Kita jarang memberi perhatian lebih pada telinga kita. Apabila lihat diri di cermin, kita hanya memberi perhatian pada muka, rambut dan badan kita sahaja. Ia kerana untuk memperkemaskan diri dan orang lain jarang memberi perhatian di bahagian telinga.

Namun, pernahkah anda melihat di bahagian telinga pada cermin dan ternampak ada lubang kecil di bahagian telinga? Atau ada mana-mana orang yang menegur?

Dan jika kita lihat betul-betul memang ada lubang extra di telinga kita yang saiz yang kecil sahaja. Jika dilihat seimbas terlihat seperti tahi lalat. Apakah maksud lubang extra di telinga? Adakah ia bahaya atau tidak?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai maksud lubang extra di sekitar bahagian telinga. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Maksud lubang extra di telinga

lubang extra di telinga
Imej via Facebook

Lubang di bahagian telinga itu namanya preauricular sinus. Ia adalah sejenis kecacatan yang terbentuk semasa perkembangan janin dalam kandungan ibu.

Sinus ini adalah lubang kecil yang menuju terowong buntu. Ia adalah kecacatan yang diwarisi secara genetik/keturunan. Sesetengah individu memiliki sinus ini di kedua-dua belah telinga.

Lazimnya individu yang mempunyai preauricular sinus tidak mempunyai apa-apa gejala atau masalah. Namun begitu, sesetengah individu pula mengalami jangkitan yang berulang dan bernanah pada sinus berkenaan.

Tanda-tanda jangkitan pada preauricular sinus :

◾Saki

◾Kulit kemerahan

◾Bengkak

◾Bau busuk

◾Bernanah

Jika telinga anda ada tanda-tanda di atas, berjumpalah dengan doktor segera, kerana jika tidal dirawat, komplikasi berikut boleh berlaku:

◾Selulitis (radang lemak bawah kulit)

◾Perichondritis (radan tulang rawan telinga)

◾Keloid (Parut yang besar)

◾Ulser kulit

Rawatan :

◾Jangkitan lazimnya dirawat dengan ubat antibiotik ubat analgesia dan ubat anti-keradangan.

◾Jika jangkitan sinus preauricular kerap terjadi, doktor akan syorkan pembedahan buang sinus itu.

*Orang yang mempunyai lubang kecil di telinga, tidak semua merbahaya. Ada juga ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap individu itu sendiri. Ibu bapa juga perlu memberi perhatian kepada anak mereka. Jika terdapat lubang kecil pada telinga anak, bawalah ke klinik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.