Selalunya honeymoon atau berbulan madu dilakukan saat mula berumahtangga. Iya tak dinafikan honeymoon sewaktu lepas saja diijabkabulkan tu sangat penting untuk membantu bina persefahaman tetapi honeymoon ini bukanlah untuk pasangan yang baru berkahwin saja. Honeymoon atau bulan madu ini sebenarnya jauh lebih penting untuk pasangan yang dah lama kahwin.

Kenapa pasangan yang dah lama kahwin perlu pergi honeymoon? Sejujurnya ada banyak sebab mengapa dan kenapa pasangan yang dah lama kahwin ini patut luangkan masa untuk berbulan madu bersama.

Bagi yang masih musykil kenapa bulan madu setelah lama berkahwin ini penting, di sini akan dikongsikan 10 Manfaat Honeymoon Untuk Pasangan Yang Dah Lama Kahwin sebagai rujukan semua pasangan.

10 Manfaat Honeymoon Untuk Pasangan Yang Dah Lama Kahwin

Tak nak tunggu lama-lama, jom kita baca satu persatu untuk 10 manfaat atau sebab mengapa honeymoon ini penting!

#1 – Dapat Mengembalikan Kenangan Manis Saat Mula Berkahwin Dulu

Betul kan? Jika dapat honeymoon bersama bermakna kenangan manis saat mula berkahwin dulu tentu akan mula terbayang di ingatan. Lagi-lagi jika pergi honeymoon ke tempat yang sama saat kali pertama berbulan madu selepas selamat diijabkabul dulu. Ah alangkah romantiknya!

#2 – Dapat Mengeratkan Semula Kasih Dan Sayang Seperti Asal

Apabila dah dapat honeymoon bersama begini, bolehlah rapatkan semula hubungan untuk kembali mesra seperti dulu. Peluang dah ada depan mata maka gunakanlah dengan sebaiknya.

#3 – Dapat Mengenali Pasangan Dengan Lebih Rapat Lagi

Jangan ingat dah kahwin lama ni sudah dapat kenal segalanya tentang pasangan tau! Semakin umur meningkat bermakna semakin ada perkara yang berubah dan apabila berubah begini maka sudah tentu akan ada perkara yang perlu cuba difahami semula tentang si pasangan kita tu.

Sebagai contoh, dulu masa mula kahwin suka sangat makan buah jambu batu tetapi sekarang ni bila dah makin berumur selera pun dah bertukar, almaklumlah gigi dah tak kuat macam dulu lagi.

#4 – Dapat Meluangkan Masa Bersama Dengan Penuh Kualiti

Apabila dapat honeymoon berdua begini dapatlah menenangkan fikiran dan meninggalkan segala perkara lain di belakang. Jika sebelum ini sibuk berkerja maka sekarang dapatlah ditumpukkan perhatian sepenuhnya terhadap pasangan tanpa perlu memikirkan perkara lain.

manfaat honeymoon
image via : Gosip Hiburan

#5 – Dapat Berbincang Tentang Masalah Rumahtangga Dalam Suasana Santai

Seandainya ada sebarang masalah dalam rumahtangga maka suasana honeymoon ini dapat digunakan untuk berbincang dengan baik dalam mencari jalan penyelesaian. Pastikan berbincang dengan baik dan jangan sampai ke tahap bergaduh pula.

#6 – Dapat Menghangatkan Semula Suasana Romantis Dalam Perhubungan

Jangan anggap dah lama kahwin tak boleh romantik. Malah pasangan yang baru berkahwin jauh lebih cemburukan pasangan yang dah lama bersama tapi masih boleh kekalkan ikatan dengan tampak sangat mesra. Jalan berdua berpegangan tangan di usia emas contohnya adalah satu contoh terbaik untuk pasangan suami isteri yang lain.

#7 – Dapat Mengembirakan Hati Masing-Masing

Dah nama pun bercuti, tentulah seronok kan? Lagi-lagi bila dapat bercuti bersama dengan pasangan tersayang di suatu lokasi yang sangat cantik. Alang-alang dah bercuti tu berseronoklah bersama dan gembirakanlah hati pasangan masing-masing dengan sebaiknya.

#8 – Dapat Menghilangkan Segala Tekanan Yang Ada

Stress adalah musuh utama untuk si suami yang berkerjaya. Stress ini juga musuh utama walaupun untuk isteri sepenuh masa yang terpaksa menghabiskan masa dan tenaga dalam menguruskan rumahtangga selama ini. Afdal sangat bila dapat bercuti dalam suasana honeymoon sebagai sebuah pelarian untuk membuang semua stresss yang ada di dalam diri masing-masing.

