Ketahui makanan yang melansingkan diri anda :

vitamin c
* Vitamin C
Buah-buahan jenis sitrus yang kaya dengan vitamin C semulajadi seperti limau gedang, lemon dan oren boleh membantu dalam mengurangkan penyerapan lemak. Diet yang kekurangan vitamin C telah terbukti oleh pelbagai kajian bahawa ia boleh membawa kepada garis pinggang (waistline) yang lebih luas. Anda boleh memenuhi keperluan seharian 75mg vitamin C dengan memakan sebiji oren ataupun secawan strawberi.
* Teh
Menurut The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil jumlah catechin (antioksidan dalam daun teh yang boleh menggalakkan pembakaran lemak) yang paling tinggi lebih mengalami penambahan berat badan yang kurang berbanding dengan mereka yang kurang meminum teh dalam jangkamasa 14 tahun. Dalam memilih jenis teh, adalah digalakkan untuk membeli jenis teh hijau atau putih kerana ia mempunyai kandungan catechin yang lebih tinggi.* Pisang
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium, dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium (yang menghasilkan gas) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya, senang didapati, serta mudah untuk dibawa dan dimakan.

 

* Makanan rendah GI (indeks glisemik)
Makanan yang rendah GI, iaitu jenis yang dihadam dengan perlahan boleh membantu anda berasa lebih kenyang sepanjang hari, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Journal of the American College of Nutrition. Makanan jenis rendah GI termasuk bijirin dan sayuran, dan juga sesetengah buah-buahan seperti limau gedang dan beri biru.

 

* Jauhi makanan yang tinggi kandungan gula
Sekiranya anda menyemak label makanan, anda akan mendapati kebanyakannya mempunyai gula tambahan (seperti sirap jagung berfruktosa tinggi dan gula putih yang diproses). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula dalam darah. Ia boleh menjejaskan rangsangan hormon leptin yang mengawal selera dan metabolisme, dan akan menyebabkan anda lebih berselera untuk memakan lebih daripada biasa.

Apabila rangsangan leptin terjejas, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengawal selera dan kalori yang berlebihan akan ditukar dan disimpan dalam badan sebagai lemak. Oleh yang demikian, apabila anda membeli makanan, pilihlah jenis yang mempunyai kandungan lemak tak tepu dan berserat tinggi seperti sayuran dan kekacang.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.