Kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik yang ditakuti oleh rakyat Malaysia. Ianya agak susah untuk disembuhkan, dan perlu dikawal bagi mengelakkan berlakunya komplikasi yang tidak diingini seperti pemotongan anggota badan.

Salah daripada cara mengawal kencing manis ialah dengan menjaga pemakanan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk pesakit kencing manis sebagai panduan.

Salah daripada cara mengawal kencing manis ialah dengan menjaga pemakanan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk pesakit kencing manis sebagai panduan.

makanan pesakit kencing manis
Sumber: Lelakisihat

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah satu penyakit yang berpunca daripada kadar glukos yang tinggi dalam darah dan kegagalan fungsi pankreas untuk menghasilkan insulin seperti yang sepatutnya.

Menjaga pemakanan dapat membantu mengawal penyakit kencing manis kerana apabila anda mengamalkan diet dan pemakanan yang betul, kadar gula dalam darah juga dapat dikawal.

Apakah makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit kencing manis supaya tidak menjadi semakin teruk?

Gula

Sebagai pesakit kencing manis, anda perlu mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan pengambilan gula dalam menu seharian. Ini adalah sangat penting bagi mengawal kencing manis anda dan mengelakkan berlakunya komplikasi yang tidak diingini. Di antara jenis gula yang perlu anda elakkan ialah:

  • Gula putih
  • Gula merah
  • Gula melaka
  • Gula kabung
  • Gula batu
  • Glukosa
  • Susu pekat manis

Makanan yang tinggi gula

Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, penyakit kencing manis berlaku kerana paras gula atau glukos yang terlalu tinggi dalam darah pesakit. Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah kencing manis, anda perlu mengelakkan makanan yang mempunya kadar gula yang tinggi. Ini kerana mengambil makanan yang mempunyai gula yang tinggi akan menyebabkan bacaan gula anda bertambah tinggi.

Di antara makanan tinggi gula yang perlu anda elakkan atau kurangkan pengambilannya ialah:

  • Kek
  • Aiskrim
  • Pastri
  • Coklat
  • Kandi
  • Gula-gula
  • Biskut
  • Donut
  • Kueh tradisional
makanan pesakit kencing manis
Sumber: Resepkuekeringku

Buah-buahan yang tinggi kandungan gula

Selain makanan tinggi gula, buah-buahan tinggi gula juga merupakan musuh utama pesakit kencing manis. Tidak dinafikan, buah-buahan adalah baik untuk kesihatan, namun bagi pesakit kencing manis, anda perlu memilih buah-buahan yang kurang kandungan gula dan mengelakkan buah yang tinggi dengan gula.

Di antara buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan perlu anda jauhi ialah:

  • Nanas
  • Delima
  • Pisang
  • Anggur
  • Epal
  • Mangga
  • Laici
  • Durian

Minuman yang tinggi dengan gula

Minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi juga perlu anda elakkan bagi memastikan kencing manis anda tidak menjadi semakin teruk. Di antara minuman yang tinggi dengan gula yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah:

  • Minuman kordial
  • Minuman dalam kotak
  • Minuman dalam botol
  • Minuman isotonik
  • Minuman tenaga
  • Minuman bergas
  • Jus buah-buahan yang ditambah gula
  • Jus segera dalam kotak
  • Air kelapa yang ditambah gula
  • Air tebu yang ditambah gula
  • Minuman dengan perisa dan pemanis tiruan
makanan untuk pesakit kencing manis
Sumber: Resepidetox

Makanan bergoreng yang tinggi kadar kolesterol

Makanan bergoreng merupakan satu lagi jenis makanan yang perlu dijauhi oleh para pesakit kencing manis. Ini kerana makanan bergoreng mengandungi kolesterol dan kalori tinggi yang boleh meningkatkan masalah kencing manis yang anda hadapi dan meningkatkan risiko obesiti dan sakit jantung. Selain itu, makanan bergoreng juga mempunyai Aktilamida.

Akrilamida adalah sejenis toksik yang boleh terbentuk dalam makanan disebabkan oleh proses menggoreng dengan suhu yang tinggi. Ia terbentuk apabila berlakunya tindak balas kimia di antara gula dan asid amino yang dikenali sebagai asparagin.

Makanan berkanji seperti kentang goreng telah dikenal pasti sebagai memiliki kandungan akrilamida yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa Akrilamida memberikan anda risiko mendapat kanser.

Di antara makanan bergoreng yang perlu anda elakkan ialah:

  • Kentang goreng
  • Ikan goreng
  • Ayam goreng
  • Nasi goreng
  • Nugget

Makanan yang tinggi dengan kandungan lemak trans

Tahukah anda bahawa makanan berproses sangat tinggi dengan kandungan lemak trans fat yang boleh membahayakan kesihatan manusia dan membuatkan penyakit kencing manis yang anda alami menjadi semakin teruk, malah boleh menyebabkan berlakunya komplikasi. Lemak trans fat terbentuk apabila lemak tak tepu mengalami satu proses yang dikenali sebagai hidrogenasi.

Pengilang makanan biasanya menghidrogenkan lemak menggunakan tekanan tinggi dan gas hidrogen untuk meningkatkan jangka hayat dan kestabilan makana tersebut.

Proses menghidrogen makan yang dilakukan telah mengubah struktur kimia lemak dan menyebabkan ia sukar untuk dipecahkan oleh badan anda. Ianya akan menyebabkan masalah kesihatan dan meningkatkan risiko anda mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis, dan obesiti.

Di antara makanan berproses yang tinggi dengan lemak trans fat ialah:

  • Nugget
  • Hotdog
  • Burger
  • Bebola ayam
  • Bebola daging
  • Chicken popcorn
  • Jejari ayam
  • Kentang goreng
masakan pesakit kencing manis
Sumber: Abcnews

Makanan yang tinggi kadar karbohidrat

Pesakit kencing manis juga perlu mengalkkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan makanan yang mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi kerana karbohidrat yang berlebihan tidak mampu dicernakan dengan sepenuhnya oleh tubuh badan lalu tersimpan dalam badan dalam bentuk gula.

Gula yang terkumpul akan masuk ke dalam sistem darah lalu menyebabkan kandungan gula dalam darah anda mengingkat. Di antara makanan tinggi karbohidrat yang tidak sesuai diambil oleh pesakit kencing manis ialah:

  • Nasi
  • Kentang
  • Pasta
  • Mee kuning
  • Kuew teow
  • Ubi kayu
  • Pisang
  • Roti
  • Jagung
  • Tepung gandum

Itulah dia tadi info tentang makanan untuk pesakit kencing manis yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang makanan sunnah dan makanan karbohidrat.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.