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 12.00 tgh hari)

 

9) Rumah Terbalik Port Dickson

Imej via siputhijau

Sebelum ini, rumah terbalik popular di Borneo. Kini, bagi orang Semenanjung, anda tidak perlu naik kapal terbang untuk melawat rumah terbalik. Ini kerana rumah terbalik kini sudah ada di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai namun telah diubah suai menjadi tarikan pelancong. Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.

 

Lokasi: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00pagi – 9.00malam)

Bayaran: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15

 

10) Taman Tema Wild West Cowboy

Imej via maisinggah

Antara tarikan luar biasa yang terdapat di Port Dickson adalah Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D yang boleh anda tonton di sini. Setiap tayangan berdurasi 7 minit.

Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.

 

Lokasi: 59-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00pagi – 10.00malam)

Bayaran: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25

 

11) Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Imej via malaysia-traveller

Buat anda yang meminati hidupan air dan ikan hiasan, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang pasti menjadi tempat wahib untuk anda lewati. Ini kerana, di sini menampilkan pameran ikan laut tempatan yang eksotik.

Tidak ramai tahu tentang Pusat Ikan yang di urus oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup yang penuh dengan akuarium dan mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik.

Ikan-ikan ini bukan sahaja untuk dilihat, tetapi anda juga berpeluang untuk menyentuh beberapa jenis ikan terpilih.

 

Lokasi: Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

 

Rembau

12) Sungai Timun Fireflies

Imej via worldheritage

Sungai Timun Fireflies dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang yang terbesar di Malaysia.

Di sini, anda bukan sahaja boleh melihat kunang-kunag berterbangan diwaktu malam, tetapi juga anda boleh memancing udang galah.

Kalau malas nak memancing, anda singgah sahaja ke kedai-kedai makanan laut yang terdapat di sekitar Sungai Timun. Banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai contoh ikan bakar, udang galah dan kupang.

 

Lokasi: Sungai Timun Fire Flies, Rembau

Bayaran: RM15-RM200 (bergantung saiz bot dan pekej)

 

13) Rembau Crystal

Imej via malaysia.travel

Rembau Crystal yang terletak di Perkampungan Kristal ini menawarkan pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada kristal oleh rakyat Malaysia sendiri.

Bagi anda yang meminati dekorasi rumah, pasti Rembau Crystal menjadi tempat wajib untuk anda membeli-belah.

 

Alamat: Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 5.30petang)

Sabtu (9.00pagi – 5.00petang)

 

Kuala Pilah

14) Muzium Diraja Seri Menanti

Imej via desaputeri

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan sebuah istana lama iaitu kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1908 hingga 1931 (Selepas tahun 1931, kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipindahkan ke istana baharu yang tidak jauh dari istana lama).

Istana Lama Seri Menanti adalah bangunan kayu yang mempunyai 99 batang tiang dan juga 4 batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki (panjang tiap-tiap satu tiang seri). Kayu yang digunakan ialah kayu penak. Istana Lama Seri Menanti dibuat tanpa menggunakan paku. Setiap sambungan yang perlu dibuat menggunakan kayu pasak.

Istana Lama Seri Menanti pernah digunakan sebagai bangunan Sekolah Menengah Agama Tinggi dari tahun 1959 hingga 1964.Istana Lama Seri Menantikan dijadikan Muzium Diraja pada 14 Julai 1992.

 

Lokasi: Seri Menanti, Kuala Pilah

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8.00pagi – 6.00petang)

 

15) Gunung Angsi

Imej via oranghutanmalaya

Gunung Angsi yang menyajikan anda dengan panorama indah banjaran-banjaran gunung yang menyejukkan pandangan mata.

Terdapat dua jalan yang anda bolehigunakan untuk menakluki Gunung Angsi. Pertama, melalui trek Hutan Lipur Ulu Bendul dan yang kedua adalah melalui trek Bukit Putus. Kalau anda inginkan cabaran, anda boleh menggunakan trek Ulu Bendul.

 

Lokasi: Gunung Angsi, Tanjung Ipoh

 

16) Hutan Lipur Ulu Bendul

Imej via percutianbajet

Pusat Rekreasi Ulu Bendul terletak di kaki Gunung Angsi. Hutan lipur ini dipenuhi pepohon rendang dan aliran sungai yang menyegarkan. Di samping panoraman yang menenangkan jiwa, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang turut dialirkan oleh air sungai.

Selain itu, anda juga boleh mendaki ke atas bukit untuk ke Snake Garden yang menempatkan beberapa ekor ular dan unggas. Yang paling best sekali, anda berpeluang melihat depan mata ular besar Anaconda! Ya, sangat besar. Namun jangan risau, ular-ular diletakkan ditempat yang selamat dan tidak akan membahayakan pengunjung.

 

Lokasi: Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah

 

Lain-lain Daerah

17) Muzium Adat Jelebu

Imej via cutisini

Muzium Adat Jelebu terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain, Galeri Tradisi Intelektual/ Kerajaan serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang hanya wujud di Negeri Sembilan kalau di Malaysia.

Bukan sekadar bahan pameran, malah pusat sumber yang dipenuhi koleksi buku tentang adat pun ada di muzium ini.

 

Lokasi: Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato’ Umbi, Kuala Klawang, Jelebu

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Percuma

 

18) Teratak Zaa’ba

Imej via usopnani

Teratak Za’ba yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi seni binanya nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil pertukangan Melayu yang ditonjolkan pada sekitar bangunan ini.

Di sini, anda dapat melihat pameran bibliografi,pPeribadi dan pakaian Pendeta Zaa’ba. Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud sewaktu kehidupan Pendeta Za’ba.

 

Alamat: Teratak Za’ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00pagi -5.30petang)

Bayaran: Percuma

 

19) Rantau Eco Park

Imej via viruspadu

Rantau Eco Park merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Malah, di sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi. Aktiviti lasak juga turut disediakan seperti berkayak. Lengkap pelbagai aktiviti untuk anda lakukan hanya di dalam 1 taman.

 

Lokasi: Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, Rantau

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12.00tgh hari – 11.30malam)

Bayaran: RM5.00 (Kolam mandi) |RM10-RM15 (Kayak)

 

20) Pusat Borong Nilai 3

Imej via orangnogori

Pasar Borong Nilai 3 merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong, dan syurga membeli belah kepada para pelancong yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

Inilah dia syurga membeli-belah buat kaum wanita. Pelbagai barangan dijual di sini antaranya pakaian, barangan hantaran dan perkahwinan, langsir, dan segala keperluan rumah ada di sini.

 

Lokasi: Nilai 3, Nilai

Waktu Operasi: 8.00pagi – 7.00malam

 

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

 

Penulis: Aniuna

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.