Rahim yang sihat dan kuat adalah impian setiap wanita. Ini kerana sekiranya seorang wanita mempunyai masalah rahim yang lemah dan bermasalah, ia akan menyebabkan wanita tersebut mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat.

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai makanan kuatkan rahim yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan rahim yang kuat dan bersedia untuk mengandung.

Apakah fungsi rahim seorang wanita? Bagi seorang wanita, rahim adalah organ peranakan yang sangat penting. Di situlah berlakunya proses persenyawaan apabila ovum dan sperma bertemu. Di situ juga benih akan tertanam dan membesar menjadi janin.

Seterusnya janin akan membesar dan bertukar menjadi bayi. Didalam rahim, bayi anda melalui proses perkembangan dan tumbesaran sehingga bersedia untuk dilahirkan. Apabila bayi anda bersedia untuk dilahirkan, rahim anda akan mengembang dan mengecut untuk melahirkan bayi anda.

Betapa pentingnya rahim bagi seorang wanita. Itulah sebabnya sangat perlu untuk mendapatakan rahim yang kuat dan sihat. Jadi, apakah punca rahim seorang wanita boleh menjadi lemah? Di antara punca yang telah dikenal pasti ialah:

  • Pernah melahirkan
  • Pernah keguguran
  • Rahim jatuh
  • Terlalu lasak
  • Pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan rahim terjejas
  • Pernah jatuh terduduk
  • Pernah jatuh terhentak
  • Selalu mengangkat barang yang berat

Apakah kesan sekiranya seorang wanita mengalami masalah rahim yang lemah? Rahim yang lemah akan menyebabkan seorang wanita mengalami:

  • Kesukaran untuk mengandung
  • Kesukaran untuk mengekalkan kandungan lalu mengalami keguguran
  • Keguguran yang berulang
  • Masalah rahim jatuh

Oleh itu, jika anda mempunyai masalah rahim lemah adalah sangat penting untuk anda berikhtiar untuk memulihkan semula rahim anda dengan segera. Semakin lama anda biarkan, semakin teruk keadaan rahim anda.

Di antara salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan ialah dengan cara menjaga pemakanan. Elakkan makanan yang boleh menjejaskan rahim dan banyakkan makanan yang boleh menyihatkan rahim. Di antara makanan kuatkan rahim yang boleh anda amalkan ialah:

Protein

Protein adalah sangat penting untuk tubuh badan manusia dan salah satu daripada fungsinya ialah untuk menguatkan rahim. Bagaimana protein boleh membantu menguatkan rahim?

Untuk menguatkan semula rahim yang lemah, cara yang terbaik ialah untuk menguatkan semula otot rahim. Otot dalam tubuh badan kita terdiri daripada sel-sel. Sel yang kuat akan membentuk otot yang kuat dan sihat.

Sementara itu, makanan sel ialah protein. Oleh itu, apabila sel anda mendapat protein yang secukupnya, sel anda akan menjadi sihat. Sel yang sihat akan membentuk otot yang kuat dan sihat.

Apabila otot rahim anda sihat dan kuat, masalah rahim lemah yang anda alami juga akan dapat diatasi. Pastikan anda dapatkan protein dari sumber semulajadi dan sihat seperti:

  • Salmon
  • Daging lembu
  • Ayam
  • Ikan
  • Kacang soya
  • Keju
  • Susu
  • Telur
  • Kekacang

Kurma

Kurma adalah salah satu makanan dalam syurga yang disebut di dalam Al-Quran. Kurma mengandungi pelbagai nutrisi dan khasiat seperti protein, vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, dan niasin.

Kurma juga terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan. Salah satu daripadanya ialah untuk membekalkan tenaga. Namun tak ramai yang tahu bahawa kurma juga sangat berkesan untuk menguatkan rahim.

Jika anda mengalami masalah kesukaran untuk mengandung atau pernah mengalami keguguran, anda boleh amalkan minum susu kurma untuk menguatkan semula rahim supaya bersedia untuk mengandung semula. Cara untuk menyediakan susu kurma ialah seperti berikut:

  • Ambil 5 biji kurma. Bersihkan, buang bijinya
  • Masukkan kurma tadi ke dalam segelas susu segar
  • Rendamkan semalaman. Simpan dalam peti sejuk supaya susu tidak rosak
  • Seeloknya rendam semalaman. Anda boleh rendam pada waktu malam dan minum pada keesokan paginya
  • Minum susu kurma tadi sejurus anda bangun tidur
  • Amalkan setiap hari
makanan kuatkan rahim
Sumber: Astroawani

Badam

Selain kurma, badan juga mempunyai khasiat untuk menguatkan rahim yang lemah. Wanita yang mengalami masalah rahim lemah atau rahim jatuh boleh menjadikan badam sebagai salah satu makanan dalam diet harian. Anda boleh jadikan badam sebagai kudapan untuk dimakan semasa lapar. Atau anda juga boleh amalkan minum susu badam setiap hari. Cara menyediakannya ialah:

  • Ambil 7 biji kacang badam
  • Masukkan dalam segelas air
  • Rendam semalaman. Seeloknya anda rendam pada waktu malam sebelum masuk tidur
  • Keesokannya, ambil badam dan air rendaman tadi. Kisar sehingga hancur
  • Minum air rendaman yang telah dikisar tadi. Tidak perlu ditapis

Dengan amalan yang konsisten, susu badam telah terbukti mampu menguatkan semula rahim yang lemah dan menyediakan rahim untuk proses persenyawaan dan kehamilan yang seterusnya.

Kismis

Makanan kuatkan rahim yang seterusnya ialah kismis. Jika anda perhatikan, kismis adalah di antara makanan kering yang selalu dibawa pulang oleh mereka yang pulang dari Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Kismis adalah makanan yang dibuat daripada anggur yang dikeringkan dan sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Salah satu daripada khasiat kismis ialah menguatkan rahim. Anda boleh amalkan air rendaman kismis. Caranya:

  • Rendam 5 biji kismis dalam segelas air
  • Biarkan semalaman
  • Minum setiap pagi

Madu

Madu adalah sangat baik untuk kesihatan. Amalan memakan satu sudu madu setiap pagi dan malam adalah salah satu ikhtiar untuk menguatkan rahim yang lemah. Bukan itu sahaja, madu juga akan membantu meningkatkan imuniti dan memberikan anda tenaga.

makanan menguatkan rahim
Sumber: Medicalnewstoday

Itulah dia tadi info tentang makanan kuatkan rahim yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang tanda mengandung dan punca susah mengandung 

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.