Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan cahayamata bagi menyerikan lagi istana cinta yang dibina. Tak kisah sama ada anda merancang untuk mengandung kemudian kerana mahu berbulan madu sepuasnya dahulu atau pun mahu terus mencuba untuk mengandung, pastinya anda dan pasangan akan berasa sangat teruja apabila disahkan mengandung.

Apabila anda disahkan mengandung, adalah sangat penting untuk anda menjaga kandungan, terutamanya sekiranya ini adalah kandungan pertama anda.

Di antara perkara yang perlu anda titik-beratkan ialah dari segi pemakananan. Amalkan makanan yang seimbang dan seeloknya elakkan makanan yang menyebabkan keguguran.

makanan yang menyebabkan keguguran
Sumber: Verywellfamily

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang boleh menyebabkan keguguran? Ia adalah makanan yang boleh menyebabkan rahim anda menjadi lemah lalu tidak dapat menampung kandungan anda lalu berlakunya keguguran. Dari segi perubatan moden, mungkin para doktor tidak bersetuju bahawa ada makanan yang boleh menyebabkan keguguran.

Namun menurut nenek moyang kita dan orang lama, ada sesetengah makanan boleh menyebabkan rahim anda menjadi lemah lalu menyebabkan keguguran.

Lazimnya makanan yang dikaitkan dengan keguguran adalah makanan yang panas, sejuk, tajam, dan berbisa. Tak salah kalau kita dengar nasihat orang lama yang terlebih dahulu makan garam daripada kita. Betul tak? Jadi, apakah makanan yang menyebabkan keguguran yang seeloknya anda elakkan sepanjang mengandung?

Lazimnya makanan yang dikaitkan dengan keguguran adalah makanan yang panas, sejuk, tajam, dan berbisa. Tak salah kalau kita dengar nasihat orang lama yang terlebih dahulu makan garam daripada kita. Betul tak? Jadi, apakah makanan yang menyebabkan keguguran yang seeloknya anda elakkan sepanjang mengandung?

Peria

Ada penggemar peria di sini? Pasti ramai yang suka makan peria sebagai ulam untuk kekal awet muda. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya peria adalah di antara makanan yang seeloknya dielakkan oleh seorang ibu mengandung. Ini kerana di dalam peria terdapat sejenis bahan yang akan bertindak balas dengan hormon anda lalu menyebabkan berlakunya pendarahan.

Apabila pendarahan berlaku, rahim anda akan menjadi lemah lalu berpotensi untuk menyebabkan berlakunya keguguran. Jika anda seorang pencinta peria, tak salah untuk anda makan. Namun pastikan anda tidak makan peria dengan kuantiti yang banyak.

makanan yang menyebabkan keguguran
Sumber: Yosagat

Jus aloe vera

Tidak dinafikan bahawa aloe vera merupakan sejenis tumbuhan perlbagai guna yang kaya dengan khasiat. Aloe vera digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan malah ianya dijadikan sebagai jus untuk tujuan kecantikan dan kesihatan. Namun bagi ibu mengandung, jus aloe vera boleh menjejaskan kandungan. Bagaimana alor vera berpotensi untuk menyebabkan keguguran?

Di dalam aloe vera terdapat sejenis bahan yang bernama Antrakuinon. Pengambilan Antrakuinon semasa mengandung boleh menyebabkan berlakunya kontraksi pada rahim anda lalu menyebabkan pendarahan dan berakhir dengan keguguran.

Malah salah satu daripada fungsi jus aloe vera ialah untuk menurunkan tekanan darah. Oleh itu, jika anda mengamalkan jus aloe vera semasa mengandung dikhuatiri ia akan menyebabkan tekanan darah anda menurun lalu menjejaskan kandungan.

Tapai

Tapai adalah pencuci mulut tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Siapa yang tak gemarkan tapai yang manis dan menyegarkan? Lagi sedap kalau disejukkan dalam peti ais. Segar sungguh rasa tekak, nak-nak lagi jika dimakan semasa cuaca panas.

Namun tahukah anda bahawa tapai adalah makan yang panas dan berbisa malah boleh menjejaskan kandungan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah rahim lemah dan mempunyai sejarah keguguran.

Tapai dibuat dari pulut yang dimasak dan kemudiannya ditabur dengan ragi. Ragi yang dimasukkan ke dalam tapai tadi menjadi punca kenapa tapai adalah makanan yang panas dan berbisa.

Oleh itu, jika anda sedang mengandung, elakkan daripada makan tapai dalam kuantiti yang banyak. Jika anda teringin nak merasa, tak salah untuk anda menjamahnya bagi mengelakkan kempunan.

Nanas

Satu lagi makanan yang menyebabkan keguguran yang paling popular ialah nanas. Rasanya kebanyakan perempuan tahu akan hal ini. Nanas dikatakan sebagai sejenis makanan yang tajam dan digunakan untuk mencuci rahim. Ada yang menggunakan nanas muda untuk menggugurkan kandungan.

Oleh kerana nanas adalah makanan yang tajam, ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan semasa anda mengandung. Pendarahan semasa mengandung adalah keadaan yang tidak normal. Jika anda mengalami pendarahan semasa mengandung, segera pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriskaan lanjut.

Untuk makluman anda, nanas juga sebaiknya dielakkan semasa anda sedang datang bulan. Ini kerana nanas yang tajam akan mencuci rahim anda lalu menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak daripada normal.

Ia juga boleh menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk. Oleh itu, jika anda sedang datang bulan atau mengandung, elakkan dari makan nanas. Terutamanya nanas muda.

Durian

Biasanya lepas anda makan durian, badan akan berasa panas. Sampaikan anda perlu duduk depan kipas atau menurunkan suhu alat pendingin udara untuk menyejukkan semula badan yang kepanasan.

Ini adalah kerana durian merupakan sejenis buah yang panas. Ada petua untuk menurunkan suhu badan selepas makan durian iaitu dengan cara minum air kosong dari kulit durian.

makanan yang menyebabkan keguguran
Sumber: Theculturetrip

Oleh kerana durian adalah sejenis buah yang panas, ia dikatakan masuk ke dalam kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran. Tidak bermakna anda langsung tidak boleh makan durian semasa mengandung, tapi elakkan daripada makan durian dalam jumlah yang banyak. Tak salah kalau anda makan seulas dua.

Itulah dia tadi info tentang makanan yang menyebabkan keguguran yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang pantang larang ibu mengandung tanda keguguran, dan tanda awal kehamilan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.