Jika anda berumur 21 tahun dan ke atas, anda merupakan salah seorang manusia yang paling bertuah di dunia kerana anda merupakan anak yang lahir pada zaman 90an. Generasi yang dilahirkan pada tahun 90an adalah generasi yang paling bertuah dan mempunyai zaman kanak-kanak yang sangat meriah dan seronok. Terdapat pelbagai memori untuk kita kenang dan apa yang menarik, kesemua perkara tersebut sudah tidak wujud lagi sekarang. Malah anak-anak generasi sekarang tidak mengenali benda-benda tersebut.

Sebagai contoh, anak zaman sekarang tidak kenal apa itu kaset dan walkman. Malah mereka juga tidak mengenali discman. Apabila kita sebut tentang kamera dengan filem yang perlu diproses, pastinya anak-anak kita akan ternganga kerana tidak memahami apa yang kita maksudkan.

Di antara memori paling indah semasa kita kecil pastinya makanan dan jajan. Alangkah indahnya zaman kadan-kanak di mana kesemua jajan boleh kita makan tanpa siapa menghalang, tak seperti budak zaman sekarang yang disekat pemakannya.

jajan 90an

Sumber: Ceritacikseri

Istimewa untuk anda, hari ini kami ingin kongsikan beberapa makanan jajan 90an yang mengimbau memori dulu-dulu. Ada sesetengah daripadanya masih boleh kita jumpa pada hari ini. Dan ada juga yang sudah tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai walau pun jenuh dicari. Yang mana satu daripada jajan berikut pernah menjadi kegemaran anda?

Marukawa Bubble Gum

Kalau anda tak pernah makan bubble gum jenama ini, jangan sesekali berani mengaku yang anda adalah anak dari generasi 90an. Zaman dahulu apabila balik sekolah inilah di antara jajan yang kita cari di kedai runcit. Ada pelbagai perisa dan semuanya sedap. Di antara perisa yang ada ialah strawberi, anggur, melon dan oren. Yang mana satu kegemaran anda?

T-drop

Masih ingat gula-gula T-Drop yang keras dan bersalut gula kastor didalam bekas tin yang keras? Dulu-dulu inilah gula-gula kegemaran kita. Apabila tin dibuka, ambil masa dulu untuk pilih gula-gula warna apa yang nak dimakan sama ada merah, kuning atau hijau. Dah habis semua gula-gula, tiba masa untuk menjilat gula kastor yang tinggal di dalam bekas.

"

Gula-gula Sugus

Gula-gula Sugus yang kenyal dan manis pastinya mengimbau memori zaman kanak-kanak kita. Dengan perasa strawberi, anggur, atau oren, pastinya kita pernah mengunyah gula-gula ini sehingga rahang berasa lenguh. Kalau simpan dalam poket dan terlupa, tunggu sahaja dimarahi oleh ibu apabila Sugus mencair dan melekat didalam poket.

jajan 90an

Sumber: Lelong

Gula-gula Cap Udang

Makanan jajan tahun 90an yang mengimbau memori kita yang seterusnya ialah Gula-gula Cap Udang. Gula-gula ini berasa manis dengan lapisan gula keras dibahagian luar dan berasa kacang tanah di tengahnya. Apa yang menarik, kertas nipis yang membalut gula-gula ini juga boleh dimakan.

Gula-gula Rabbit

Anda pernah tergila-gilakan Gula-gula Rabbit yang lembut dan gebu bak susu ini. Ia adalah salah satu daripada jajan 90an yang popular. Namun baru sekarang kita tahu bahawa gula-gula ini adalah haram untuk dimakan kerana mempunyai bahan yang tidak halal.

Gula-gula duit Hawkes

Anda suka gula-gula berbentuk duit yang manis dan masam ini? Ini andalah jajan 90an yang masih boleh kita beli pada hari ini Cuma harganya mungkin tidak semurah dulu. Ini adalah jajan kegemaran kami. Hari ini ia masih ada dijual memandangkan ia adalah bahan utama untuk membuat kek lapis Sarawak berperisa masam manis.

Nano-nano

Gula-gula keras berbentuk hati dengan rasa masam manis dan masin ini adalah di antara jajan rahun 90an yang paling susah untuk dilupakan. Sedap sungguh menghisap gula-gula ini sambil bermain dengan kawan-kawan sebaya. Kalau anda rasa teringin untuk makan gula-gula ini cuba cari di kedai runcit, ada sesetengah kedai masih menjual nano-nano. Rasanya masih sama seperti dulu.

Keropok Jagung Binbin

Dulu-dulu keropok jagung Binbin ini harganya Cuma 10 sen sebatang dan terdapat dua perasa iaitu sama ada disalut dengan coklat atau perasa ayam yang agak pedas. Yang mana satu perasa kegemaran anda? Kami dulu-dulu sukakan kedua-duanya. Kalau membeli, akan beli satu perasa coklat dan satu perasa ayam pedas.

Keropok durian

Anda suka makan durian? Pastinya keropok durian ini juga adalah jajan tahun 90an yang menjadi kegemaran anda. Keropoknya rangup dan rasanya memang sangat mirip dengan durian. Harga untuk satu plastik ialah 10 sen sahaja. Ada keropok yang berwarna kuning sahaja dan ada paket yang berwarna-warna di mana keropoknya berwarna merah, hijau dan kuning. Seronok sangat rasa kalau dapat paket yang berwarna-warni.

Nini Coklat Celup

Masih ingat lagunya? Nini Coklat Celup. Celup. Celup. Masa kecil dulu, Nini Coklat Celup boleh dikatakan sebagai jajan yang agak mahal dan kami tak mampu untuk makan jajan ini dengan kerap. Kalau teringin, terpaksa kumpul duit untuk membelinya. Bila dapat, rasa nikmat tak terkira. Biskutnya yang keras dan manis, dicicah pula dengan coklat yang cair pasti membuatkan kita tak puas makan. Sedar-sedar dah habis. Lagi cepat habis kalau ada yang minta berkongsi.

jajan 90an

Sumber: Sizzlingsuzai

Itulah dia info tentang makanan jajan 90an yang mengimbau memori dulu-dulu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang permainan tradisional zaman 90an dan makanan untuk otak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.