Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui 10 makanan berkhasiat yang perlu anda amalkan untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat.

Rasanya awal Januari ramai antara kita yang memasang niat untuk sihat dan kurus bukan? Adakah anda berjaya?

Tidak mengapa dan jangan risau, hari ini melalui perkongsian artikel ini kita akan membincangkan mengenai makanan yang berkhasiat yang mampu membantu kita untuk kekal menurunkan berat badan dan kekal cergas.

Matlamat utama di sini adalah untuk berkongsi info mengenai jenis-jenis makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Diet secara sihat lebih baik daripada pengambilan ubat kurus yang terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan kita dalam jangkamasa yang panjang.

Tips Pengambilan Makanan

  • Makanan yang diamalkan mestilah ‘real food’ bukan makanan yang diproses ye. Contohnya makanlah ikan segar sebagai sumber protein berbanding bebola ikan. Ini kerana makanan yang diproses dicampur dengan pelbagai jenis perasa yang boleh merencatkan proses penurunan berat badan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng, manis dan masin.
  • Pastikan diet seharian kita mempunyai semua kumpulan makanan dalam piramid makanan yang seimbang.
  • Tips terakhir untuk menurukan berat adalah pengambilan makanan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali sehari namun dalam jumlah keperluan kalori badan.

Makanan Berkhasiat untuk Diamalkan Berdasarkan Kajian Sains

1. Yogurt

Imej via Bidadari

Yogurt cukup sinonim dengan pelan diet untuk mengurangkan berat badan.

Menurut kajian Universiti Tennese, memakan yogurt sebanyak 3 kali sehari mampu untuk menurunkan berat badan terutamanya lemak di bahagian perut.

Namun harus dipastikan yogurt yang dipilih adalah yogurt asli dan rendah lemak. Ini kerana yogurt asli lebih rendah kandungan kalorinya berbanding yogurt yang berperisa.

Anda boleh menambah buah-buahan segar kegemaran ke dalam yogurt anda. Yogurt sebaiknya diambil pada waktu pagi.

2. Kekacang

Imej via Bidadari

Kekacangterdiri daripada lemak baik iaitu lemak mono tak tepu , serat dan protein. Serat dan protein sangat baik dalam proses menurunkan berat dan menguruskan badan.

Dengan pengambilan serat, kita akan cepat kenyang dan mengurangkan rasa ‘craving’ pada makanan berlemak.  Antara kekacang yang baik untuk dijadikan snek ketika proses diet adalah kacang badam, walnut, gajus dan pistachio.

Walaupun kekacang merupakan snek yang sihat namun ia perlu diambil dalam kuantiti yang terkawal. Tambahan pula, terdapat protein dalam kekacang yang boleh menyebabkan alahan terhadap sesetengah individu.

3. Sayuran Hijau

Imej via Bidadari

Sayuran berdaun hijau mempunyai kandungan vitamin A dan C yang tinggi. Vitamin ini dapat membantu dalam proses antioksidan dan peningkatan metabolisme. Sayuran berdaun hijau juga mengandungi serat yang tinggi yang semestinya bagus untuk mereka yang biasa mengalami masalah pencernaan.

Antara sayuran berdaun hijau yang disarankan ialah kobis, bayam, sawi dan kale.

4. Buahan Citrus

Imej via Bidadari

Buah citrus seperti oren, lemon dan buah limau gedang (grapefruit) amat disarankan sepanjang proses menurunkan berat badan. Limau gedang mempunyai enzim yang dapat membantu pembakaran lemak dan mengurangkan kanji dan gula dalam badan.

Enzim tersebut juga dikatakan mampu untuk menyerap nutrient yang diperlukan oleh badan. Buah limau gedang memang sangat digalakkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Air suam yang diletakkan hirisan lemon dikatakan dapat mengempiskan perut. Lemon juga dapat mengawal nafsu makan secara tidak langsung.

5. Minyak Zaitun

Imej via Bidadari

Minyak zaitun merupakan lemak tak tepu yang membantu dalam pengawalan paras kolesterol di dalam darah.

Sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Kanser di Jerman pada tahun 2000 melaporkan bahawa pengambilan minyak zaitun dalam diet makanan boleh membantu dalam pencegahan penyakit kanser.

Tambahan pula, sebatian fenol yang tinggi dalam minyak zaitun berperanan sebagai agen antioksidan yang sangat bagus dalam tubuh kita.

