Bayi anda sudah 6 bulan?

Tidak tahu cara untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi anda?

Tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi anda?

Risau anak makan makanan segera yang penuh dengan PENGAWET, PERASA dan PERWARNA tambahan?

Delima di atas sering dialami oleh ibu-ibu muda terutamanya yang berkerjaya dalam menyediakan makanan pejal untuk bayi mereka. Lambakkan produk di pasaraya yang mengandungi bahan-bahan yang tidak bagus untuk tumbesaran anak-anak pasti menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa.

Namun, kini ibu-ibu boleh menarik nafas lega kerana telah lahir ramai usahawan yang mengambil inisiatif menghasilkan produk makanan bayi yang ASLI, SEMULAJADI dan SIHAT untuk bayi anda.

Sudah pasti produk yang dihasilkan bebas daripada sebarang bahan-bahan tiruan yang tidak bagus untuk kesihatan bayi.

Saya senaraikan 13 jenama makanan bayi yang terbaik dan boleh menjadi pilihan ibu-ibu kini.

1. Baby Eats By Justlixa

Baby Eats By Justlixa menyediakan pelbagai pilihan menu dari usia 6 bulan sehingga 5 tahun. Dimasak penuh kasih sayang menggunakan bahan-bahan segar tanpa sebarang garam, gula, perasa tiruan dan pastinya tanpa pengawet.

Cuma panaskan dan terus boleh dihidang. Panaskan je? Mudahkan? Bukan sahaja menjimatkan masa ibu, yang penting berkhasiat dan banyak pilihan. Bayi pasti tidak jemu dengan pelbagai menu lazat yang dihasilkan oleh Puan Haliza ini.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Baby Eats By Justlixa

2. Baby Sadoo HQ

baby food

Baby Sadoo HQ

Produk-produk Baby Sadoo HQ dibuat khas mengikut keperluan nutrien peringkat umur anak-anak dari usia 6 bulan sehingga 3 tahun.

Mereka sangat membantu anak kecil yg mempunyai masalah dalam pemakanan seperti cerewet atau memilih untuk makan supaya lebih terbuka selera dengan pelbagai pilihan menu yang menarik dan lazat.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Baby Sadoo HQ

3. Bytqahnasir

Homemade babyfood

Bytqahnasir

Produk utama yang dihasilkan oleh Bytqahnasir ialah berasaskan bone broth seperti chicken bone broth dan beef bone broth. Bukan itu sahaja, Puan Nur Atiqah juga turut mengeluarkan pes tomato dan stok udang yang pasti mampu menjadi perasa semulajadi untuk bayi dan keluarga anda.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Bytqahnasir

4. Rush Baby Food HQ

baby food

Rush Baby Food HQ

Satu-satunya biskut bayi yang mempunyai tambahan bone broth di dalam kandungan utama biskutnya. Idea ini telah menjadikan biskut ini mudah mendapat tempat di hati si comel. Sebagaimana yang diketahui, khasiat bone broth ni bagus untuk meningkatkan imunisasi anak-anak.

Antara produk lain yang  dikeluarkan oleh Rush Baby Food ialah Organic Baby Noddle dan keropok buah-buahan dan sayuran.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Rush Baby Food HQ

5. Baby Bites & Munch

Baby food

Baby Bites & Munch

Ini adalah jenama makanan bayi sejuk beku yang perlu dicari oleh ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk menyediakan finger food untuk anak-anak mereka. Sudah pasti produk keluaran jenama ini padat dengan nutrisi dan paling penting bebas dari segala perasa dan pewarna tiruan.

Usaha Puan Syizazima ini patut dipuji atas kesungguhannya menghasilkan produk yang sihat untuk anak-anak kita. Ibu-ibu hanya perlu menggoreng dan terus dihidangkan kepada si manja. Sangat mudah dan menjimatkan masa bukan? Aroma dan rasa yang sedap pasti memikat selera anak-anak.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: BabyBites & Munch

6. Byciknuie

Babyfood

Byciknuie

Mari kita lihat rangkaian produk yang dikeluarkan oleh Byciknuie :

  •  Lebih 10 jenis biskut bayi
  •  Lebih 5 jenis bijirin yang sesuai untuk bayi
  •  3 jenis perasa yang mesra bayi
  •  Rempah-ratus yang tidak pedas dan sedap
  •  Jajan sihat yang bebas pengawet

Wow! Banyaknya produk yang mesra bayi! Segalanya ada disini. Sangat memudahkan ibu-ibu membuat pilihan makanan anak-anak.

Jom dapatkan produk-produk keluaran Byciknuie di outlet dan agen sah mereka.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Byciknuie

7. Mummy RQ Organic Baby Food HQ

Baby food

Mummy RQ Organic Baby Food HQ

Mummy RQ Organic Baby Food menyediakan 13 nutrien terbaik untuk bayi anda sekaligus sangat memudahkan ibu-ibu dalam penyediaan makanan pejal bayi.

