Kadang kala, ibu ibu yang menyusukan anak turut menghadapi situasi situasi yang mencabar. Antaranya adalah apabila si kecil tidak mahu menyusu atau pun menggigit puting anda.

bayi tidak mahu menyusu

Imej:pitterpatter

Ini mungkin adalah beberapa masalah yang sering timbul bagi kebanyakan wanita dan masih boleh diatasi. Mendapatkan bantuan pakar di peringkat awal ini mungkin boleh mengungkai segala persoalan yang timbul.

 

Mendapatkan Nasihat Pakar Tentang Masalah Menyusukan Bayi

Jika anda memerlukan bantuan daripada pakar dan perunding kesihatan, semestinya mereka akan berada di sisi anda. Hubungi mereka dan pastinya mereka bersedia untuk berkhidmat untuk anda.

"

Berikut merupakan masalah masalah yang sering melanda ibu ibu yang menyusukan bayi beserta dengan penyelesaian.

 

#1 Bayi Tidak Mahu Menyusu

Masalah menyusukan. Dulu, kini dan selamanya. Mungkin tidak akan hilang daripada dunia ini. Bayi sememangnya akan kadang kala menolak pemberian susu ibu.

Menolak susu ini selalunya akan berlalu, tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan ianya berlaku. Mungkin salah satu daripada masalah yang disenaraikan di bawah ini berkait rapat dengan diri anda. Ayuh ketahui puncanya.

  • Bayi anda demam, berasa tidak selesa ataupun mengalami kesakitan
  • Si kecil menghadapi masalah untuk mendekatkan diri dengan si ibu.
  • Bayi anda terlebih ransangan, penat atau pun tertarik dengan benda lain. Perkara ini biasa berlaku untuk bayi yang 6 bulan ke atas. Ibu ibu bolehlah cuba untuk menyusukan anak di tempat yang lebih senyap dan selesa.
  • Susu badan anda rasa berlainan daripada sebelumnya. Ada beberapa kemungkinan perkara ini terjadi.mungkin kerana anda mengambil ubat ubatan atau pun mengalami perubahan hormon atau pun anda memakan makanan yang lain daripada kebiasaannya.
  • Susu badan anda terlebih cepat, terlebih perlahan atau terkurang daripada biasa.
  • Mungkin bayi anda lebih terdorong untuk minum daripada sebelah payu dara sahaja.
  • Kebanyakan daripada sebab sebab di atas akan pergi dengan sendirinya tetapi ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan dalam tempoh menunggu ianya pergi. Menunggu tidak bermakna anda berputus asa!

Ada beberapa cara untuk membantu bayi anda menyusu.

  • Cuba mencari posisi baru untuk menyusukan bayi.
  • Letakkan sedikit susu di bibirnya. Dengan cara ini mungkin akan menggalakkan si kecil anda meminum susu.
  • Berjalan dan menyusu pada waktu yang sama
  • Berikan bayi anda susu setelah mereka selesai mandi. Jangan lupa,tunggu apabila suhu badan mereka suam dan selesa.
  • Anda boleh mencuba untuk menarik minat mereka dengan mendodoikan mereka dengan lagu yang mereka suka atau pun bermain dengan mereka. Kemudian anda boleh terus menyusukan mereka.
  • Mainkan muzik yang menenangkan agar anda dan bayi dapat meneruskan proses penyusuan bayi
  • Jika masih tidak ada apa perubahan, berikan susu kepada mereka sebaik sahaja mereka bangun daripada tidur atau pun semasa mereka tidur.

Para ibu diingatkan supaya cuba bertenang dan bersabar. Elakkan daripada memaksa anak anda untuk meminum susu kerana ini mungkin akan lebih menerukkan keadaan.

Untuk dapatkan nasihat pakar, berbincanglah dengan doktor ataupun pakar perubatan anda untuk maklumat lanjut.

 

#2 Bayi Menggigit Puting

Semakin bayi membesar, semakin aktif mereka bermain. Setiap masa mahu bermain. Ini termasuklah apabila mereka menyusu. Tambah tambah lagi jika mereka sudah mempunyai gigi.

Keadaan ini tidak mustahil bagi bayi yang baru sahaja tumbuh gigi. Mungkin mereka tidak akan gigit apabila sedang menyusu. Tetapi apabila selesai menyusu, bayi mungkin berasa seronok untuk menggigit.

Ibu ibu janganlah risau. Jika bayi anda menggigit, hanya perlu kata ‘Janganlah’ tetapi perlu dilakukan dengan cara yang lemah lembut dan jangan mengasari mereka kerana mereka masih kecil.

Setelah itu anda boleh mengalihkan mereka daripada payu dara anda. Jangan terlalu berkeras dengan mereka kerana jika tidak mereka mungkin menganggap anda bermain main atau lebih teruk anda menakutkan mereka.

Kadang kala bukan sengaja untuk si bayi menggigit. Mungkin sudah tidak sabar untuk menyusu atau mungkin susu anda keluar dengan perlahan.

Jika perkara sedemikian berlaku, ibu bapa boleh berikan beberapa titik susu yang telah dibekukan kepada bayi untuk mengelakkan mereka menggigit puting anda. Beberapa titik sudah memadai untuk menggalakkan mereka menyusu.

Selain daripada langkah yang disebutkan di atas tadi, para ibu sekalian boleh memberikan mainan untuk digigit oleh si kecil. Semestinya mainan itu akan menggalakkan pertumbuhan gigi anak anda. Kini telah banyak ada di pasaran mainan seperti itu yang dipanggil sebagai ‘Teething Ring’. Sekali gus akan menyelesaikan masalah yang melanda anda.

Kebanyakan ibu ibu akan memberikan ‘teething ring‘ kepada anak mereka sekiranya mereka masih menggigit.

Tidak lupa juga, hati hati dengan gigitan si manja di puting anda kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sudah tentu anda tidak mahu ke hospital sebab itu bukan.

Para ibu boleh bertenang kerana gigitan si kecil itu lazimnya tidak akan berlaku dalam tempoh yang panjang. tetapi semestinya, harap ibu ibu boleh bersabar sepanjang tempoh itu.

Penulis: Lily Izzuan

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .