Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia, lebih-lebih lagi sekiranya anda adalah seorang ibu mengandung atau sedang menyusukan anak.

Kebiasaannya, kekurangan zat besi dalam tubuh badan dikaitkan dengan penyakit Anemia atau kekurangan darah. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info penting tentang makanan zat besi sebagai panduan.

makanan zat besi
Sumber: Hellosehat

Apakah kepentingan zat besi kepada tubuh badan manusia?

Terdapat pelbagai fungsi zat besi di dalam tubuh badan manusia. Di antara kepentingan utama zat besi ialah:

  • Menghasilkan darah merah
  • Menjadi sebahagian daripada hemoglobin yang membawa oksigen ke sel dan tisu dalam badan
  • Membantu pertumbuhan manusia, termasuk bayi yang berada dalam kandungan ibunya

Apakah tanda kekurangan zat besi dalam tubuh badan?

Tubuh badan manusia akan menunjukkan signal apabila tidak mendapat zat besi yang secukupnya. Di antara tanda kekurangan zat besi ialah:

  • Berasa letih dan lesu sentiasa
  • Berasa tidak sihat
  • Emosi mudah terganggu
  • Badan terasa lemah
  • Sukar untuk fokus
  • Kurang selera makan
  • Lingkaran gelap bawah mata
  • Anemia
  • Muka nampak pucat
  • Mengah dan tercungap-cungap
  • Keletihan dan kelesuan yang luar biasa
  • Pergerakan yang perlahan
  • Sesak nafas
  • Tidak bermaya
  • Kuku pecah dan mudah patah
  • Telinga berdengung
  • Sakit Kepala
makanan zat besi
Sumber: Harvard

Apakah kesan kekurangan zat besi kepada manusia?

Kekurangan zat besi sememangnya akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan manusia. Di antara kesan kekurangan zat besi dalam tubuh badan ialah:

  • Kurang darah merah atau dikenali sebagai penyakit Anemia
  • Kekurangan hemoglobin
  • Sel dan tisu dalam badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi
  • Pertumbuhan dan tumbesaran terganggu
  • Perkembangan bayi yang berada dalam kandungan akan terbantut

Apakah punca berlakunya masalah kekurangan zat besi dalam tubuh badan?

Kekurangan zet besi dalam tubuh badan boleh berlaku disebabkan oleh salah satu daripada punca yang berikut:

  • Tidak mengambil sumber makanan yang tinggi zat besi dengan secukupnya
  • Pendarahan
  • Peningkatan keperluan zat besi dalam badan, biasanya berlaku kepada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak
  • Penurunan tahap penyerapan zat besi oleh tubuh badan

Apakah makanan yang tinggi sumber zat besi?

Bagi memastikan anda mendapat zat besi yang secukupnya, anda boleh mengambil makan yang mempunyai kadar zat tinggi yang tinggi sepeti berikut:

  • Ikan bilis. Ikan bilis mempunyai kadar zat besi yang sangat tinggi. Ia juga murah dan mudah didapati. Malah terdapat pelbagai resepi yang mudah dan enak yang boleh anda masak menggunakan ikan bilis. Sama ada digoreng begitu sahaja, digoreng dengan kicap, atau boleh juga dijadikan sebagai sambal tumis. Nak lagi mudah, anda boleh goreng ikan bilis sehingga garing dan kisar sehingga halus lalu digunakan sebagai penambah perasan di dalam makanan yang anda masak. Mudah sangat nak dapat sumber zat besi setiap hari, kan?
  • Jambu batu. Jambu batu bukan sahaja tinggi dengan kandungan vitamin C malah dia juga sangat tinggi dengan zat besi. Itulah sebabnya kenapa jambu batu merupakan di antara makanan yang sangat digalakkan diambil oleh ibu mengandung. Anda boleh makana jambu batu sebagai buah potong, atau juga sedap dijadikan sebagai jus buat penghilang dahaga semasa hari panas.
  • Daging merah. Daging merah seperti daging lembu, daging kerbau, daging rusa, daging kambing, dan sebagainya adalah sangat tinggi dengan zat besi. Jika anda mempunyai masalah Anemia atau kurang darah, ini adalah makanan yang wajib ada dalam menu harian anda. Ianya bukan sahaja membekalkan zat besi kepada anda, malah daging merah juga membekalkan tenaga dan menjadikan anda kenyang dengan lebih lama.
  • Daging ayam. Selain daging merah, daging ayam juga merupakan satu lagi makanan zat besi yang sangat baik untuk kesihatan anda. Daging ayam bukan sahaja lebih murah harganya berbanding daging merah seperti daging lembu, malah terdapat pelbagai menu masakan yang boleh anda sediakan.
  • Kismis. Anda suka makan kismis? Tahukah anda bahawa kismis bukan sahaja baik untuk minda, malah ia juga kaya dengan zat besi. Lepas ni, bolehlah anda jadikan kismis sebagai jajan dan kudapan semasa lapar.
  • Oat. Ramai yang menjadikan oat sebagai menua sarapan kerana percaya bahawa oat sangat baik untuk kesihatan, terutamanya kesihatan jantung. Namun tak ramai yang tahu bahawa oat juga kaya dengan zat besi.
  • Coklat. Siapa yang tak suka makan coklat? Waktu stress, waktu sedih, takde mood, semasa marah, malah semasa tengah gembira, coklat merupakan makanan pilihan ramai. Selain membahagiakan, coklat juga kaya dengan zat besi yang sangat baik untuk kesihatan.
  • Labu. Labu merupakan sumber zat besi yang sangat terkenal di Malaysia. Ia boleh dijadikan sebagai masakan seperti gulai labu, dan juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut seperti sira labu, bingka, lepat, dan sebagainya.
  • Hati ayam. Biasa kita dengar orang kata, kalau nak tambah darah dalam badan kena banyakkan makan hati ayam. Ini adalah kerana hati ayam kaya dengan zat besi. Pengambilan zat besi yang mencukupi akan membantu penghasilan sel darah merah lalu mengatasi masalah kekurangan darah.
  • Kerang. Selain hati ayam, kerang juga adalah makanan zat besi yang membantu menambahkan darah supaya anda tidak mengalami simptom kekurangan darah dalam badan. Kerang boleh direbus dan dimakan begitu sahaja, atau boleh juga dimasak rendang atau sambal.
makanan zat besi
Sumber: Pinterest

Itulah dia tadi info tentang makanan zat besi yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang makanan untuk diet dan makanan tambah susu

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.