Buat para wanita terutamanya ibu hamil yang mengalami anemia, pastikan anda terus membaca perkongsian ini untuk mengetahui 6 makanan tambah darah bagi mengatasi anemia.

Di kalangan wanita istilah hemoglobin(HB) rendah atau kekurangan darah merah cukup sinonim terutamanya bagi wanita hamil.

Sebelum kita berbincang lebih lanjut mengenai petua untuk mengatasi masalah anemia, jom kita cerita serba sedikit mengenai anemia.

Adakah anda tahu apa itu Anemia?

Anemia merupakan situasi dimana sel darah merah kurang dari paras normal. Kekurangan sel darah merah atau lebih sinonim dengan kekurangan hemoglobin banyak terjadi di kalangan wanita hamil

Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu sistem badan.  Nilai hemoglobin normal untuk wanita adalah 12-14g/dl.

Hemoglobin adalah protein di dalam sel darah merah yang berfungis untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan.

 

6 Makanan Tambah Darah Atasi Anemia Untuk Ibu Hamil Wajib Baca

Imej Via Pexels

 

Tanda-tanda Anemia

Antara tanda-tanda yang boleh dilihat atau dikesan apabila seseorang itu menghidapo anemia adalah ;

  • Rasa lemah dan kurang tenaga untuk melakukan tugas harian
  • Tercungap-cungap ketika melakukan aktiviti fizikal atau kecergasan
  • Degupan jantung pantas
  • Denyutan nadi agak lemah.
  • Pening atau kekejangan
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Sakit kepala
  • Kulit pucat atau kekuningan

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, amat penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor dan mengambil langkah pencegahan yang sebaiknya.

Anemia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan kita akan bincangkan mengenai faktor utama kepada gejala anemia.

  1. Kekurangan zat besi.

Anemia berlaku apabila badan kekurangan zat besi yang menyebabkan hemoglobin di dalam darah berkurangan.

Seperti yang kita sedia maklum, zat besi merupakan elemen penting dalam penghasilan sel darah merah.  Wanita hamil sering mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.

  1. Kekurangan Vitamin B12.

Vitamin B12 atau juga dikenali sebagai cobalamin merupakan vitamin yang diperlukan untuk memastikan sel darah merah berada dalam keadaan baik. Vitamin B12 berfungsi untuk membina sel darah yang sihat.

  1. ‘Haemolytic anaemia’

Haemolytic anemia adalah keadaan di mana sel darah merah dihapuskan.  Penghapusan sel darah merah yang lebih cepat berbanding penghasilan sel darah merah . Ini berlaku ketika seseorang itu menghidapi penyakit ‘auto-immune’. Di mana sistem imunisasi badan akan menyerang badan dan menyebabkan sistem badan keliru .

  1. ‘Aplastic anaemia’

Berlaku apabila sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah merah akibat sumsum tulang tidak dapat berfungsi dengan baik. Penyebab kepada ‘Aplastic anemia’ adalah terdedah kepada racun dan jangkitan virus seperti HIV.

  1. Thalassemia

Bagi mereka yang menderita akibat thalassemia akan mengalami pigmen hemoglobin di dalam sel darah merah tidak terbentuk secara normal. Namun thalassemia merupakan penyakit yang disebabkan oleh genetik.

Kaedah Merawat Anemia.

Walaupun anemia ini adalah penyakit berkaitan dengan sel darah merah di dalam badan kita, ia masih boleh dirawat dengan kaedah yang tepat.

Langkah awal dalam proses pemulihan daripada anemia adalah memastikan pola pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.

Kekurangan asid folik atau vitamin B12 antara penyebab utama kepada masalah anemia. Untuk mengatasi kekurangan asid folik, ibu hamil digalakkan untuk mengambil  makanan yang kaya dengan vitamin B12.

Elakkan pengambilan minuman beralkohol . Minuman beralkohol akan menganggu penyerapan asid folik.

Sekiranya bilangan darah anda terlalu rendah dan keadaan anda sangat membimbangkan, doktor akan menjalankan proses transfusi darah. Darah yang bersesuaian dengan jenis darah anda akan dimasukkan ke dalam tubuh badan anda.

Sekiranya anda adalah penghidap ‘aplastic anemia’ , sekiranya sumsum tulang anda sudah tidak berfungsi. Penyelesaian terakhir untuk merawata anemia anda adalah pemindahan sumsum tulang. Penderma akan mendermakan sumsum tulang kepada pesakit.

5 Makanan untuk menambah darah.

Seperti yang kita sedia maklum ibu mengandung yang mengalami HB rendah boleh menghadapi komplikasi serius seperti kelahiran pramatang dan perkembangan tumbesaran bayi terencat.

Ibu mengandung disarankan untuk mengambil makanan tambah darah seperti;

6 Makanan Tambah Darah Atasi Anemia Untuk Ibu Hamil Wajib Baca

Imej via jill111

  • Tembikai

Vitamin A di dalam tembikai dapat membantu proses penambahan jumlah bilangan sel darah merah sekaligus dapat memastikan bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan mencukupi.

  • Jambu Batu

Jambu batu sangat kaya dengan vitamin C. Menurut kajian, kandungan vitamin di dalam jambu batu dua kali ganda daripada vitamin C didalam buah oren. Vitamin C membantu dalam proses penyerapan zat besi.

  • Sayuran Hijau

Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi sangat kaya dengan zat besi. Bayam memang terkenal sebagai sumber sayuran yang kaya dengan zat besi sama ada bayam merah mahupun bayam hijau. Namun menurut kajian , bayam merah mempunyai kandungan zat besi dua kali ganda daripada bayam hijau.

  • Ikan

Ikan merupakan antara sumber protein yang penting.  Vitamin B12 di dalam ikan terutamanya ikan salmon dapat meningkatkan pembentukan sel darah merah.  Selain ikan salmon terdapat juga ikan seperti ikan kembong.

  • Daging lembu

Mengikut kajian dari sebuah universiti di Indonesia, daging mempunyai kandungan hemoglobin yang tinggi. Vitamin B12 di dalam daging merah dapat meningkatkan kandungan zat besi di dalam tubuh badan. Namun pengambilan daging lembu yang berlebihan akan menyebabkan kandungan kolesterol semakin meningkat. Ambillah dalam kuantiti yang sederhana sahaja.

  • Kekacang

Kacang juga antara koleksi makanan yang kaya dengan zat besi. Antara kekacang yang disarankan adalah kacang merah dan kacang dal.

Secara keseluruhannya, langkah terbaik bagi mengatasi masalah  anemia atau kekurangan darah merah adalah dengan memastikan kita mendapat bekalan zat besi yang mencukupi . Zat besi merupakan elemen paling penting dalam pembentukan hemoglobin.

Diharapkan rencana ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat para wanita diluar sana terutamanya ibu yang sedang hamil.

 

Sumber rujukan :

Doctoroncall

MingguanWanita 

Ohcantik

Majalahpama

Halosehat

 

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.