Ibu yang menyusukan pasti sentiasa berfikir macam mana caranya nak tambah susu. Tak perlu membazir beli supplement. Jom kami kongsikan 20 makanan tambah susu yang murah & senang dibeli.

Makanan tambah susu

Sumber: Smithsonianmag

1. Minuman longan & halba

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar halba
  • 1 gengam longan kering
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air

Cara-caranya:

1. Basuh halba dan longan kering. Toskan sekejap.

2. Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air. Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.

3. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita.

Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing. Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali.

2. Kurma

Kurma memang dikenali sebagai salah satu milk booster yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam resepi boleh dibuat, makan begitu sahaja adalah paling mudah.

Kegemaran kami ialah jus susu segar & kurma. Caranya campurkan  5 bijik kurma yang dibuang bijinya dengan susu segar. Kisar sampai halus. Minum sejuk-sejuk, sedap sangat.

3. Habbatussauda

Habbatus sauda juga makanan penggalak susu yang telah digunakan sejak berkurun lama. Caranya, rebus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Selain dijadikan petua tambah susu badan, habbatussauda juga sering diguna pakai untuk membantu masalah kesihatan yang lain seperti meningkatkan antibodi dan mencegah penyakit ringan yang lain.

4. Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga berfungsi sebagai agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.

5. Lobak putih

Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Lobak putih adalah petua orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.

Makanan tambah susu

Sumber: Bukalapak

6. Jantung pisang

Satu lagi petua tradisional. Jantung pisang boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak. Ia menambah susu dengan cepat. Sedap dimakan, susu juga bertambah.

7. Longan

Biasanya longan boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh. Ianya dalam bentuk kering dan boleh direbus dengan sedikit gula batu  untuk memberikan rasa manis.

Tidak semua orang serasi. Ada orang makan ni boleh dapat demam yang tinggi. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, pada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.

8. Madu 

Madu sememangnya mempunyai seribu satu khasiat. Salah satu daripadanya ialah membanyakkan susu badan. Minum 1 sudu madu setiap pagi.

9. Oat

Oleh kerana madu dan kurma juga mengandungi khasiat untuk menambah susu badan si ibu, para ibu digalakan mengambil oat yang dicampur dengan pemanis asli seperti madu dan hirisan kurma. Pasti lebih enak!

10. Sayuran berdaun hijau

Bayam terutamanya mengandungi kadar vitamin dan mineral yang tinggi termasuklah zat besi, kalsium, folat serta vitamin A. Kesemua khasiat ini amat membantu untuk penghasilan susu badan.

Ibu  yang menyusukan dicadang untuk memakan dua bahagian sayuran hijau setiap hari sepanjang menyusukan bayi. Boleh masak tanpa minyak banyak bersama lada hitam dan bawang putih atau dicelur begitu sahaja bersama sedikit garam.

Makanan tambah susu

Sumber: Rtklive

11. Bawang putih

Selain dapat mengeluarkan angin dalam badan untuk ibu yang berpantang, bawang putih juga memiliki khasiat tersendiri untuk menambah susu badan.

Selain dicampur dalam makanan, bawang putih juga boleh dibakar dan dimakan seperti ubi kentang. Atau pum sagat 3 biji bawang putih ke dalam segelas susu yang sudah dicampur madu dan sedikit gula kemudian meminumnya.

12. Biji halba

Biji halba boleh ditambah sebagai perisa beraroma di dalam lauk-pauk terutamanya sup dan bubur nasi. Kaya dengan lemak omega-3 untuk membantu menambahkan susu.

Zaman Rasulullah juga telah gunakan halba dalam proses merawat pelbagai penyakit. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum.

Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.

13. Kekacang & buahan kering

Badam dan gajus yang tinggi dengan kadar protein, dan zat besi mampu memberbanyakan susu badan. Makanlah ia sebagai snek kudapan.

14. Bijan

Menurut orang barat, bijan adalah sejenis sumber kalsium bukan susu. Seperti yang kita tahu, kalsium amat penting untuk ibu yang sedang menyusukan kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk bantu proses tumbesarannya yang sihat.

Boleh taburkan bijan pada nasi panas mahupun jadikan biskut yang berasaskan bijan sebagai snek yang boleh meningkatkan penghasilan susu badan!

15.  Lobak merah

Lobak merah boleh dijadikan sebagai ulam atau dibuat jus.

Makanan tambah susu

Sumber: Nona

16. Soya

Boleh makan pelbagai makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu, tempe mahupun minuman susu soya itu sendiri.

17. Ulaman

Jantung pisang, pucuk betik, pucuk bebuas, pucuk manis dan pegaga memang terkenal sebagai ulaman yang diambil oleh para ibu yang sedang menyusukan bayi. Selain itu ulam-ulaman ini juga akan menjadi penawar kepada luka-luka dalam perut selepas melahirkan.

18. Kurma merah

Rebus kurma merah dan minum airnya sebagai ganti kepada air putih.

19. Bawang putih

Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.

20. Horlicks

Minum satu cawan horlicks setiap pagi dan malam untuk membanyakkan susu.

Makanan tambah susu

Sumber: Sunshinesam83

Itulah dia 20 makanan tambah susu yang boleh anda amalkan. Semoga berjaya menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.