Fokus utama mereka adalah dalam penyediaan serbuk-serbuk organik yang mesra bayi. Menurut pengasasnya, Puan Jazneeda, kesemua bahan-bahan yang disediakan mempunyai kelulusan organik samada produk tersebut dari dalam atau pun luar negara.

Jadi, ibu-ibu tidak perlu risau akan kandungan produk-produk jenama ini. Ianya 100% organik! Sangat bagus untuk bayi anda.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Mummy RQ Organic Baby Food HQ

8. Izliyah Kitchen Homemade Baby Food

Baby food

Izliyah Kitchen Homemade Baby Food

Rangkaian produk dari Izliyah Kitchen Homemade Babyfood bukan hanya terhad kepada biskut-biskut bayi sahaja. Jenama ini turut mengeluarkan produk lain seperti bubur segera, serbuk sayur-sayuran, serbuk ayam dan serbuk ikan bilis yang pasti memudahkan tugas ibu di dapur.

Hanya bancuh – bancuh, dah siap! Sediakan makanan anak dalam masa 3 minit sahaja! Mudahkan? Jangan berlegeh lagi, jom dapatkan produk – produk jenama ini dengan agen sah mereka.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Izliyah Kitchen Homemade Baby Food

9. Spreadbykakatanggo

Babyfood

Spreadbykakatanggo

Pernah makan garlic bread PizzaHut? Jom cuba juga produk keluaran Spreadbykakatanggo ini pasti tidak mengecewakan.

Walaupun TANPA GULA & GARAM, spread yang dihasilkan sangat sedap! Bukan bayi sahaja suka tapi pasti seisi keluarga turut terpikat dengan aromanya yang memikat.

Pengasasnya, Puan Zulaikha juga telah menghasilkan beberapa produk yang baru seperti garlicky oil dan pes kunyit. Sangat memudahkan kerja ibu-ibu, tidak perlu menggupas dan memotong lagi dengan adanya pes seperti ini. Pastinya tidak perlu risau tangan anda kekuningan selepas bermain kunyit di dapur?.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Spreadbykakatanggo

10. Jammy fink

Babyfood

Jammy fink

Nak dapatkan jem-jem yang mesra bayi? Pelbagai perisa  jem boleh didapati dari Jammyfink seperti perisa strawberi, pisang dan kaya. Jammyfink turut menghasilkan kordial bebas pengawet, snek buah-buahan, waffle dan sos-sos yang sesuai untuk bayi anda.

Ternyata usahawan wanita ini sangat kreatif dalam penghasilan produknya. Ibu bapa tidak perlu gusar lagi dengan produk-produk yang tinggi kandungan gula yang dijual dipasaran. Beli sahaja produk jammyfink, anda pasti puas hati.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Jammy Fink

11. Byazitarlicious

Baby cakes

Byazitarlicious

Kek yang dihasilkan oleh Byazitarlicious ini bukan sahaja sedap malah sangat sesuai untuk anak-anak. Tambahan lagi, ia bebas gluten, sesuai untuk anak-anak eczema.

Kek-kek yang dihasilkan Puan Amirah ini BEBAS…

  • GULA
  • GARAM
  • PERASA TIRUAN
  • PEWARNA TIRUAN

Dan hanya menggunakan..

  • BUAH-BUAHAN SEGAR
  • PERASA SEMULAJADI
  • PEWARNA ASLI

Kini, ibu bapa tidak perlu risau lagi jika anak-anak anda adalah peminat tegar kek yang berwarna-warni di luar sana kerana anda juga masih boleh dapatkan kek yang sihat buat anak-anak anda.

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Byazitarlicious 

12. Hokido Homemade Cakes

Baby food

Hokido Homemade Cakes

Tengok sahaja kegebuan kek hokido ini sudah tahu kesedapannya! Anak-anak pasti berebut-rebut menikmati kek hokido ini.

Selain perisa kek di atas, terdapat juga mini honey cotton cheese cake yang pasti mampu menambat hati  kecil dan seisi keluarga.

Kek hokido ini sangat sesuai dijadikan kudap-kudapan anak-anak. Satu bekas pasti tidak cukup. Percayalah!

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Hokido

13. Bylighten

Babyfood

Bylighten

Anak suka makan jajan? Tapi risau dengan kandungan MSG yang banyak terkandung dalam jajan-jajan yang dijual di pasaran?

Tidak perlu risau lagi. Bylighten ada menjual keropok ikan yang bebas MSG dan gluten. Hanya menggunakan ikan segar dan tepung sagu dalam penghasilan keropok ini. Namun, rasanya masih kekal sedap dan saya jamin anak-anak anda mesti makan tanpa henti ?

Klik link di bawah untuk info lebih lanjut tentang jenama ini:

FB: Bylighten

Jadilah ibu bapa yang bijak dalam membuat pilihan dan berikan makanan yang terbaik untuk anak-anak anda ?

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.