Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan makanan untuk diet yang boleh anda amalkan setiap hari.

Anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Percayalah bahawasanya untuk menurunkan berat badan, sifir yang wajib anda lakukan ialah 80% pemakanan, 20% bersenam. Kalau anda jaga pemakanan, peluang anda untuk kurus akan bertambah.

makanan untuk diet

Sumber: Clarify

1. Sup

Sekiranya ansa sedang menurunkan berat badan, pilih makanan bersup kerana ia akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging, dan sayur-sayuran. Apabila anda dah kenyang dengan semua makanan sihat tersebut, secara automatik anda akan kurang makan nasi.

2. Makanan yang dibakar

Makanan yang dibakar, grill dan dipanggang adalah jauh lebih sihat berbanding makanan yang digoreng atau makanan bergulai. Kandungan kalorinya berbeza seperti langit dan bumi. Tambahan lagi, memasak dengan cara panggang, grill atau bakar juga jauh lebih mudah. Anda sediakan bahan perapan, perap, letakkan di atas api dan tinggal. Tak perlu dikacau macam gulai.

3. Makanan yang dimasak secara stim

Makanan yang dimasak secara stim juga sangat baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menguruskan badan. Terdapat pelbagai resepi masakan stim yang boleh anda cuba. Gilir-gilirkan menu antara sup, makanan dibakar, dan makanan stim.

4. Makanan yang dikukus

Selain makanan yang dimasak secara stim, makanan berkukus juga sangat baik untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermaksud ianya baik untuk anda yang sedang berdiet. Memasaknya pun senang. Masukkan ke dalam pengukus, set timer, dan tinggalkan. Siap, terus makan.

5. Cuka epal

Bagi mereka yang sedang berdiet, cuka epal atau apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing. Cuka epal membantu meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan proses penurunan berat badan.  Selepas bangun tidur, minum satu gelas air kosong diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Ulang sebelum tidur malam. Selain itu, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

6. Roti wholemeal

Terimalah hakikat bahawa roti wholemeal adalah lebih menyihatkan dan membantu anda untuk kurus berbanding roti putih biasa. Mungkin rasa roti wholemeal kurang sedap berbanding roti putih biasa, tapi lama-kelamaan anda akan biasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk berdiet yang wajib ada dalam dapur anda.

makanan untuk diet

Sumber: Thelittleloaf

7. Beras perang

Nak kurus bukan bermakna anda tak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tapi dengan sukatan sebesar satu penumbuk untuk setiap kali pinggan. Nak lagi cepat kurus? Tukarkan beras yang anda makan kepada beras perang. Ya, rasanya mungkin tak sesedap beras biasa, tapi yang paling penting anda masih boleh makan nasi. Lama-kelamaan tekak anda akan boleh menerima rasa beras perang.

8. Stevia

Nak kurus? Jangan ambil gula putih kerana gula putih merupakan musuh utama bagi mereka yang berdiet. Sebagai alternatif, anda boleh gantikan gula putih biasa dengan stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori. Stevia datang dalam bentuk cecair. Cuma masukkan satu titis ke dalam secawan air, sudsh mencukupi. Rasanya juga tak ubah seperti gula.

9. Gula tanpa kalori

Selain stevia, anda juga boleh gantikan gula putih yang biasa anda gunakan dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tapi jauh lebih menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

10. Gula perang

Gula perang  merupakan alternatif kepada gula putih yang sangat sedap. Rasanya saling tak ubah seperti gula putih tapi kalorinya adalah jauh lebih rendah. Takdelah anda rasa bersalah sangat waktu membancuh air.

11. Madu

Madu juga boleh dijadikan sebagai pemgganti gula putih. Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat terhadap kesihatan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa ada stok madu di dapur.

12. Kurma

Kurma merupakan satu lagi makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil semasa sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah tapi merupakan energy booster yang sangat bagus. Anda boleh makan kurma setiapa pagi atau kisar menjadi jus.

13. Telur

Di media sosial, ramai yang mendakwa berjaya mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet telur. Persoalannya adakah benar makan telur setiap hari membantu mengurangkan berat badan? Macam mana? Bukankah telur ada banyak kolesterol, tak takut nanti dapat penyakit?

Kajian terbaru menunjukkan bahawa kaitan antara telur dan kolesterol adalah mitos semasa-mata. Telur mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan setiap hari menjadikannya sebagai makanan sihat yang baik untuk tubuh badan.

Namun ini tak bermakna anda perlu makan telur sahaja setiap hari. Diet terlalu ekstrem seperti memakan telur sahaja untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kerana dikhuatiri akan memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang.

makanan untuk diet

Sumber: Femina

14. Plain yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang wajib anda ambil ialah plain yogurt. Pengambilan plain yogurt setiap hari dapat menghalang tubuh  badan anda daripada merembeskan hormon leptin yang merupakan antara punca utama  obesiti.

Terdapat pelbagai cara untuk anda makan yogurt. Anda boleh makan ia begitu saja, jadikan sebagai overnight oat, atau gantikan santan semasa memasak.

15. Pisang

Pisang merupakan buah murah yang kaya dengan potasium dan serat. Ia memberikan rasa kenyang yang lama dan dalam masa yang sama pisang juga adalah energy booster. Kalau anda tak sempat nak bersarapan pagi, cuma minum satu gelas air kosong dan makan 2 biji pisang.

16. Avokado

Avokado kaya dengan lemak sihat yang membantu menurunkan berat dengan lebih cepat. Anda boleh makan begitu sahaja atau kisar menjadi jus.

Itulah dia perkongsian kami tentang makanan untuk diet. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang tips kurus tanpa, cara kempiskan perut, dan khasiat cuka epal.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.