Meruang sememangnya satu topik yang panas. Pengamal perubatan tradisional terutamanya bidan mengatakan ianya bagus untuk kesihatan dalam wanita tetapi doktor pula mengatakan ianya merbahaya. Jadi, mana satu yang betul?

meruang

Sumber: petua hilangkan gastrik

Apakah meruang dari sudut pandangan perubatan tradisional?

Dalam amalan orang melayu lama, meruang merupakan satu proses di mana kita memasukkan sesuatu ke dalam faraj bagi tujuan membersihkan ruang dalaman faraj.

Meruang ialah memasukkan benda asing seperti jari, herba, ubatan, atau alatan khusus yang bertujuan membersihkan atau mengeluarkan lendiran dari dalam faraj. Ia selalunya dilakukan setiap kali selepas berhadas, datang haid atau nifas, serta selepas bersama dengan suami.

Apakah manfaat kesihatan meruang dari sudut perubatan tradisional?

Selain daripada membersihkan ruang faraj, amalan meruang juga dikatakan dapat membawa banyak lagi manfaat kesihatan yang lain seperti:

  • Mengelakkan masalah keputihan
  • Menghilangkan bau dari faraj
  • Mencegah penyakit kelamin
  • Memantapkan faraj demi kepuasan dan nikmat ketika bersenggama dengan suami
  • Mengelakkan faraj berbau yang tak menyenangkan akibat darah nifas, haid & selepas bersama suami.
  • Bersihkan dinding faraj supaya segala najis2 besar tu tak melekat terus di bahagian faraj & rahim & mencegah masalah keputihan
  • Mencegah penyakit kelamin
  • Memantapkan rahim selepas melahirkan anak
  • Memantapkan kenikmatan bersama
  • Ketika meruang, katakan anda terasa dinding faraj menggerutu, itu bermakna faraj anda berada dalam keadaan mantap. Jika faraj anda terasa longgar, tidak menggerutu sebaliknya berlecak maknanya faraj anda tak rapi
  • Dengan meruang, anda boleh tahu anda sudah suci dari hadas besar atau tidak untuk beribadah. Sebaiknya, guna kapas, masukkan sedikit ke dalam faraj & tengok masih ada kesan darah atau tidak. Kalau masih ada lagi darah di ruang faraj selepas meruang, ini bermakna anda masih tak boleh solat.

Bagaimanakah cara meruang?

Untuk meruang, anda boleh lakukan langkah berikut:

  • Duduk di atas toilet bowl
  • Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl
  • Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
  • Bersihkan jari dengan pencuci sebersih bersihnya
  • Tarik nafas. Bagi yang dah berkahwin, masukkan jari sehingga ke ruas 3 . Bagi anak dara memadai sehingga ruas 1 saja.
  • Korek dicelah-celah dinding dalam faraj. Anda akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa air mani.
meruang

Sumber: petua hilangkan gastrik

Adakah meruang itu amalan orang Melayu sahaja?

Proses meruang bukan sahaja diamalkan di Malaysia. Di negara barat, para wanita mereka turut mempunyai satu amalan yang lebih kurang sama, dikenali sebagai ‘vaginal douching’.

Apa kata doktor dari sudut pandangan perubatan moden?

Menurut pakar, meruang dengan cara memasukkan benda asing ke dalam vagina menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat di dalam persekitarannya. Jumlah bakteria yang seimbang seterusnya mewujudkan keasidan optimum bagi vagina yang sihat.

Sungguhpun begitu, bukanlah bermaksud kita tidak perlu mencuci vagina dengan teliti. Tidak dinafikan bahawa wanita perlu membersihkan antara lipatan bibir vagina semasa mencucinya, namun bukanlah hingga ‘menjolok’ ke dalam faraj. Dalam Islam juga, bahagian tubuh yang perlu dicuci semasa berhadas hanyalah bahagian tubuh yang zahir, tidak termasuk organ dalaman.

Mengapa doktor tidak menggalakkan meruang?

