moisturizer terbaik
Imej via [productnation]

Moisturizer jarang diberi perhatian oleh para wanita dalam menjaga wajah. Ramai wanita sibuk bersolek dan membersihkan wajah semata-mata, sedangkan mereka terlupa melembabkan wajah dengan moisturizer setiap hari. Itulah punca kenapa wanita yang suka bersolek memiliki kulit kering dan kusam.

Jangan tinggalkan moisturizer lagi! Tahukah anda, moisturizer terbaik menjadikan kulit lembab dan gebu sehingga anda merasakan kulit anda sangat sempurna? Percayalah, moisturizer adalah alternatif utama yang wajib anda gunakan untuk dapatkan kulit lebih lembab dan gebu.

5 Sebab Perlu Pakai Moisturizer

1. Menghalang Kulit Wajah Berminyak

Pemakaian moisturizer boleh merembes keluar segala minyak dari kulit wajah anda. Ia tidaklah dikeluarkan dari wajah dan muka anda kelihatan berminyak sepenuhnya, tetapi ia akan diserap dari dalam kulit justeru menghalang kulit wajah anda menjadi berminyak. Inilah alternatif untuk anda memastikan kulit wajah anda tidak berminyak lagi.

moisturizer terbaik
Imej via [productnation]

2. Menghalang Kulit Wajah Kering

Tanpa pelembab, kulit wajah anda mungkin akan kering dan kusam dengan lebih teruk lagi. Tahukah anda, tubuh badan kita mempunya 70% air, bagaimana pula dengan kulit wajah? Apatah lagi sekarang ini musim panas terik dan telah wujudnya pelbagai penyakit menyebabkan kulit. Bahaya jika anda tidak menjaga kulit anda dan membiarkan kulit wajah kering.

3. Kulit Lebih Licin Dan Gebu

Ramai wanita yang inginkan kulit lebih licin, lembab dan gebu. Moisturizer memberikan kelembapan kulit dengan membekalkan vitamin C, vitamin E dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Anda boleh amalkannya selepas mandi atau 2 hingga 3 kali sehari

moisturizer terbaik
Imej via [tokopedia]

4. Make Up Lembut Dan Tahan Lama

Percaya atau tidak, selepas memakai moisturizer, sepatutnya barulah anda boleh pakai foundation dan make up. Foundation dan mekap anda akan lebih tahan lama, licin dan tidak bertompok-tompok. Moisturizer menjadikan mekap lembut dan cantik.

5. Menegang Dan Melembabkan Wajah

Moisturizer juga menjadikan kulit wajah anda lebih tegang dan lembab. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti penuaan. Semakin berumur, semakin disarankan memakai moisturizer. Lebih baik lagi, gunakan moisturizer dari muda untuk mencantikkan kulit.

moisturizer terbaik
Imej via [Republika]

7 Moisturizer Terbaik Di Malaysia Berkesan, Kulit Lembab Dan Gebu

Apakah moisturizer terbaik di Malaysia yang berkesan dalam menjadikan kulit lebih lembab dan gebu? Tak usah risau, sebenarnya terdapat 6 jenis moisturizer yang selamat dan diyakini serta berkesan untuk kulit wajah anda.

Khas untuk anda yang belum pernah amalkan moisturizer dan juga pernah gunakan moisturizer, jom lihat 7 moisturizer terbaik di Malaysia. Salah satunya pasti anda pernah guna atau dengar namanya!

1. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream

moisturizer terbaik dan berkesan
Imej via [cikwunnyblog]

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream ini memberi pencerahan berganda hasil vitamin pencerah dan 5X sakura. Kulit lebih halus, cerah dan berseri.

2. NATURE REPUBLIC Soothing and Moisture 92% Aloe Vera (300ml)

moisturizer terbaik
Imej via [acespreview]

Moisturizing ini menjadikan kulit anda lebih segar, sihat dan selamat. Nature Republic Soothing Moisture ini diperbuat daripada 92% kandungan asli aloe vera dan ia amat berkesan. Tak sabar nak lihat kulit licin dan gebu selepas menggunakannya.

3. BIO-ESSENCE Miracle Bio Water Moist-In Water Gel (50g) productnation

moisturizer terbaik
Imej via [productnation]

Moisturizer terbaik tak lain dan tak bukan adalah BIO-ESSENCE Miracle Bio Water Moist-In Water Gel 50g productnation. Ia menjadi pilihan ramai wanita yang pelembab jenis sejuk dan ringan. Anda akan berasa selesa setelah memakai moisturizer ini. Keberkesanannya amat diyakini ramai dalam menjadikan kulit lebih licin dan gebu.

4. Simple Kind to Skin Hydrating Light Moisturiser (125ml)

moisturizer terbaik
Imej via [tesco]

Jenama Simple Kind to Skin Hydrating Light Moisturiser berukuran 125ml ini sudah mula dikenali ramai anak muda. Bukan apa, ramai yang sudah ada kesedaran untuk memilih produk yang berada di farmasi dan guardian. Moisturizer terbaik dan berkesan ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka.

5. CLINELLE Purifying Gel Moisturizer (30ML)

Imej via [Clinelle]

Sekiranya anda inginkan kulit putih dan gebu, pilihan moisturizer terbaik inilah yang bakal merealisasikan impian anda. Clinelle Purifying Gel Moisturizer ini merawat dari dalam kulit anda dan membentuk sel-sel kulit yang baru sehingga menjadikan kulit anda putih kemerah-merahan dan lebih cerah semulajadi.

6. Cetaphil Moisturizing Cream (100g)

moisturizer terbaik
Imej via [shopee]

Moisturizer terbaik yang harus anda gunakan ini berkonsepkan dermatologi nombor 1 di Malaysia. Ia sesuai untuk wanita berkulit kering dan juga kulit sensitif. Sekiranya muka anda breakout dan bermasalah besar, Cetaphil moisturizing Cream ini adalah penawarnya!

7. YOUTH Age Defense Moisturizer

moisturizer terbaik
Imej via [shopee]

Selain mencantikkan warna tona kulit, moisturizer terbaik dan berkesan ini melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Sekaligus ia berfungsi membaiki kulit dan sel-sel dalaman kulit. Sebagai anti-penuaan juga, anda boleh mula memakai Youth Age Defense Moisturizer bagi mengatasi masalah penuaan wajah.

7 Moisturizer terbaik dan berkesan bakal menggebu dan melembabkan wajah anda telah kami kongsikan. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan keperluan dan masalah kulit anda.

7 Moisturizer terbaik ini sangat selamat digunakan dan telah diluluskan oleh pihak berkaitan. Apa kata anda pilih moisturizer sesuai dan mula amalkannya untuk kulit lebih gebu dan sihat! Jemput baca juga serum terbaik untuk wanita, Kegunaan vaseline di rumah dan Kenali Waktu Subur Wanita.

Rujukan:

  1. producola
  2. productnation
  3. lobakmerah

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.