#9 – Dapat Bercuti Dalam Suasana Penuh Privasi Tanpa Gangguan

Honeymoon tak sama dengan percutian bersama family. Jika bercuti dengan family akan riuh rendah dengan suara dan kerenah anak-anak yang asyik bising bermain dan nak itu ini tetapi dengan suasana bulan madu begini semuanya sangat privasi sekali.

#10 – Dapat Mencipta Sebuah Lagi Kenangan Bersama Yang Sukar Untuk Dilupakan

Nak honeymoon begini tiap-tiap tahun pun boleh. Tiada siapa pun yang dapat menghalang. Ciptalah kenangan demi kenangan selagi hajat masih ada. Hargailah pasangan dengan terus mencipta kenangan bersama sebagai sebuah tanda cinta untuk dikenangan buat selamanya.

manfaat honeymoon
image via : Baitul Jannah

4 Tips Untuk Pilih Lokasi Honeymoon Yang Sesuai

Ramai yang berpendapat yang honeymoon ni mestilah di tempat yang tak pernah lagi dikunjungi. Mesti juga jauh dan special. Sebenarnya honeymoon ini bersifat universal untuk diraikan dengan cara masing-masing. Jika mahu berjimat anda boleh saja bercuti dan honeymoon serentak di mana-mana lokasi yang sesuai dengan keadaan dan bajet.

Antara tips yang boleh digunapakai untuk memilih lokasi untuk misi berhoneymoon bersama pasangan ini adalah :

1- Fahami Situasi Yang Lebih Disukai Pasangan

Pertama sekali kena tahu apakah kesukaan pasangan kita. Sebagai contoh adakah dia lebih sukakan pantai berpasir halus dengan lautan yang luas mata memandang ataupun beliau lebih sukakan suasana air terjun di balik pergunungan yang hijau dan sejuk. Buatlah keputusan berdasarkan perkara ini.

2- Pilih Lokasi Berdasarkan Bajet

Untuk honeymoon tak bererti perlu ke luar negara. Ia juga tak bermaksud perlu ke negeri yang agak jauh sebagai contoh berada di Terengganu dan ingin bercuti di Pulau Langkawi. Tidak perlu itu semua jika bajet agak terhad. Andai kebetulan anda berada di Terengganu maka boleh saja ke mana-mana pulau yang terdekat seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan sebagainya.

3- Boleh Bercuti Di Mana-Mana Hotel Terdekat Jika Masa Cuti Agak Terhad

Andaikata cuti yang diperolehi hanya sekejap saja maka honeymoon begini boleh diluangkan bersama dengan check-in (menempah masuk) di mana-mana hotel untuk percutian 2 hari 1 malam. Waktu siang bermandi di pool, malamnya pula menikmati candle light dinner dengan suasana cahaya lilin.

4- Tempah Untuk Bermalam Di Hotel Kat Kampung Halaman Jika Ada Anak Untuk Dipantau

Sekiranya ada anak, maka boleh gunakan kesempatan bercuti untuk pulang ke kampung dan dalam masa yang sama check-in mana-mana hotel untuk tinggal berdua untuk semalaman. Anak yang ada bolehlah minta ibubapa atau adik beradik tengokkan sekejap. Tapi jangan pula lupa beli sedikit hadiah sebagai tanda terima kasih di atas bantuan mereka.

7 Cara Untuk Rancang Honeymoon Yang Betul Sebelum Bertolak

1- Buat perancangan sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal

2- Mohon cuti sekurang-kurangnya sebulan sebelum bertolak

3- Maklumkan tujuan percutian kepada keluarga / majikan / rakan sekerja

4- Dapatkan pengasuh yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak

5- Sediakan stok makan minum yang mencukupi untuk anak-anak

6- Rancang aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama semasa sedang honeymoon nanti

7- Kira perbelanjaan dengan betul supaya tidak over budget

Itulah serba sedikit info berkaitan dengan manfaat honeymoon untuk pasangan yang dah lama kahwin. Apa tunggu lagi, rancanglah sebuah percutian dalam mood honeymoon bersama pasangan dan boleh juga jika rancang seorang diri kemudian baru maklumkan pada pasangan sebagai hadiah kejutan sempena ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

Sumber :

Jomlah Cuti

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.