Sesetengah wanita berpendapat meruang memberi kesan baik kepada vagina kerana ia adalah cara untuk membersihkan dalaman daripada sisa darah selepas kitaran haid. Namun begitu, ramai pakar kesihatan menasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu persekitaran semulajadi vagina.

Sebarang masalah yang serius seperti keputihan yang teruk, lendiran berwarna atau berbau seharusnya dirujuk kepada doktor agar pemeriksaan lanjut dapat mengenalpasti puncanya.

Jika anda sudah mempunyai masalah jangkitan bakteria, meruang boleh memburukkan lagi keadaan dengan menolak jangkitan jauh ke dalam uterus dan tiub fallopian. Penyakit keradangan pelvik juga dapat berlaku jika jangkitan pada vagina merebak sehingga ke organ peranakan.

Selain itu, meruang atau vaginal douching dikhuatiri boleh mendedahkan wanita kepada kehamilan luar rahim serta kesukaran untuk hamil.

meruang

Sumber: Bbmessaging

Jadi, bagaimana cara menjaga kebersihan vagina yang sepatutnya?

Sebenarnya vagina adalah anggota yang “self-cleaning” atau bersifat mencuci dengan sendirinya. Kotoran akan keluar dengan sendirinya daripada dalam dengan bentuk mukus atau hingus, bergantung kepada rutin harian seseorang. Namun ia adalah normal selagi rutin kebersihan dititikberatkan:

  • Amalkan pemakaian seluar dalam dan seluar yang selesa, tidak terlalu ketat.
  • Pilih material daripada fabrik kapas yang tidak panas.
  • Ganti seluar dalam dengan kerap, sekurang-kurangnya 4 jam sekali.
  • Cuba beralih kepada pemakaian pad organik atau panty liner yang diperbuat daripada kain kapas dan boleh dibasuh.
  • Elakkan memakai sabun pencuci kecuali ianya telah dilabel selamat untuk vagina.
  • Hentikan makanan tinggi gula, fast food, junk food, dan termasuklah jeruk yang tinggi bahan pengawet.
  • Banyakkan pengambilan sayuran hijau, probiotik, air mineral 1.5-2L sehari.
  • Boleh ambil air rebusan herba yang dibuat sendiri untuk tenaga atau khasiat dalaman. Tapi, elakkan keterlaluan dalam mengamalkannya.

Douching mungkin hanya dapat mengurangkan bau pada waktu yang singkat sahaja. Jika douching dilakukan secara kerap, ia akan memusnahkan bakteria baik yang memelihara kesihatan faraj, malah menghakis lapisan perlindungan dinding faraj.

Tanpa lapisan perlindungan ini, kuman dan bakteria mudah menjangkiti alat kelamin dan seterusnya merebak di kawasan peranakannya tanpa sebarang halangan. Oleh itu, jika anda risaukan vagina yang mengeluarkan bau yang kuat atau terasa gatal, dapatkan nasihat daripada pakar dengan segera.

Dari sudut pandangan perubatan moden, benarkah meruang boleh memantapkan hubungan intim seperti yang didakwa?

Secara semulajadinya, douching atau meruang membuatkan cecair semulajadi di dalam vagina berkurangan. Cecair ini melekat pada dinding vagina dan bertindak sebagai pencuci semulajadi dalaman. Apabila cecair berkurangan, maka keadaan dalam vagina menjadi kering dan mengganggu persekitaran optimum vagina.

Meruang dengan cara memasukkan jari juga boleh menyebabkan risiko luka atau jangkitan ketika melakuan hubungan intim. Jika selalu melakukan meruang dan tidak kena pada caranya, dibimbangi lebih ‘longgar’ pula jadinya.

Cara selamat yang dianjurkan untuk menjaga keintiman organ wanita adalah dengan mengamalkan senaman lantai pelvik, iaitu senaman Kegel.

meruang

Sumber: petua hilangkan gastrik

Baiklah. Anda dah baca kedua-dua pihak. Anda nak ikut yang mana? Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang gegata, petua hilangkan kencing tak lawas, dan petua hilangkan gastrik.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.