Minyak argan atau argan oil adalah salah satu minyak kecantikan yang terkenal di kalangan wanita Malaysia. Kebiasaannya ia digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk kecantikan kulit dan rambut. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya minyak argan telah digunakan untuk kecantikan sejak zaman dahulu lagi. Jom ketahui apakah khasiat minyak argan.

Sebelum bercerita tentang khasiatnya, apa kata kalau kami ceritakan tentang dari mana minyak berkhasiat ini datang. Mungkin anda tak tahu bahawa yang sebenarny, minyak argan dibuat daripada buah pokok Argan ( Argania Spinosa). Uniknya, pokok argan hanya terdapat di Moroccco, Afrika Utara dan tidak akan dijumpai di tempat lain di seluruh dunia. Pokok argan telah ditemui dan digunakan sejak 200 tahun yang lalu.

khasiat minyak argan
Sumber: Tribunnews

Oleh kerana keunikannya, tak hairanlah kalau pokok ini dilindungi oleh UNESCO. Kenapa minyak argan mahal harganya? Harganya mahal kerana minyak tersebut agak susah untuk diperolehi. Pokok argan hanya mula berbuah ketika berumur 30 hingga 50 tahun malah untuk mendapatkan 1 liter minyak argan, kira-kira 30 kilogram buah argan diperlukan. Proses untuk mengekstrak minyak argan dari buahnya pula mengambil masa selama 15 jam.

Patutlah minyak argan mahal harganya. Ok, sekarang jom kami kongsikan kepada anda apakah khasiat minyak argan yang sangat terkenal dalam dunia kecantikan di seluruh dunia. Di antaranya ialah:

Menyihatkan dan mencantikkan kulit

Kulit yang sihat akan menghasilkan kulit yang berseri, bercahaya, bersinar, dan tidak kelihatan kusam. Kulit sihat adalah idaman setiap wanita. Tak cerah tak mengapa, yang penting kulit kesihatan sihat dan cantik. Minyak argan kaya dengan vitamin A, vitamin E, anti oksida, Omega 6 dan asid linoleic sangat membantu untuk menyihatkan dan mencantikkan kulit.

Oleh itu, tak hairanlah mengapa pada hari ini banyak produk penjagaan kulit yang menjadikan minyak argan sebagai salah satu daripada bahan utamanya. Jika anda nakkan kulit yang sihat, cantik, dan berseri, sapukan minyak argan ke wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bukan sahaja untuk wajah, malah anda boleh sapukan minyak argan ke seluruh tubuh badan untuk kecantikan kulit.

Melembutkan, memerahkan dan mencantikkan bibir

Selain kulit, bibir juga merupakan di antara aset seorang wanita. Wanita mana yang tidak mahukan bibir yang merah, mungil, dan lembut. Amalan menyapu minyak argan ke bibir setiap hari membantu mengatasi masalah bibir yang hitam dan lebam. Malah kalau anda mempunyai masalah bibir pecah dan merekah, minyak argan juga dapat membantu. Kini terdapat gincu bibir yang mengandungi minyak argan. Ia adalah di antara kosmetik yang wajib ada dalam beg tangan anda.

Mencantikkan, menyihatkan, dan menguatkan kuku

Kecantikan kuku tidak kurang pentingnya bagi seorang wanita. Masyarakat di Morocco telah menggunakan minyak argan sebagai rejim kecantikan untuk penjagaan kuku sejak 200 tahun yang lalu. Caranya sangat mudah, sapukan minyak argan ke kuku anda dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan setiap hari. Hasilnya? Anda akan mendapat kuku yang cantik, berkilat, sihat, dan kuat.

Melebatkan, menghitamkan, dan mencantikkan rambut

Ada perumpamaan yang mengatakan bahawa rambut adalah mahkota seorang wanita. Ianya sangat benar kerana rambut yang rosak, jarang, dan tidak cantik boleh menyebabkan wanita hilang serinya. Oleh itu, anda boleh jadikan minyak argan sebagai salah satu rutin kecantikan setiap hari. Amalkan menyapu minyak argan ke rambut yang telah dikeringkan setiap kali selepas mandi. Anda juga boleh menggunakan syampu dan perapi yang mengandungi minyak argan.

Jika anda konsisten menyapu minyak argan ke rambut setiap hari, lama-kelamaan anda akan mendapati bahawa rambut anda kelihatan cantik, bersinar, lembut, mudah diurus, berkilat. lebat, dan kelihatan hitam menawan. Siapa yang taknak, kan? Rugi sangat kalau anda tak jadikan minyak argan sebagai sahabat baik rambut anda.

Melebat dan memanjangkan bulu mata

Khasiat minyak argan yang seterusnya ialah ia mampu melebatkan, memanjangkan, dan mencantikkan bulu mata. Dewasa ini ramai wanita yang memilih untuk melakukan prosedur eyelash extension iaitu memanjangkan dan melebatkan bulu mata dengan cara melekatkan bulu mata palsu secara kekal. Malah ramai yang menggunakan bulu mata palsu dan memakai maskara dengan tebal untuk mencantikkan bulu mata.

Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya amalan menyapu minyak argan ke bulu mata sebelum tidur setiap malam boleh menjimatkan wang anda. Tak perlu lagi keluarkan duit yang banyak untuk melakukan eyelash extension atau membeli maskara dan bulu mata palsu yang mahal. Hasilnya bulu mata anda akan semakin lebat dan panjang.

khasiat minyak argan
Sumber: Tribunnews

Merawat masalah kulit

Oleh kerana minyak argan kaya dengan vitamin A, vitamin E, anti oksida, Omega 6 dan asid linoleic, ia adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit yang serius seperti:

  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Cacar air,
  • Chicken pox
  • Kudis
  • Kudis buta
  • Kurap
  • Panau
  • Kulat air

Caranya ialah sapukan minyak argan ke kawasan kulit yang bermasalah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Cara yang terbaik ialah sapukan minyak argan setiap kali selepas mandi. Anda juga boleh memilih sabun mandi dan syampu yang mengandungi minyak argan. Dewasa ini ada banyak produk penjagaan kulit yang berasaskan minyak argan di pasaran.

Itulah dia khasiat minyak argan yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat gamat, khasiat peria, dan khasiat kacip fatimah

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.