Tidak semua bayi yang dilahirkan dengan sempurna dari segi fizikal. Ada pelbagai kes bayi lahir tidak cukup sifat. Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila melihat bayi mereka dilahirkan sebegitu. Namun jauh dalam sudut hati mereka, rasa syukur terhadap illahi kerana dikurniakan anak.

Pasangan suami isteri yang dapat anak perlu bersyukur kerana bukan semua orang dapat boleh mendapat anak dengan cepat. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun baru dikurniakan rezeki anak. Ada juga yang memang tidak dapat melahirkan anak.

Bayi yang baru lahir mungkin akan mengalami beberapa masalah. Contoh yang selalu kita dengar adalah demam kuning. Bayi perlu ditahan wad beberapa hari untuk dipantau oleh doktor. Tetapi tahukah anda mengenai bayi yang ada masalah ‘tongue tie’ ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 masalah jika bayi mempunyai ‘tongue tie’. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.

Apakah itu ‘tongue tie’ ?

masalah tongue tie
Image via Facebook

Jadikanlah amalan untuk terus melihat bawah lidah bayi setelah lahir. Sekiranya nampak seperti ada tali yang menambat lidah si bayi, itu adalah tongue tie, dan ia boleh mengganggu bayi untuk menyusu dengan sempurna. Lihat juga sekiranya bayi tidak pernah keluarkan lidah dari mulut, dan sekiranya dijulurkan keluar, lidah kelihatan seperti bentuk hati atau W shape.

5 Masalah jika bayi mempunyai ‘tongue tie’

Antara masalah yang boleh dijangkakan dengan kehadiran ‘tongue tie’ :

"

1. Hisapan yang sering terlepas, lidah tidak dapat mengekalkan hisapan.

2. Bayi mengamuk sewaktu atau selepas menyusu. Ini boleh disebabkan susu yang dapat tidak banyak seperti yang sepatutnya, dan bayi boleh jadi penat kerana harus berusaha lebih untuk dapatkan susu.

3. Ibu rasa sakit pada puting dan boleh menyebabkan luka. Ini disebabkan bayi banyak hisap pada bahagian puting.

4. Peningkatan berat badan bayi yang tidak memberangsangkan. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu dengan baik, pada pemeriksaan pada 1 bulan pertama, akan dapat lihat bahawa berat bayi tidak naik seperti diharapkan.

5. Bayi ingin mengempeng setiap masa. Ada juga bayi yang terus menerus ingin menyusu, dan ini akan menyebabkan ibu berasa stress.

Ada kes yang memenuhi kesemua ciri di atas, ada juga kes kes terpencil di mana bayi membesar dengan baik, dan ibu tidak merasakan sakit.

Sekiranya si bayi boleh menyusu dengan bagus walaupun dengan kehadiran tongue tie, pada usianya 2 tahun nanti, mungkin bayi boleh mempunyai masalah pertuturan. Sama ada lewat bercakap, ataupun pelat. Tapi tak semua akan mengalami masalah ini.

*Jika orang dulu-dulu mungkin tidak tahu akan kehadiran ‘tongue tie’ ini. Sekarang teknologi semakin berkembang maju dan klinik juga semakin banyak, jadi rajin-rajinlah bawa anak untuk diperiksa dengan doktor pakar. Ini untuk kebaikan bayi dalam pembesaran dan juga si ibu yang menyusukan anak.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    error: Content is protected !!
    .