Masalah kurang darah atau Anemia sangat berbahaya jika terus dibiarkan begitu saja lagi-lagi untuk ibu hamil. Kerana itu ada baiknya berusaha untuk tambah darah yang kurang. Terdapat banyak makanan untuk tambah darah merah yang boleh diamalkan terutama bagi mereka yang menghidap masalah anemia ini.

makanan tambah darah
image via : Hypnosis Heals

Antara Simptom Untuk Masalah Anemia (Kurang Darah)

Masalah kurang darah tidak boleh di ambil ringan kerana ianya akan menyebabkan pening kepala, kelesuan, kelihatan pucat, berasa sesak nafas, berasa seram sejuk dan juga boleh menyebabkan kebas pada tangan.

Sekiranya kita ada tanda-tanda seperti itu, pastikan kita mengambil makanan atau buah-buahan yang boleh menambah darah dalam badan.

makanan tambah darah
image via : Honest Docs

Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi yang sangat penting berfungsi  dalam menambah darah yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian kita dan bagi meningkatkan kadar hemoglobin (Hb) dalam tubuh badan.

Cadangan 10 Makanan Tambah Darah Yang Boleh Dicuba

Makanan tambah darah tak kisahlah sama ada ketika hamil ataupun tidak perlu diamalkan supaya masalah ini dapat di atasi. Kepada ibu hamil, sila ambil perhatian kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Bagi yang masih belum tahu apakah antara makanan yang boleh di makan untuk bantu tambah darah, di sini turut disenaraikan 10 jenis makanan tambah darah yang boleh membantu secara natural. Antaranya adalah :

1.    Kerang atau makanan laut

Kerang cukup mudah didapati dan murah serta ianya cukup dikenali sebagai makanan yang boleh menambah darah dan mencegah anemia. Setiap 100 gram kerang mengandungi 28 miligram zat besi. Selain kerang, tiram juga mampu membantu penambahan darah. Bagi mengekalkan nutrien didalam kerang, apa kata kita rebus dan cicah dengan sos, mudah bukan!

Selain dari itu kandung asid lemak Omega-3 dalam ikan boleh meningkatkkan bacaan Hb dan Vitamin B-12 dalam ikan baik untuk pembentukan sel-sel darah malah telur ikan punya nutrisi berkhasiat seperti protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.

2.    Daging merah segar

Daging merah segar dari kambing, kerbau atau lembu sememangnya kaya dengan protein dan mengandungi pelbagai zat besi. Antaranya vitamin A, D, L, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3 dan Selenium dan semua mineral ini mampu meningkatkan kadar hemoglobin dengan cepat.

Dalam setiap 100 mg daging merah terdapat 2.4 mg zat besi yang dikatakan lebih mudah diserap oleh badan berbanding dari sumber kekacang dan suka diingatkan amalan makan daging merah ini boleh menaikkan jumlah berat badan. Jadi elok amalkan secara diet yang teratur.

3.    Ikan Bilis

Ikan bilis sudah biasa dengan menu orang kita. Ianya amat mudah didapati dan mudah disediakan. Kalau nak tahu, kandungan zat besi di dalam ikan bilis ini juga mampu menambah darah. Bagi mendapatkan zat besi daripada ikan bilis, adalah disarankan makan ikan bilis ini berserta dengan bahagian kepalanya sekali.

4.    Telur

Bahagian kuning telur mengandung nutrien termasuk zat besi dan pengambilan kuning telur boleh menambahkan dan mengekalkan jumlah haemoglobin di dalam darah. Namun untuk wanita hamil sila elakkan pengambilan telur yang tidak masak sepenuhnya.

5.    Buah Kurma

Buah kurma semakin mudah untuk didapati dan yang paling best, buah kurma ini juga sememangnya dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah. Buah kurma juga boleh memberi tenaga kepada tubuh badan kita.

6.    Jambu Batu

Amat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan terutama yang mengandungi Vitamin C. Vitamin C ini boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh dan kajian ada menunjukkan yang jambu batu berwarna merah mengandungi Vitamin C yang jauh lebih tinggi walaupun harganya agak murah.

7.    Buah Delima

Buah ini mengandungi zat besi dan dikatakan boleh mempertahankan jumlah sel darah merah seterusnya menambah darah dalam badan. Nampaknya buah delima bukan saja sedap tetapi juga sangat berkhasiat. Patutlah harga pasaran untuk buah delima ini agak mahal harganya.

makanan tambah darah
image via : Hello Sehat

8.    Daun Ketumbar

Daun ketumbar seringkali tertukar dengan daun sup. Mungkin disebabkan oleh rupanya yang hampir sama. Daun ketumbar ini yang cukup banyak seringkali digunakan dalam menu masakan Thailand seperti Tom Yam dan sebagainya.

Malah daun ketumbar ini juga selalu dimasukkan kedalam kerabu. Ternyata daun ketumbar sangat hebat dengan kandungan zat besi yang agak tinggi. Selain diletakkan di dalam masakan, ketumbar juga voleh di buat jus yang cukup mudah disediakan.

9.    Brokoli, Kangkung atau Bayam

Pengambilan pelbagai jenis sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam boleh membantu pembentukan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Paling mudah di masak adalah bayam. Sayur bayam sangat cepat disediakan dengan menu rebus manis yang sangat cepat masa penyediaannnya.

Sayuran yang sinonim dengan kartun Popeye itu sememangnya mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi selain serat, protein, kalsium hingga vitamin A dan E yang juga bagus untuk kulit dan kesihatan mata.

10.  Pelbagai buah-buahan kering 

Buah-buahan kering juga boleh memberi manfaat untuk misi tambah darah. Antaranya buah-buahan kering tersebut adalah seperti kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin yang boleh di makan seperti snek kudapan pada bila-bila masa yang disukai.

Masalah kurang darah sememangnya tidak boleh di pandang ringan lagi-lagi untuk ibu yang sedang hamil. Makanan perlu sentiasa di jaga dan makanlah makanan yang boleh tambah darah secara natural ini sebagai langkah penjagaan awal bagi mengelakkan diri dari masalah kesihatan yang lain di depan hari.

Sumber :

Hello Sehat


Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.