Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Dah penat membawa badan yang berat ke sana-ke sini.

Jika anda betul-betul serius nak kuruskan badan, jom amalkan menu diet yang akan kami kongsikan di sini. Amalkan sebagai menu seharian, insya Allah anda akan kurus dalama masa 4 minggu.

menu diet

Sumber: Jahadgroup

Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, anda perlu ikut tips berikut:

  • Real food, elakkan makanan yang diproses seperti burger, fish ball, sosej dan sebagainya.
  • Kurangkan pengambil gula
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Kurangkan sos dalam makanan
  • Makan makana seimbang mengikut piramid makanan
  • Makan sedikit tapi kerap
  • Jangan berlapar

Di antara makanan yang wajib anda elakkan ialah:

  • Makanan segera
  • Makanan bergoreng
  • Makanan bersantan
  • Coklat
  • Aiskrim
  • Kek
  • Roti
  • Pastri
  • Kuih-muih tradisional
  • Biskut
  • Air manis
  • Air berkarbonat
  • Kerepek
  • Biskut

Jom kita tengok apakah menu diet yang boleh anda amalkan:

1. Overnight oat

Kalau anda jenis kembang tekak nak makan oat, pastinya anda tak teruja dengan menu yang ini.

Tapi percayalah, sekali anda rasa overnight oat, anda pasti akan jatuh cinta kerana ianya langsung tak sama dengan oat yang biasa ada di dapur anda. Untuk membuat overnight oat, bahan yang anda perlukan ialah rolled oat, susu segar, yogurt asli, madu, dan buah-buahan pilihan anda.

Apa itu rolled oat? Rollled oat ialah oat ialah oat mentah yang belum dimasak seperti oat biasa. Ia juga lebih tebal berbanding oat biasa. Kalau anda nak kurus, rolled oat adalah pilihan terbaik kerana kandungan kalori dan kadar serapannya yang jauh lebih baik.

Macam mana cara nak buat rolled oat? Caranya ialah:

  • Masukkan rolled oat ke dalam bekas
  • Masukkan susu segar dan yogurt asli
  • Masukkan sedikit madu
  • Masukkan buah-buahan pilihan anda. Anda juga boleh masukkan chia seed jika mahu
  • Simpan dalam peti sejuk semalaman. Seeloknya anda buat sebelum tidur
  • Pagi esok, anda boleh makan sebagai sarapan
menu diet

Sumber: Republika

Di antara buah-buahan yang sedap dimasukkan ke dalam overnight oat ialah:

  • Pisang
  • Strawberi
  • Kurma
  • Kiwi
  • Mangga
  • Kismis
  • Delima

Selain buah-buahan, anda juga boleh masukkan kekacang seperti almond, pecan, macadamia, dan pistacio. Anda juga boleh jugakan coklat chips dan perisa vanila jika suka.

2. Makanan berasaskan telur

Ramai yang berkongsi pengalaman berjaya kurus dengan mengamalkan diet telur. Anda boleh jadikan telur sebagai menu dalam diet seharian anda. Terdapat pelbagai masakan yang boleh anda buat dengan menggunakan telur. Di antaranya ialah:

  • Telur rebus
  • Telur separuh masak
  • Telur mata
  • Telur dadar
  • Scrambled egg
  • Egg roll

3. Pisang

Selain menu berasaskan telur, menu berasaskan pisang juga dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat. Menu diet menggunakan pisang juga agak murah kosnya berbanding buah-buahan yang lain. Anda boleh makan pisang dengan cara sihat yang berikut:

  • Dimakan begitu sahaja sebagai snek
  • Dikisar menjadi smoothie
  • Dimakan bersama bijirin penuh
  • Dimakan bersama rolled oat
  • Direbus
  • Disalai
  • Dikukus
  • Dibakar

4. Menu berasaskan ayam

Menu berasaskan ayam juga sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Ada pelbagai menu diet yang boleh anda buat menggunakan ayam. Di antaranya ialah:

  • Sup ayam
  • Ayam kukus
  • Ayam grill
  • Ayam panggang
  • Ayam barbeku
  • Chicken wrap

5. Grilled salmon, sayur kukus, dan nasi beras perang

Menu diet yang ini pasti buatkan anda tergoda. Nak menyediakan pun sangat senang. Anda cuma perlu grill salmon selama 5 minit. Kukus sayur pilihan seperti brokoli, kobis bunga, atau kacang buncis dan masak satu genggam nasi beras perang. Ianya bukan sahaja sedap dan memberikan tenaga malah anda akan berasa kenyang dengan lama.

menu diet

Sumber: Bewell

6. Ulam-ulaman

Untuk pemilihan sayur, elakkan sayur yang digoreng kerana kalorinya yang sangat tinggi. Ulam adalah pilihan yang terbaik. Di antara ulam yang sedap dimakan ialah:

  • Kacang botol
  • Daun selom
  • Pegaga
  • Peria
  • Salad
  • Timun
  • Ulam raja
  • Pucuk gajus

Namun, elakkan daripada mencicah ulam dengan budu atau sambal belacan kerana ia akan membuatkan anda terlajak makan, bertambah-tambah nasi dalam pinggang.

7. Menu berasaskan sup

Menu diet yang seterusnya ialah menu berasaskan sup. Terdapat pelbagai sup yang boleh anda masak termasuklah:

  • Sup ayam
  • Sup daging
  • Sup ikan
  • Sup telur
  • Sup sayur
  • Sup bunga kobis
  • Sup jagung
  • Sup campur

8. Kacang kuda

Untuk kurus, anda perlu kurangkan makan nasi. Kalau anda rasa tak puas makan nasi yang sedikit, anda boleh ambil kacang kuda dalam menu setiap hari.

Mengunyah kacang kuda akan mengurangkan keinginan anda untuk makan nasi. Anda boleh kukus atau rebus kacang kuda dalam kuantiti yang banyak dan bekukan dalam freezer. Setiap hari, keluarkan sedikit untuk anda makan. Panaskan dan hidangkan.

9. Bunga kobis

Bunga kobis boleh digunakan sebagai menu diet harian. Ianya boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Malah anda boleh buat nasi goreng menggunakan kobis bunga. Anda cuma perlu gantikan nasi dengan kobis bunga. Selain itu, anda boleh rebus kobis bunga dan kisar menjadi sup kobis bunga yang sangat sedap dan mengenyangkan.

menu diet

Sumber: Draxe

10. Singgang

Singgang juga merupakan menu diet yang boleh anda amalkan. Nak memasaknya juga sangat mudah. Anda cuma perlu bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk bersama kunyit, serai yang diketuk, asam jawa, bawang, dan air. Selain singgang ikan, anda juga boleh buat singgang daging, singgang sotong, dan singgang ayam.

Itulah dia menu diet yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga boleh membaca perkongsian kami tentang cara kempiskan perut, cara kuruskan badan, dan tips diet.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.