Kita ingin tubuh badan anak kita sihat dan kuat, jauh daripada penyakit. Maka, kita sanggup menghabiskan wang yang banyak demi anak-anak kita. Lebih-lebih lagi, jika anak kita mengalami cirit birit yang agak teruk.

Cirit birit berlaku apabila pencernaan makanan tidak berjalan dengan baik. Maka, mereka memerlukan pribiotik untuk memulihkan semula pencernaan makanan. Apakah pribiotik?

Probiotik ditemui dalam makanan tambahan atau yogurt dan mengandungi bakteria atau yis berpotensi yang bermanfaat. Probiotik boleh memulihkan keseimbangan semula jadi bakteria dalam saluran usus.

Jadi, makanan apa yang sesuai dan boleh dimakan oleh kanak-kanak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 makanan yang penuh probiotik untuk anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

4 Makanan yang tinggi pribiotik

Biasakan je anak kita dengan 4 makanan yang tinggi PROBIOTIK ni:

"
makanan tinggi pribiotik
Imej via Facebook

1. Budu

makanan tinggi pribiotik
Imej via Facebook

2. Yogurt asli tanpa perisa

makanan tinggi pribiotik
Imej via Facebook

3. Tempe

makanan tinggi pribiotik
Imej via Facebook

4. Cencalok

Probiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Bahasa mudahnya probiotik ni adalah ‘kuman baik’. Dalam tubuh anak kita ada ‘kuman jahat’ dan ‘kuman baik’. Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.

Kuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.

Manfaat pribiotik

Banyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni. Antaranya :

– Mengurangkan cirit birit anak

– Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna

– menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus

– menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak

Nak bagi anak sihat tak perlu bermewah pun. Cukup dengan makanan yang murah je asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya.

*Cuba amalkan makanan di atas di rumah dan ajar anak untuk makan makanan yang sihat seperti sayur-syuran dan buah-buahan untuk melancarkan pencernaan makanan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.