Cuti sekolah merupakan musim anak-anak bersunat. Tak kisah sama ada ibu bapa memilih untuk menyunatkan anak dengan cara tradisional menggunakan khidmat tok mudim atau memilih bersunat dengan cara moden di klinik, apa yang paling penting adalah penjagaan semasa luka masih belum kering. Penjagaan yang baik akan menjamin luka cepat kering dan membolehkan anak anda aktif semula seperti biasa dalam tempoh yang singkat.

Di antara aspek utama yang perlu dititikberatkan semasa menjaga anak yang baru bersunat ialah dari segi pemakanan. Di samping itu anda juga boleh amalkan beberapa tips supaya luka cepat kering. Istimewa untuk anda ibu bapa yang prihatin, hari ini kami akan kongsikan info tentang makanan terbaik untuk anak bersunat dan tips luka cepat sembuh.

Tips luka sunat cepat kering

Bagi memastikan luka sunat anak lelaki anda cepat kering, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan:

  • Pastikan hujung luka dibersihkan dengan air dan dikeringkan pada 2 hari pertama selepas bersunat di mana luka masih berbalut.
  • Selepas dua hari, anda boleh membuka balutan luka.
  • Selepas pembalut dibuka, luka tersebut perlu dicuci sekerap 3 hingga 4 kali sehari. Untuk mencuci luka tersebu, sebaiknya anda gunakan saline yang boleh dibeli di farmasi. Cuci dengan lembut dan perlahan kerana luka di bahagian tersebut adalah sangat menyakitkan. Selepas luka dicuci dengan bersih, pastikan ianya dikeringkan dengan baik untuk mengelakkan berlakunya jangkitan. Jika anda mempunyai pengering rambut atau hair dryer, anda boleh gunakannya untuk mengeringkan cucian selepas luka namun jangan gunakan suhu panas. Cukup dengan menganginkan pada suhu normal.
  • Jika ada keruping, jangan gosok dengan kuat kerana akan menyebabkan berlaku luka. Apa yang boleh anda lakukan ialah mencuci dengan kerap. Lama-kelamaan kerupin akan tertangga sendiri. Anda juga boleh rendam alat sulit anak anda ke dalam cecair saline selama 5minit untuk mengembangkan keruping tadi. Apabila keruping sudah kembang, ia akan gugur dengan mudah.

Apa yang perlu dilakukan jika kemaluan menjadi bengkak atau bentan?

Bengkak pada alat sulit selepas disunat bukanlah sesuatu yang normal. Ia mungkin petanda bahawa berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Bawa anak anda ke klinik dengan segera sekiranya ada symptom yang berikut:

  • Bengkak yang terlalu besar dan kelihatan merening
  • Kulit di sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
  • Terdapat cecair likat yang kelihatan seperti nanah pada kawasan luka
  • Anak mengadu lukanya berdenyut-denyut dan rasa sakit
  • Anak mengadu sakit semasa membuang air kecil
  • Berlaku pendarahan pada kawasan luka
  • Anak anda mengalami demam

Amalan memakaikan anak dengan kain pelikat yang diikat semasa berpantang selepas bersunat adalah satu teknik agar luka cepat kering yang bagus. Dengan cara ini alat sulit akan sentiasa bebas dan mendapat pengudaraan yang baik. Jika anak anda memakai seluar, dikhuatiri fabric akan melekat pada luka lalu menyebabkan melecet dan pengudaraannya juga tidak begitu baik.

makakan untuk orang bersunat

Sumber: Mediaadil

Makanan untuk orang bersunat

Pastinya anda tertanya-tanya apakah menu yang sesuai untuk disediakan kepada anak sepanjang tempoh berpantang. Di antara menu yang boleh anda pilih ialah makanan yang dipanggang, dikukus, dan grill. Sup juga boleh menjadi menu yang terbaik buat anak anda. Berikut adalah cadangan menu untuk anak baru berunat yang boleh anda sediakan.

  • Sup ikan haruan bersama lada hitam. Ikan haruan sememangnya sangat membantu untuk menyembuhkan luka. Lendir yang terdapat pada ikan haruan dikatakan berfungsi untuk mencantumkan luka dan mempercepatkan proses luka untuk mongering. Anda boleh sediakan sup ikan haruan bersama lada hitam yang pastinya membuka selera anak anda untuk makan.
  • Ikan haruan panggang bersama sos lada hitam. Selain dijadikan sebagai sup, ikan harian juga boleh dimasa dengan cara panggang bersama sos lada hitam. Untuk menyediakan sos lada hitam, caranya mudah sahaja. Anda Cuma perlu tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan lada hitam yang dikisar halus dan masukkan air, garam, dan perasa. Pastinya anak anda berselera untuk makan jika dihidangkan panas-panas.
  • Selain ikan haruan, anda juga boleh menyediakan juadah berasaskan ayam sekiranya anak anda tidak mengalami alahan kepada ayam. Anda boleh pelbagaikan menu dengan memasak sup ayam, ayam panggang, ayam kukus, dan sebagainya.
  • Anda juga boleh menyediakan menu berasaskan ikan sebagai lauk untuk anak anda semasa berpantang. Di antara ikan yang boleh menjadi pilihan ialah ikan jenahak, ikan senangin, ikan bawal, dan ikan merah.
  • Selain protein, sayur-sayuran juga adala sangat penting untuk anak yang baru bersunat. Anda boleh sediakan sayur yang dikukus,stim atau sup. Di antara sayur yang boleh anda sediakan ialah sayur sawi, brokoli, pak choy, dan bayam.
  • Elakkan daripada menyediakan makanan yang gatal seperti udang, sotong, telur, daging lembu, dan sebagainya. Jenis makanan yang gatal adalah bergantung kepada individu. Ada orang berasa gatal bila makan udang, ada orang tiada kesan apa-apa. Pastinya anda lebih mengenali diri anak dan mengetahui makanan apa yang tidak sesuai untuk diberikan semasa luka sunatnya masih belum kering.
makanan untuk orang bersunat

Sumber: Suricergas

Itulah dia info tentang makanan untuk orang bersunat dan tips luka cepat sembuh yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang punca luka diabetis lambat sembuh dan khasiat ikan haruan

Sumber:

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.