6. Beras Perang

Imej via Bidadari

Nasi merupakan makanan ruji terutamanya untuk masyarakat Asia dan ia merupakan sumber karbohidrat utama. Nasi juga merupakan faktor yang memainkan peranan penting untuk menurunkan berat badan.

Tukarlah beras putih anda kepada beras perang kerana beras perang mengandungi 3.5 gram serat untuk satu hidangan. Kandungan serat yang tinggi akan membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.

Nasi merupakan makanan ruji terutamanya untuk masyarakat Asia dan ia merupakan sumber karbohidrat utama. Nasi juga merupakan faktor yang memainkan peranan penting untuk menurunkan berat badan.

Selain itu, penyelidik dari Universiti Shenyang, China pada tahun 2019 mengakui dalam kertas penyelidikan mereka bahwa beras perang amat membantu kesihatan tubuh terutamanya bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti kencing manis atau penyakit kardiovaskular.

7. Coklat

Imej via Bidadari

Bila nak kuruskan badan mesti kita akan dimomokkan dengan ayat bahawa coklat itu menggemukkan. Bagi penggemar tegar coklat anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan anda tidak perlu khuatir.

Anda boleh memilih coklat gelap sebagai pengganti kepada coklat yang anda biasa makan. Polifenol di dalam coklat gelap mampu mebantu dalam proses menurunkan berat badan.

Kandungan cacao dalam coklat gelap adalah sebanyak 60% dan ia sangat baik untuk kesihatan kita. Namun harus diingatkan pengambilan coklat gelap hanya 1 kiub sahaja dibenarkan sehari. Coklat gelap boleh dijadikan sebagai snek bagi mengurangkan rasa “craving “ pada makanan manis.

8. Oat

Imej via Bidadari

Oat merupakan makanan berkhasiat yang berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pengambilan oat sebagai sumber sarapan amat baik untuk mendapatkan badan yang langsing dan ramping. Pengambilan 3 sudu besar sehari oat lebih baik berbanding sepinggan nasi lemak.

Sebuah kumpulan penyelidikan di Ireland pada tahun 2019 telah menerbitkan penemuan mereka berkenaan kelebihan diet oat yang boleh menurunkan gula dan mengawal berat badan melalui kehadiran beta glucan dalam komposisi oat, selain serat yang tinggi.

9. Teh Hijau

Imej via Bidadari

Teh hijau dipercayai berupaya untuk percepatkan proses pembakaran lemak dan juga menghalang penyerapan lemak arteri.

Ini dapat dikuatkan dengan penyelidikan yang dijalankan oleh International Journal of Obesity. Dos yang disarankan oleh pakar adalah 3 hingga 5 cawan sehari. Teh hijau seeloknya diminum kosong dan panas.

10. Air Putih

Imej via Bidadari

Air putih merupakan agen pelangsingan yang paling baik kerana selain ia adalah 0 kalori ia juga berfungsi sebagai agen nyah toksik. Wanita dewasa disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari atau menurut coach-coach diet setiap berat 25 kg perlu minum sebanyak 1 liter air. Misalnya berat anda 50 kg anda disarankan unutk meminum 2-liter air putih.  

Kesimpulan

Proses untuk menurunkan berat badan haruslah dimulakan dengan sebab yang betul dan ‘mind set’ yang tepat supaya kita tidak mudah tersasar dari perjalanan dalam menurunkan berat badan. ‘Mind set’ yang tepat akan memberi motivasi kepada diri kita untuk meneruskan usaha menjadi lebih sihat.

Rujukan

  • Pesona Pengantin
  • Joyce, S. A., Kamil, A., Fleige, L., & Gahan, C. G. (2019). The cholesterol-lowering effect of oats and oat beta glucan: Modes of action and potential role of bile acids and the microbiome. Frontiers in nutrition6, 171. (link)
  • Owen, R. W., Giacosa, A., Hull, W. E., Haubner, R., Würtele, G., Spiegelhalder, B., & Bartsch, H. (2000). Olive-oil consumption and health: the possible role of antioxidants. The lancet oncology1(2), 107-112. (link)
  • Saleh, A. S., Wang, P., Wang, N., Yang, L., & Xiao, Z. (2019). Brown rice versus white rice: Nutritional quality, potential health benefits, development of food products, and preservation technologies. Comprehensive reviews in food science and food safety18(4), 1070-1096. (link)

Artikel ini telah dikemas kini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.