Minyak kelapa dara sememangnya sudah lama diamalkan oleh orang kita sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Dikatakan sebagai minyak makan paling sihat di dunia, apa salahnya kalau anda mula mengamalkan minyak kelapa dara sepanjang tempoh kehamilan agar manfaatnya dapat dirasai oleh bayi dalam kandungan.

Apakah khasiat minyak kelapa dara untuk ibu mengandung?

minyak kelapa dara untuk ibu mengandung
Sumber: Daura

Mengurangkan dan mengatasi masalah alahan atau morning sickness

Alahan semasa mengandung bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Anda sangat bertuah sekiranya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan. Alahan semasa mengandung biasanya berlaku pada fasa awal kehamilan iaitu trimester pertama dan boleh berlarutan sehingga trimester kedua.

Kajian mendapati bahawa ibu mengandung yang mengamalkan minyak kelapa dara sejak awal kehamilan mengalami alahan mengandung yang kurang berbanding ibu yang tidak mengambil minyak kelapa dara.

Malah ibu yang mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara sejak sebelum mengandung mencatatkan rekod alahan mengandung yang lebih rendah.

Oleh itu, jika anda sedang mengalami masalah alahan semasa mengandung, apa kata anda mula ambil minyak kelapa dara hari ini? Anda boleh pilih sama ada untuk membeli dalam bentuk minyak untuk diminum satu sudu setiap pagi atau nak lagi mudah, boleh beli minyak kelapa dara dalam bentuk kapsul yang lebih mudah untuk ditelan, terutamanya semasa anda sedang mengalami alahan.

Mengurangkan risiko koyakan teruk pada faraj semasa melahirkan

Sejujurnya semua ibu mengandung mengimpikan proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi termasuk koyakan yang teruk semasa melahirkan. Salah satu daripada ikhtiar yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko koyakan teruk semasa bersalin ialah dengan mengamalkan minyak kelapa dara sepanjang tempoh mengandung.

Minyak kelapa dara membantu mengurangkan koyak semasa bersalin dengan menjadikan otot faraj anda lebih anjal dan boleh mengembang semasa bayi keluar dari rahim. Untuk tujuan ini anda boleh mengamalkan minyak kelapa dara dengan dua cara iaitu:

  • Minum satu sudu minyak kelapa dara setiap pagi dan malam. Jika anda mengambil minyak kelapa dara dalam bentuk kapsul, pastikan anda ambil dua kali sehari dengan dos yang diberikan.
  • Melakukan urutan perinium dengan menggunakan minyak kelapa dara. Anda boleh mula melakukan urutan seawal 7 bulan kehamilan. Anda juga boleh minta bantuan suami untuk melakukan urutan sekiranya anda tidak lagi selesa untuk melakukannya sendiri apabila perut semakin membesar.

Mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung serta mencegah pre-eklampsia

Komplikasi semasa mengandung seperti kencing manis dan darah tinggi adalah sangat merisaukan. Bukan sahaja ia boleh menjejaskan kesihatan anda, malah ia boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Malah jika tidak dikawal, anda berisiko untuk mendapat pre-eklampsia yang boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang lebih teruk dan anda terpaksa bersalin awal dari tarikh yang sepatutnya.

Kajian mendapati bahawa ibu yang mengamalkan minyak kelapa dara semasa mengandung mempunyai risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi yang lebih rendah. Malah mereka terlindung daripada risiko pre-eklampsia.

minyak kelapa dara untuk ibu mengandung
Sumber: Mothering

Mengatasi masalah Haemoglobin rendah

Khasiat minyak kelapa dara untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah membantu mengatasi masalah haemoglobin rendah semasa mengandung. Hb rendah merupakan mimpi ngeri bagi ibu mengandung.

Bukan sahaja ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan kandungan, malah anda akan berat hati untuk mendapatkan pemeriksaan bulanan kerana tidak tahan mendengar bebelan jururawat di klinik kesihatan.

Oleh itu, jika anda mempunyai masalah hb rendah semasa mengandung, tak salah kalau anda berikhtiar dengan minyak kelapa dara. Mana tahu kot serasi, hb anda akan cantik sehingga anda bersalin.

Menguatkan rahim

Rahim yang kuat dan sihat adalah sangat penting agar kandungan dapat ditampung sehingga proses bersalin. Di antara ibu mengandung yang berisiko untuk mengalami masalah rahim lemah ialah mereka yang:

  • Pernah keguguran. Rahin semakin lemah jika anda gugur lebih daripada sekali.
  • Pernah melahirka anak melalui pembedahan
  • Pernah melakukan pembedahan atau prosedur yang melibatkan rahim
  • Baru bersalin atau bersalin rapat
  • Telah bersalin banyak kali atau mempunyai anak yang ramai

Jika anda termasuk dalam kategori di atas, pengambilan minyak dara akan membantu menguatkan rahim anda.

Memberikan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan

Minyak kelapa dara membantu bayi dalam kandungan anda membesar dan berkembang dengan sempurna mengikut tahap perkembangan yang sepatutnya. Tiada lain yang diinginkan oleh seorang ibu melainkan yang terbaik untuk anaknya.

Menyeimbangkan hormon

Ibu mengandung mengalami kecelaruan hormon yang teruk sepanjang kehamilan dan kesannya anda akan mengalami:

  • Masalah keguguran rambut
  • Alahan mengandung
  • Gigi menjadi reput dan mudah tercabut
  • Kulit menjadi gelap pada kawasan tertentu
  • Kepenatan dan kelesuan

Pengambilan minyak kelapa dara membantu menstabilkan hormon anda dan mengurangkan komplikasi akibat kecelaruan hormon dalam tubuh badan.

Mengurangkan sembelit

Sembelit semasa mengandung adalah sangat menyakitkan. Ibu mengandung mudah terkena sembelit kerana usus telah tertolak ke belakang oleh rahim yang semakin membesar. Jika anda sembelit, amalkan minyak kelapa dara, insya Allah sembelit anda akan hilang sedikit demi sedikit. Tak perlu gunakan ubat lagi.

minyak kelapa dara untuk ibu mengandung
Sumber: Pantangplus

Itulah dia info tentang khasiat minyak kelapa dara untuk ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat buah durian belanda

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.