Minyak zaitun merupakan minyak yang tidak asing lagi buat golongan wanita. Ianya merupakan salah satu makanan sunnah yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Mungkin anda mengenali minyak zaitun kerana ia terkenal sebagai minyak untuk kecantikan dan juga minyak untuk kesihatan.

Tahukah anda bahawa yang sebenarnya,selain untuk kecantikan dan kesihatan, minyak zaitun juga sebenarnya sangat bagus untuk ibu hamil. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil.

minyak zaitun untuk ibu hamil
Sumber: Sehatyab

Apakah kandungan minyak zaitun?

Pastinya anda tertanya-tanya apakah kandungan minyak zaitun yang menjadikannya begitu berkhasiat? Untuk pengetahuan anda, minyak zaitun dihasilkan dari buah zaitun yang banyak ditanam di negara mediterranian. Minyak zitun dihasilkan melalui kaedah perahan sejuk atau cold press dimana minyak zaitun diperah tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Pastinya anda perasan bahawa terdapat dua jenis minyak zaitun iaitu minyak zaitun biasa, virgin dan extra virgin. Apa yang membezakan di antara tiga jenis minyak zaitun ini ialah suhu semasa minyaknya diperah. Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai minyak zaitun virgin atau extra virgin, proses perahan mestilah dilakukan pada suhu bilik. Menarik kan?

Minyak zaitun mengandungi:

  • Protein
  • Air
  • Lemak
  • Kalori
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin B3
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun yang terdiri daripada asid oleik jenis tidak tepu mono, asid linoleik dan sedikit asid linolenik. Asid linoleik dan linolenik dari jenis asid lemak tidak tepu poli ini mengandungi omega 6 dan omega 3 yang menepati nisbah yang diperlukan oleh ibu mengandung.

Bagaimana ibu mengandung boleh menggunakan minyak zaitun?

Terdapat tiga cara untuk anda menggunakan minyak zaitun sepanjang tempoh kehamilan iaitu dengan cara:

  • Minum satu sudu minyak zaitun pada waktu pagi dan petang
  • Menggunakan minyak zaitun sebagai pengganti minyak masak atau sebagai dressing untuk salad.
  • Disapukan terus pada tubuh badan yang berkenaan
minyak zaitun untuk ibu hamil
Sumber: Oliveoilmarket

Apakah khasiat minyak zaitun untuk ibu mengandung?

Menurut kajian, berikut adalah di antara khasiat minyak zaitun untuk ibu mengandung:

Membantu penyerapan nutrien oleh tubuh badan

Kajian mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun sepanjang tempoh kehamilan sangat membantu tubuh badan ibu hamil untuk menyerap semua vitamin, mineral dan nutrien yang masuk kedalam tubuh badan bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk membesar dan berkembang.

Asid Oleik yang ada dalam minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan

Kajian demia kajian yang dijalankan keatas minyak zaitun mendapati bahawa asid oleik iaitu salah satu bahan utama yang terdapat dalam minyak zaitun adalah sangat berkhasiat. Di antara kelebihan asid oleik ialah:

  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Ibu mengandung juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko kanser di kalangan ibu mengandung
  • Anti oksida, mengelakkan radikal bebas daripada memudaratkan bayi dalam kandungan anda.

Menghilangkan stretchmark ( kesan regangan ) dan kegatalan pada stretchmark

Stretchmark dan ibu mengandung sememangnya tak dapat dipisahkan. Semakin besar kandungan anda, semakin banyak stretchmark yang akan timbul pada perut. Malah stretchmark boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan. Jika anda garu, ia akan menyebabkan parut kekal pada perut anda. Minyak zaitun boleh membantu masalah yang ana hadapi.

Sapukan minyak zaitun pada kawasan perut yang mempunyai stretchmark. Ia bukan sahaja akan membantu menghilangkan kegatalan yang anda alami malah akan mengurangkan kesan parut baru dan dalam masa yang sama memudarkan parut yang lama. Hebat! Anda tak perlu beli krim mahal di farmasi.

Mengatasi masalah sembelit semasa mengandung

Ibu mengandung selalu mengalami masalah sembelit disebabkan oleh pengambilan pil zat besi atau pemakanan yang tidak seimbang. Tahukah anda bahawa minyak zaitun membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan ibu mengandung. Sejak zaman dahulu lagi minyak zaitun digunakan sebagai natural remedy untuk sembelit.

Caranya ialah dengan amalkan minum satu sudu minyak zaitun pada waktu pagi dan petang. Sebelum anda membuang air besar, boleh juga sapukan sedikit minyak zaitun pada kawasan dubur sebagai pelincir bagi memudahkan najis keluar.

Menghilangkan krem, lenguh-lenguh, dan sakit-sakit badan

Minyak zaitun juga boleh dijadikan sebagai minyak urut. Jika anda mengalami sakit badan, lenguh-lenguh, atau krem, sapukan minyak zaitun pada tempat yang sakit dan urut perlahan-lahan. Anda akan berasa lega. Anda juga boleh minta bantuan suami untuk tolong urutkan.

Meningkatkan fungsi otak kognitif dan memori

Khasiat minyak zaitun yang seterusnya ialah membantu meningkatkan fungsi otak iaitu dari segi kognitif dan memori. Pengambilan minyak zaitun semasa mengandung akan mengurangkan simptom kelupaan yang sinonim dengan ibu mengandung. Malah bayi dalam kandungan anda juga akan mendapat kebaikannya. Insya Allah bayi anda akan lahir sebagai seorang anak yang bijak dan cerdas.

Mengatasi masalah rambut gugur

Masalah keguguran rambut semasa mengandung boleh diatasi dengan minyak zaitun. Caranya sapukan minyak zaitun pada rambut anda dan sikat untuk memastikan ianya rata ke seluruhan rambut dan kulit kepala. Amalkan juga minum minyak zaitun setiap hari, masalah rambut gugur anda akan selesai.

Itulah dia info tentang khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan sunnah dan suplemen untuk ibu hamil

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.