Sakit buah pinggang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian malah menyebabkan pesakitnya menderita kesakitan semasa hidup. Rawatan dialisis juga sangat menyiksakan. Sakit buah pinggang boleh dielakkan sekiranya anda mengamalkan tips-tips mencegah sakit buah pinggang yang berikut.

mencegah sakit buah pinggang

Sumber: Drvitamin

1. Lakukan ujian air kencing dan ujian darah setiap tahun

Sakit buah pinggang boleh diatasi dengan melakukan ujian air kencing dan ujian darah yang membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan. Sekiranya anda dapat mengesan tanda awal kerosakan buah pinggang, anda dapat mencegah kerosakan yang lebih serius sekali gus mengelakkan penyakit buah pinggang.

2. Minum air secukupnya setiap hari

Buah pinggang akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat penting untuk buah pinggang berfungsi dengan baik dan membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda. Pastikan anda minum air kosong yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas.

3. Pemeriksaan tekanan darah secara berkala

Adalah sangat penting untuk anda memeriksa tekanan darah secara berkala dan memastikan tekanan darah anda berada dalam paras yang normal normal jika ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

4. Mengawal tekanan darah dengan mengamalkan pemakanan seimbang

Ini merupakan cara yang paling mudah untuk mencegah sakit buah pinggang. Pilih menu yang sihat dan seimbang untuk diet seharian.

5. Beritahu doktor jika ada ahli keluarga yang memiliki sejarah sakit buah pinggang atau tekanan darah tinggi

Sakit buah pinggang dan darah tinggi boleh diwarisi secara turun-temurun. Apabila anda maklumkan kepada doktor bahawa anda berpotensi untuk mewarisi dua penyakit tersebut, doktor akan memberikan anda ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

mencegah sakit buah pinggang

Sumber: Today

6. Perhatikan simptom gejala anemia

Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam, atau selalu pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul dan menjadi masalah kronik. Anda boleh mencegah sakit buah pinggang dengan memerhatikan simptom gejala anemia.

7. Perhatikan jika ada perubahan pada air kencing atau kekerapan membuang air kecil

Sekiranya anda termasuk dalam golongan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat sakit buah pinggang, sentiasa perhatikan keadaan air kencing dan kekerapan anda membuang air kecil. Jumpa doktor dengan segera jika air kencing anda mengalami perubahan seperti:

  • Berwarna keruh
  • Air kencing berbau
  • Berbuih
  • Sakit apabila anda membuang air kecil

8. Sentiasa aktif & kekalkan berat badan seimbang

Sentiasa aktif dan mengekalkan berat badan yang seimbang boleh mencegah penyakit buah pinggang.

9. Kurangkan pengambilan alkohol

Jika anda memilih untuk minum minuman beralkohol, berpada-padalah kerana alkohol juga adalah salah satu daripada punca kerosakan buah pinggang. Berhenti daripada meminum minuman ini adalah lebih baik. Ia memastikan kesihatan anda terjamin.

10. Kurangkan pengambilan garam

Garam dapat meningkatkan jumlah natrium dalam tubuh. Ia bukan setakat meningkatkan tekanan darah, tetapi juga mengundang pembentukan batu karang selain meningkatkan bebanan kepada buah pinggang. Bebanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang.

mencegah sakit buah pinggang

Sumber: Premiumtimesng

11. Kurangkan pengambilan gula

Gula mengganggu mineral dalam tubuh, yang mengakibatkan kekurangan kromium dan tembaga, serta mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium. Gula juga meningkatkan bebanan kepada buah pinggang. Bebanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang. Kurangkan minuman bergula tinggi dan gantikan dengan air kosong.

12. Kurangkan pengambilan kafein

Kafein akan bertindak sebagai diuretic yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan. Tekanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang.

13. Kurangkan pengambilan minuman berkafein

Minuman berkafein kaya dengan gula. Gula mengganggu mineral dalam tubuh, yang mengakibatkan kekurangan kromium dan tembaga, serta mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium. Gula juga meningkatkan bebanan kepada buah pinggang. Bebanan berlebihan kepada buah pinggang adalah antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang. Kurangkan minuman bergula tinggi dan gantikan dengan air kosong.

14. Kurangkan pengambilan daging dan telur

Diet yang mengandungi tinggi protein haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Asid uric merupakan penyebab utama dalam pembentukan  asid uric yang akan membebankan buah pinggang lalu menyebabkan berlakunya sakit buah pinggang.

15. Jangan tahan untuk membuang air kecil

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk menapis. Menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi infeksi kepada buah pinggang. Perkara ini boleh mempengaruhi sistem fungsi buah pinggang.

16. Ikut arahan sekiranya mengambil ubat atau supplement

Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dan tak terkawal boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan ia seharusnya ia dielakkan jika anda memang sedang menghidap penyakit buah pinggang. Aspirin, ibuprofen dan acetaminophen adalah antara jenis ubat tahan sakit yang biasa diambil oleh orang ramai. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan samada ubatan tersebut selamat atau tak untuk anda.

mencegah sakit buah pinggang

Sumber: Chicago

17. Jangan merokok

Jika anda seorang perokok, cubalah sebaiknya untuk berhenti merokok. Mendapatkan khidmat Kaunseling, ubatan atau cara alternatif paling mudah yang memang terbukti boleh membantu anda dapat berhenti merokok. Sedikit sebanyak, rokok juga punca kepada masalah penyakit buah pinggang. Cara mengelakkan sakit buah pinggang adalah dengan berhenti untuk merokok.

Itulah dia 17 tips mencegah sakit buah pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda gastrik, punca penyakit batu karang, dan petua hilangkan kencing manis.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.