Jom ketahui bahaya menggunakan minyak masak berulang kali.

Masyarakat Malaysia tidak lari dari makanan yang menggunakan minyak masak sama ada untuk menggoreng, menumis dan sebagainya. Kaedah menggoreng itu pula terdapat pelbagai cara.

Ada yang menggoreng menggunakan minyak seadanya ataupun ada yang menggunakan kaedah ‘deep fry” iaitu kaedah memasak yang memerlukan kuantiti yang lebih sehingga terendam makanan yang hendak digorengnya.

Jadi, penulisan ini akan difokuskan kepada kaedah menggoreng secara ‘deep fry’. Penulisan ini tidak berniat untuk menyalahkan kaedah ‘deep fry’ ini, cumanya hanya ingin mengetengahkan isu penggunaan semula minyak berkali-kali dengan tujuan mengelakkan pembaziran minyak dan seterusnya menjimatkan kos pembelian minyak masak.

Tambahan pula, mulai November 2016 kenaikan harga minyak masak akibat daripada pemansuhan subsisdi minyak masak oleh pihak kerajaan merunsingkan banyak pihak terutama para peniaga makanan “deep fry”.

Tapi rasanya bukan sahaja peniaga, di rumah-rumah juga turut menggunakan minyak masak berkali-kali. Ini kerana perkara utama yang difikirkan adalah penjimatan kos walaupun ada segelintir dari kita yang tahu tentang bahayanya penggunaan semula minyak masak ini.

"

Tapi itulah, kebanyakan nya memilih untuk berjimat dari selamat. Oleh itu, penulisan ini ditulis dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu memberi kesedaran pengguna minyak masak dalam membuat pilihan yang tepat dengan memberikan informasi berkenaan kajian berkaitan yang telah dilakukan.

Komponen Minyak Masak

Sedikit sebanyak mengenai minyak masak yang sering kita gunakan ini, iaitu terdapat 2 komponen minyak kelapa sawit ini, iaitu 50% saturated fat dan 50% unsaturated fat. Minyak ini kaya dengan vitamin E dan bahan antioksidan yang baik untuk badan kita dalam membaiki struktur sel yang rosak disamping mengelakkan kanser. Lawan untuk antioksidan adalah bahan yang kita panggil sebagai ‘free radicals’. Bahan free radicals inilah yang selalunya menggalakkan sel-sel kanser dalam badan untuk aktif.

Hasil kajian dari Fakulti Perubatan UKM (2012) mendapati bahawa kandungan vitamin E dan antioksidan yang terdapat dalam minyak masak ini amat sensitif terhadap kepanasan. Pemanasan berulang kali merendahkan kandungan vitamin E dan meningkatkan pembentukan free radicals.

Selain dari mengaktifkan sel-sel kanser, free radicals yang terbentuk ini merosakkan kandungan lemak minyak tersebut yang seterusnya akan menyebabkan proses pengerasan dinding salur darah. SItuasi ini akan menyebakan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan terganggu dan seterusnya boleh mengakibatkan darah tinggi, strok dan serangan jantung seterusnya boleh membawa kepada kematian. Terma dalam perubatan adalah aterosklerosis.

Dalam satu kajian lain dari fakulti yang sama, mendapati minyak masak tersebut kehilangan khasiat berikutan pengurangan kandungan vitamin E kepada hampir 98% selepas lima kali digunakan untuk menggoreng. Sudahlah khasiat hilang, ditambah pula mudarat pada kesihatan. Nampak tak lebih keburukan dari kebaikan untuk penggunaan semula minyak masak ini.

Berapa kali minyak goreng boleh dipakai?

Jadi sekiranya anda masih nak menggunakan berulang kali (tapi yang paling elok tak perlu digunakan berulang kali). Mungkin boleh dua kali sahaja. Selepas dari itu, bolehlah masukkan ke dalam botol dan boleh hantar ke pusat kitar semula. Boleh jaga kesihatan dan persekitaran. Dan boleh juga dapat duit sedikit, Sebab apa?

Untuk anda yang belum tahu. Ada yang membeli tau minyak masak terpakai nih. Dari laman web USIM, minyak masak terpakai ini boleh dikitar semula untuk digunakan untuk membuat biodiesel, sabun, lilin dan sebagainya. Mereka mula menjalankan aktiviti pemgumpulan minyak masak terpakai semenjak tahun 2013 lagi.

Imej via USIM website

Tapi anda mesti terfikir-fikirkan, di rumah bolehlah nak buat macam ini, di kedai dan di gerai-gerai macam mana. Itu dah di luar bidang kuasa kita. Sekurang-kurangnya kita sudah kurangkan peratus risiko kesihatan diri. Nak lagi kurang risiko, kurangkan lah pengambilan makanan diluar ataupun makanan bergoreng diluar.

Susah untuk peniaga diluar sana tidak menggunakan semula minyak masak tersebut. Tapi tidak mustahil sekiranya peniaga itu sedar dia mudaratkan pembeli-pembelinya.

Jadi, sekarang anda masih nak berjimat, makan sedap ataupun memilih untuk selamat dan sihat? Pilihan di tangan anda. Duit boleh dicari kesihatan tiada tukar ganti. Elak lebih baik dari merawat. Lagipula, kos rawatan untuk penyakit-penyakit kronik yang disebutkan di atas pun bukan murah ya. Sekali lagi, pilihan di tangan anda.

Penulis berharap, sekiranya anda tidak dapat langsung tidak menggunakan semula minyak masak. Sekurang-kurangnya anda sedikit sebanyak sedar penggunaan semula minyak masak perlu dikurang kan jumlah penggunaan nya. Dan kurangkan lah beli makanan bergoreng di luar. Bukan untuk siapa. Untuk anda dan keluarga anda juga.

Bagi penjual makanan pula, penulis faham dan tahu, kos untuk menukar minyak masak dengan kerap ini amat tinggi tetapi jauh di sudut hati penulis berharap sedikit penambahbaikkan perlu anda lakukan untuk kesihatan kita bersama.  Sekian.

Rujukan

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.