Menurut pakar pemakanan, setiap manusia perlu mengambil makanan berasid dan beralkali secara iaitu seimbang iaitu sebanyak 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid setiap hari.

Memandangkan kita perlu mengambil sebanyak 80% makanan beralkali setiap hari, maka adalah sangat penting untuk mengetahui apakah makanan beralkali yang baik untuk kesihatan.

makanan beralkali
Sumber: Legionathletics

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan beralkali?

Skala PH adalah daripada 0 sehingga 14. Makakan dengan nilai ph kurang daripada 7 iaitu dari skala 1 sehingga 6 adalah termasuk dalam kategori makanan berasid dan kurang oksige.) Makanakala makanan yang termasuk dalam skala ph lebih dari 7 iaitu 7 sehingga 14 adalah makanan beralkali.

Untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan termasuk dalam kategori berasid atau berlakali, anda perlu melakukan ujian ke atas makanan tersebut untuk mengetahui nilai ph makanan tersebut.

Apakah kepentingan makanan beralkali kepada tubuh badan?

Makanan beralkali adalah sangat penting kepada tubuh badan manusia memandangkan makanan beralkali berfungsi untuk:

  • Menyihatkan tubuh badan
  • Memberikan tubuh badan yang bertenaga
  • Menyeimbangkan kadar PH alkali dalam badan
  • Meningkatkan imuniti
  • Susah untuk mendapat jangkitan penyakit
  • Melambatkan kesan penuaan
  • Mengelakkan kemerosotan sistem badan
  • Merencatkan sel kanser

Apakah kesan kepada tubuh badan sekiranya anda tidak mengambil makanan beralkali secara seimbang?

Sekiranya anda tidak mengambil makanan beralkali yang mencukupi setiap hari, badan anda akan mengalami keadaan berikut:

  • Kurang sihat
  • Kurang bertenaga dan cepat letih
  • Kadar PH alkali dalam badan anda tidak seimbang dan lebih berasid daripada yang sepatutnya
  • Kadar imuniti yang rendah
  • Penuaan dengan cepat
  • Kemerosotan sistem badan yang lebih cepat
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kanser
  • Berasa tidak bermaya semasa bangun tidur setiap pagi
  • Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  • Rasa letih sepanjang hari tanpa sebab yang munasabah
  • Kurang sabar
  • Tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan
  • Emosi yang tidak stabil
  • Mudah marah
  • Mudah mendapat penyakit kulit
  • Mudah jatuh sakit dan mendapat jangkitan demam serta selsema
  • Mengalami masalah tekanan darah tinggi
  • Mengalami masalah tekanan darah rendah
  • Mendapat penyakit hati
  • Masalah diabetes atau kencing manis
  • Masalah buah pinggang
  • Mengalami penyakit gout
  • Masalah lebihan berat bedan, kegemukan, dan obesiti
  • Mengalami masalah gastrik
  • Alahan
  • Mengalami masalah sembelit
  • Penyakit asma dan mudah semput apabila batuk atau selsema
  • Kurang selera makan
  • Gusi mudah berdarah, terutamanya semasa mengosok gigi
  • Luka sukar untuk sembuh dan mudah bernanah
makanan beralkali
Sumber: Hellosehat

Apakah sumber makanan beralkali yang baik untuk tubuh badan?

Berikut adalah sumber makanan beralkali yang sangat baik untuk tubuh badan anda:

  • Orang kita sangat sukakan makanan pedas dan cili merah merupakan bahan masakan yang paling kerap digunakan. Tahukah anda bahawa cili merah sangat tinggi dengan alkali dan mengandungi enzim penting untuk kesihatan fungsi endokrin. Cili merah juga mempunyai ciri-ciri antibakteria, kaya dengan vitamin A, dan kaya dengan antioksida.
  • Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Ini menjadikan air zam-zam sebagai air terbaik dan paling menyihatkan di dunia.
  • Air kelapa adalah minuman beralkali yang sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai fungsi detoks yang membantu mengeluarkan toksin dari badan.
  • Mungkin anda menganggap lemon adalah makanan berasid memandangkan rasanya sangat masam. Namun ketahuilah bahawa lemon merupakan makanan beralkali yang sangat baik untuk kesihatan anda. Lemon sangat membantu untuk melancarkan fungsi hati dan membantu proses pembuangan toksin dari tubuh badan dengan lebih baik.
  • Bawang putih adalah makanan beralkali yang sangat baik untuk kesihatan. Masukkan bawang putih ke dalam setiap masakan anda, kesihatan anda akan terjaga.
  • Sayuran hijau seperti kangkung, sawi, kailan, kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan sahaja merupakan sumber makanan beralkali tinggi malah sangat sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengambil banyak sayuran hijau setiap hari. Salah satu daripada sayuran hijau yang sangat tinggi dengan alkali ialah bayam. Bayam bukan sahaja kaya dengan alkali malah ia juga kaya dengan vitamin K dan kandungan folat yang tinggi, penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Apa yang menarik, bayam juga membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem pencernaan dan penglihatan anda.
  • Selain sayuran hijau, sayuran berubi seperti ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu, lobak merah, dan lobak putih adalah sumber makanan alkali yang sangat baik untuk kesihatan anda. Sayuran berubi seperti yang dinyatakan ini sangat kaya dengan khasiat dan mineral penting untuk tubuh badan,
  • Buah-buahan juga merupakan sumber makanan beralkali yang sangat baik untuk tubuh badan. Di antara buah yang tinggi dengan alkali ialah epal, aprikot, tembikai, pisang, ceri, anggur, kurma, lemon, pic, nanas, tomato, labu, dan tembikai susu.
  • Produk tenusu adalah sumber makanan beralkali yang boleh anda masukkan ke dalam menu setiap hari. Anda boleh mulakan hari dengan mengambil susu segar semasa besarapan. Semasa memasak, masukkan keju di dalam masakan. Jadikan yogurt sebagai kudapan semasa lapar.
  • Sumber makanan beralkali yang seterusnya ialah kekacang seperti badam, kacang tanah, kacang makadamia, kuaci, dan sebagainya.
  • Protein juga adalah sumber makanan beralkali yang wajib anda ambil setiap hari. Di antara sumber protein yang baik ialah daging ayam, daging lembu, ikan, telur, dan tauhu.
  • Herba yang selalu digunakan dalam masakan seperti kulit kayu manis, halia, kunyit, dan asam jawa juga merupakan sumber makanan beralkali.
makanan beralkali
Sumber: Petuaremaja

Itulah dia tadi info tentang makanan beralkali yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang cara diet atkins dan makanan untuk diet

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.