Sekiranya anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, perkara paling penting untuk anda lakukan ialah menjaga pemakanan. Ini kerana formula untuk kurus ialah 80% pemakanan dan 20% senaman.

Dari segi pemakananan, anda perlu pastikan kalori yang masuk ke dalam tubuh badan anda adalah kurang daripada kalori yang digunakan setiap hari atau dikenali sebagai kalori defisit.

Oleh itu, mengambil makanan rendah kalori yang mengenyangkan adalah sangat membantu anda kurus dengan cepat. Sebelum kami senaraikan makanan rendah kalori yang terbaik untuk anda, jom fahami apa yang dimaksudkan dengan kalori makanan. Kalori makanan adalah sejenis unit tenaga.

makanan rendah kalori yang mengenyangkan
Sumber: Simplyrecipes

Kalori merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Perancis iaitu calor yang bermaksud haba. Ini bermaksud, kalori adalah tenaga yang dihasilkan apabila makanan yang masuk ke dalam perut anda dihadam oleh sistem pencernaan. Jadi, apakah makanan rendah kalori yang mengenyangkan yang terbaik untuk anda kurus dan hilang inci dengan cepat?

Teh hijau

Teh hijau adalah sahabat baik bagi mereka yang mengamalkan diet makanan rendah kalori yang mengenyangkan. Ini kerana jumlah kalori dalam teh hijau adalah cuma 0 ke 1 kalori per 100 gram sahaja.

Apa yang lebih menarik, kandungan polifenol dalam teh hijau meningkatkan proses pembakaran lemak dalam badan anda dan dalam sama membantu menyingkirkan toksin dari badan.

Tomato ceri

Tomato ceri adalah makanan popular untuk merka yang berdiet. Ini kerana kadar kalorinya adalah 29 kalori per 100 gram. Sungguh rendah! Dan tomato ceri adalah sayuran yang mengenyangkan malah kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan seperti Magnesium, Kalsium, vitamin C dan vitamin B9.

Selain itu, sifat diuretik yang ada dalam tomato ceri membantu proses penyingkiran toksin dalam badan. Apabila toksin dikeluarkan dari badan, anda akan kurus dengan cepat. Oleh itu, kalau anda masih mencari makana rendah kalori yang mengenyangkan, jadikan tomato ceri sebagai makanan pilihan anda.

Lobak merah

Ramai yang tahu bahawa lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata. Namun tak ramai yang tahu bahawa lobak merah adalah salah satu makanan rendah kalori yang mengenyangkan dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kurus dengan cepat. Ini kerana jumlah kalori lobak merah ialah cuma 36 kalori per 100 gram.

Bukan itu sahaja, lobak merah juga kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan seperti:

  • Karotenoid
  • Vitamin A
  • Beta Karotena
  • Alfa karotena
  • Vitamin B
  • Vitamin K
  • Potasium
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Zat besi
makanan rendah kalori yang mengenyangkan
Sumber: Organicfacts

Nanas

Nanas adalah makanan rendah kalori yang mengenyangkan yang wajib anda masukkan dalam menu diet harian anda. Ini kerana jumlah kalori dalam nanas ialah cuma 33 kalori per 100 gram. Malah ia akan memberikan anda rasa kenyang yang lama. Oleh itu, rugi sangat kalau anda taknak makan nanas.

Bagaimana nanas memberikan anda rasa kenyang dan dalam amsa yang sama membantu anda untuk kurus? Dalam nanas terdapat sejenis enzim yang bernama bromelain iaitu enzim pembakar lemak yang sangat efisyen dalam membantu anda untuk kurus dengan cepat.

Dalam masa yang sama, enzim bromelain juga membantu proses penyingkiran lemak dari tubuh badan anda.

Lemon

Lemon sememangnya sangat sinonim dengan mereka yang berdiet. Ramai yang mengamalkan air detox yang mengandungi lemon dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Walau pun ada yang mengatakan bahawa air detox tidak membantu mengawal berat badan, namun mengikut kajian sains, lemon membantu untuk anda kurus. Jumlah kalori yang ada dalam lemon adalah sangat rendah iaitu cuma 33 kalori per 100 gram.

Bagaimana lemon membantu anda untuk kurus? Asid sitrik yang ada dalam lemon akan meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar lemak dan protein dengan cepat. Selain itu, lemon adalah sejenis sitrus yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Kombinasi bahan antioksida dan kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon akan membantu mengaktifkan rembesan hempedu dalam tubuh badan anda. Keaktifan rembesan hempedu adalah sangat membantu proses pencernaan makanan. Amalan minum air detox lemon akan memberikan anda rasa kenyang yang lama dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kurus.

Tembikai

Mungkin anda tak percaya, tapi ketahuilah bahawa tembikai merupakan sejenis buah yang rendah kalori namun mengenyangkan anda untuk tempoh yang lama. Kebanyakan mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting (IF) untuk kurus akan makan tembikai dengan banyak semasa mereka berada dalam eating window. Ini kerana tembikai terbukti membantu menurunkan berat dan menghilangkan inci dengan cepat. Malah tembikai mendapat jolokan buah pengempis perut.

Walau pun ianya sejenis buah yang rendah kalori iaitu cuma 38 kalori per 100 gram, namun dalam masa yang sama tembikai sangat kaya dengan perlbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seperti:

  • Beta karotena
  • Magnesium
  • Fosforus
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Kuprum
  • Zink

Apa yang lebih menarik, tembikai mempunyai sifat laksatif atau julap yang membantu sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih baik dan dalam masa yang sama mencegah badan anda daripada penyimpanan lemak, lalu membantu anda untuk kurus dengan cepat. Sifat laksatif tembikai juga membantu anda lebih lawas.

makanan rendah kalori yang mengenyangkan
Sumber: Azhan

Itulah dia tadi info tentang makanan beralkali yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang diet atkins, kelebihan jintan manis dan makanan untuk diet

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.