Orang dulu-dulu banyak perkara mitos yang diperkatakan oleh mereka. Mitos-mitos ini direka oleh nenek moyang kita untuk menjaga adab tingkah laku dan lebih berjaga-jaga. Ia terpulang kepada kita sama ada mahu mempercayainya atau tidak.

Antara mitos yang dikatakan adalah jangan makan atas tilam nanti mimpi dikejar harimau. Nenek moyang kita cakap begitu kerana tidak mahu kita makan atas tilam nanti kotor. Setiap perkara yang dikatakan oleh mereka mungkin mempunyai maksud tersirat atau sekadar gurauan sahaja.

Ada juga mitos yang berkaitan dengan kehamilan. Sampai sekarang kita masih dengar tentang mitos ini. Apakah mitos-mitos tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai mitos yang berkaitan dengan kehamilan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

mitos kehamilan
Image via Facebook

Mitos Kehamilan

Mitos berkaitan kehamilan yang biasa didengar :

1) Jangan duduk dimuka pintu, nanti susah nak beranak sebab bayi akan duduk di pintu rahim sahaja. Ini adalah tidak benar. Pintu rahim dan pintu rumah adalah berbeza.

2) Jangan membelit tuala di leher, bimbang nanti tali pusat akan terbelit. Tali pusat terbelit terjadi kerana keaktifan bayi di dalam rahim ataupun ibu yang terlalu aktif dan trigger bayi untuk turut aktif bergerak.

3) Jangan keluar rumah semasa gerhana matahari, bimbang anak akan ada tanda lahir. Sebenarnya, ia belum dikenalpasti apakah sebab terjadinya tanda lahir, tetapi dari segi medical, kemungkinan tanda lahir terhasil
kerana pengumpulan pembuluh darah ataupun kejadiannya yang tidak normal ataupun mungkin juga kerana berlebihan pigmen pada kulit.

4) Jangan lalu belakang orang yang hamil, nanti anak lahir ikut muka orang yang lalu belakangnya itu. Lalu belakang atau lalu depan, jika baka orang yang lalu lalang itu ada dalam sala-silah keturunan, haruslah ada sedikit sebanyak irasnya.

5) Jangan menyiang ikan yang masih hidup, dikhuatiri akan menyebabkan bayi lahir sumbing. Sumbing merupakan masalah congenital sejak sebelum lahir. Tidak ada kena mengena dengan ikan mahupun ular.

*Kita sekarang hidup zaman teknologi. Banyak peralatan yang telah tercipta dan ilmu yang kita pelajari pada zaman ini. Semua perkara yang terjadi akan dikaji melalui sains. Jadi, jika kita jaga kandungan kita dengan baik dengan mendengar nasihat doktor, Insyaallah bayi kita akan dilahirkan dengan cukup sifat.

Namun, jika bayi kita dilahirkan dengan penyakit mungkin ia faktor tidak menjaga pemakanan dengan baik semasa hamil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .