Para ibu pernah atau tidak tertanya-tanya yang kalau sudah menopos itu boleh datang period lagi atau tidak?

Tanpa buang masa lagi, mari kita lihat ulasan Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, seorang pegawai perubatan dalam bidang kesihatan wanita dan kehamilan mengenai perkara ini.

Bilakah Menopos Terjadi?

Menopos akan berlaku pada semua wanita dan ianya adalah NORMAL. Menopos berlaku bilamana keadaan dimana kilang telur ovari dah tak hasilkan lagi telur dan hormon wanita pun dah takda sekaligus kitar haid terhenti, dan takde lagi period.

Kebanyakkan wanita kita panggil menopos bila umur dia lebeh 45 tahun dan period tak datang-datang lebih setahun. Kebanyakan wanita akan mengalami menopos pada usia lewat 40-an puluhan atau awal 50-an puluhan.

Ada yang panggil menopos ni sebagai putus haid – sebab memang takda dah period lepas umur menopos.

Bilakah Wanita Menopos Mesti Berjumpa Doktor?

  • Period datang selepas menopos, walaupun amat sedikit, dan hanya sekali
  • Tak sure darah ke tak, tapi nampak mcm coklat-coklat kaler dia.
  • Walaupun anda takde sympom-symtom lain, hanya ada period yg ciput, sekali tu je lepas menopos

Apakah Yang Doktor Akan Lakukan Nanti?

  • Tanya la soalan sikit dulu: bila menopos, anak berapa orang, ada sejarah keluarga yg ada kanser ke – kanser rahim atau kanser colon?
  • Ada kencing manis ke? Ada pakai pil perancang ke dulu? Pernah pakai alat dalam rahim tak dulu? Ada merokok ke? Tanya sikit la pasal period terdahulu.
  • Pernah kena kanser ovari atau kanser payudara ke dulu? Pernah ada endometrial hyperplasia ke dulu dulu? Obesity ke tak

Jangan rasa annoyed bila kena tanya soalan-soalan ni. Memang doktor kena tahu. Contohnya, kalau pernah pakai pil perancang – risiko wanita tu dapat kanser rahim kurang. Orang yg pernah pakai alat dalam rahim pun risiko dapat kanser rahim dikurangkan.

Orang yg tk pernah beranak, risiko dapat kanser rahim tinggi sikit berbanding mereka yang pernah bersalin. Kencing manis, obesity meningkatkan risiko utk dapat kanser rahim. Tu contoh je, kalau nak cite panjang-panjang tak larat korang baca nanti.

  • Lepas dah tanya-tanya tu, doktor buat pemeriksaan. Check buah dada, check perut dan vagina. Scan pun akan buat.
  • Alat bernama speculum yang berbentuk muncung itik akan dimasukkan dalam vagina untuk tengok serviks. Dalam masa yg sama pap smear boleh dibuat skali. Pastu, sejenis straw halus ( pipelle ) akan dimasukkan ke dalam rahim untuk amek sedikit sampel untuk dihantar ke makmal untuk analisa. Nak tengok lah ape terjadi pada dinding rahim ni. Ada kes yg mana teropong rahim ( hysteroscopy ) perlu dibuat. Doktor akan tentukan pesakit mana sesuai dan perlukan teropong ni.

Berapa Lamakah Masa Diambil Untuk Mengetahui Keputusan Sampel?

  • Sample dalam rahim yang dapat tu akan dihantar segera ke makmal. Keputusan biasa paling cepat dapat kurang 2 minggu atau dalam sebulan – bergantung kepada makmal dan kemudahan yg ada.

Mengapakah Period Boleh Berlaku Setelah Menopos?

  • Inflamasi pada dinding vagina dan penipisan dinding vagina ( atrophic vaginitis) ataupun dinding rahim dah mengecut (endometrial atrophy ) – ye lah kan, mana ada dah hormon estrogen bila dah menopos
  • Dinding rahim menebal ( endometrial hyperplasia ). Simple atypical hyperplasia boleh tukar jadi kanser rahim sebanyak 8% jika tak dirawar. Complex atypical hyperplasia pula boleh berubah jadi kanser sebanyak 29% jika tak dirawat. Dinding rahim menebal tu sendiri bukan kanser, tapi berpeluang menjadi kanser jika dibiarkan tanpa rawatan.

Rawatan akhirnya akan diberikan mengikut penilaian doktor dan hasil keputusan makmal.

*Haaaa, sekarang anda sudah tahu bukan. Sila silalah share untuk kesedaran wanita yang masih tidak tahu di luar sana ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Muhammad Izzat Abdul Razak

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak atau mesra dengan panggilan Dr. Izzat adalah pegawai perubatan kesihatan dan wanita & kehamilan yang sangat aktif memberikan info mengenai permasalahan kesihatan wanita, sakitpuan (ginekologi) dan isu berkenaan kehamilan (obstetrik).

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.